Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah tadi diberi kesempatan oleh Allah untuk duduk dalam kuliah maghrib, sebenarnya setiap khamis ustaz akan berbicara pasal surah kahfi.
Tapi malam ni ustaz membawa kami kembali kepada sirah, lebih kepada doa doa nabi dan umat terdahulu. Doa doa yang bagi saya sudah biasa didengari oleh telinga kita ni.
Doa Nabi Ibrahim ketika dibakar.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung"
Doa ini juga diucapkan oleh Nabi Muhammad Ketika perang badar, dan Allah memberikan kemenangan pada tentera islam.
Doa Nabi Sulaiman ketika diuji dengan kekayaan.
هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
"Semua ini kurniaan dari Tuhanku"
Sikap Nabi Sulaiman as yang mengatakan ketika mendapatkan nikmat, beliau mengatakan, ”Hadza min fadhli rabbi liyabluwani a’asykuru am akfur. Ini adalah karunia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau ingkar.” patut dicontohkan oleh kita .
Doa Ummu Salamah ketika Kematian Abu Salamah.
Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya.
Dan Allah memakbulkan doa Ummu Salamah, Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.
Doa Saidatina Aisyah ketika difitnah
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
" bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya"
Saidatina Aisyah berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
Ayat ni juga diucapkan oleh Nabi Yaakub ketika Nabi Yusuf diaktakan hilang oleh saudara saudaranya.
Ada banyak lagi ayat ayat sebagai pemujuk buat kita percayalah :) wallahualam.
28 comments
Doa yg lain pnah dgr, doa saidatina Aisya tu je first time dengar,. Terima kasih utk perkongsian :)
ReplyDeleteAkak pernah dengar tapi tak tahu ia diucapkan oleh Saidatina Aisyah :)
DeleteKisah Aisyah ni surah an nur kan sis... btl ke tidak? akak tak hafal al Quran... ingat lupa apa yg belajar, itu pun dah tua2 ni br nak belajar... hehe... Aisyah kata dia tak baca Al Quran. Ada tafsir ulamak membahas aisyah r.a malu bila kisah ini ditulis dalam al Quran... semua orang akan baca... Wallahhu....
ReplyDeletehaah surah annur, saya pun sama kak, ni pon dgr dari ustz tadi :(
DeleteAkak baru tahu mengenai doa Saiditina Aisyah ni. Thanks, Yana.
ReplyDeleteIlmu baru jugak untuk yana kak :)
DeleteTerima kasih Yana, ilmu untuk kita semua..
ReplyDeleteAlhamudulillah
DeleteAsalam Yana..templetni baru dah kan.
ReplyDeleteHebat ..ilmu agama kita tak pernah habis,sentiasa kita belajar dan belajar..infor blog yana membantu ramai yang belajar dan suka pengetahuan untuk ke akhirat. Subahanallah..terima kasih ya
Wsalam, bukan templete baru saya just buang kan background je cikgu.
DeleteInsyaAllah sama sama kita belaja ye cikgu, saya pun banyak lagi yang tak tahu
terima kasih berkongsi
ReplyDeleteHadza min fadhli rabbi :)
DeletePerkongsian yg baik Yana..
ReplyDeleteHadza min fadhli rabbi :)
DeleteAlhamdulillah... thanks cik Yana for sharing these great doa.. :D
ReplyDeleteHadza min fadhli rabbi :)
DeleteSekadar berkongsi ilmu Allah,
tingat cerita Aisya kena fitnah.. banyak dia doa..
ReplyDeleteHaah banyak doanya, semulia mulia aisyah pon difitnah usahakan kita , moga kita kuat dengan kekuatan dariNya
Deletetak sia sia malam ni jalan umah yana..tq yana perkongsian yang berguna
ReplyDeleteHadza min fadhli rabbi :)
Deleteyana kongsi apa yang ustaz bagitahu je kak
Asalam Yana.ada dua imej dalam kemn unggul di blog Etuza. Dalam blog yang sama ke tu? minta maaf ya ..saya tertanya ..kilik blog seperti dalam blog yang sama. minta maaf jika salah ya..
ReplyDeleteWsalam cikgu. Haah sama dan sy sendiri tak tahu kenapa kdg kdg kat blog lain pon jadi sebb tu blgn komen sy sikit.
Deleteterima kasih yana kongsikan doa2 ni. :)
ReplyDeleteHadza min fadhli rabbi :)
Deleteyana kongsi apa yang ustaz bagitahu je kak
alhamdulillah dpt baca entry di hari penuh mulia ini
ReplyDeletetenkiu
Hadza min fadhli rabbi :)
Deleteyana kongsi apa yang ustaz bagitahu je kak
Bersama kita mengamalkannya.. perkongsian yang bermanfaat yana.. ;)
ReplyDeleteHadza min fadhli rabbi :)
Deleteyana kongsi apa yang ustaz bagitahu je kak