Sunday, 6 December 2015

Q and A

Bismillahirahmanirahim.

Masa bw pagi tadi , terbaca satu entry yanie, pasal Q&A ada blogger tag dia untuk jawab soalan, bawah sekali ternampak blog kita ditag. Yanie, siap tinggalkan link di cbox,tengok soalan hurmm, Tak susah so boleh la jawab.


SOALAN DARI ImpianaCik Yanie UNTUK ANDA YANG DI TAG! HAHAHAHAHA.

1. Kalau di beri peluang tukar nama. Nama apa yang anda hendak tukar?

Dulu pernah terfikir "kalaulah" boleh tukar nama, but now akak bersyukur dengan nama akak. Soryy yanie, akak tak ada jawapan. 

2. Kucing or Rabbit?

Kucing, maybe sebab akak tak pernah ada rabbit kat rumah so akak tak leh nak cakap tentang rabbit. Kucing akak takut dan geli tapi kucing ada memori tersendiri dalam hidup akak :)

3. Kalau anda menang RM1juta. Apa anda lakukan dengan duit tu?

Akak nak bawa mak ayah maybe one whole family pi Baitullah.

4. Kenapa anda berblogging?

Mula mula, akak konong nak tulis pasal "Rahsia hati" hahaha, tapi masa mengubah niat dan orangnya, akak sedar akak suka sangat menulis.Klik la tab artikel tu.! Moga Allah redha .

5. 3 benda kesayangan anda?

Mula mula akak tengok soalan ni, terlintas satu je jawapan MakAyah akak . Tapi tengok sekali lagi benda.
Buku-buku akak, Quran akak dan frame gambar yyang ada gambar makayah akak, mana mana pergi mesti bawak. 

6. Negara yang ingin anda jelajahi?

Makkah , sangat nak pergi . doakan eh . Aaminn.

***

Done, Alhamdulillah , maaf ya yanie kalau tak menjawab apa yang yanie tanya. or jawapan nampak klise, tapi ini lah jawapan akak. :)

32 comments:

  1. Kak PC rasa pun macam tak hawab soalan...

    ReplyDelete
  2. haha..yeah hari tu baru jawab 10 soalan dari blogger lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, tengok banyak blogger jawab soalan dari rakan blogger lain.

      Delete
  3. jawapan yg simple tp penuh makna..

    ReplyDelete
  4. Jawapan untuk soalan 1,2,3 dan 6 saya sama dgn CKK. Hehe
    Chemistry mungkin? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ini yang dinamakan cinta , hehehe .! :)

      Delete
  5. Alhamdulillah hehe. Terima kasih kak :)))) Insyaallah, panjang umur ada rezeki sama-sama kita jejak kaki ke Makkah ya. Yanie doakan kesihatan mak ayah dan akak sekeluarga! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah , Aamiin Aammin yanie. terima kasih :)

      Delete
  6. Rabit sebenarnya lagi comel dari kucing... Pada SS laa... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada SS, mayb SS pernah pegang, saya ni dari jauh je hehehe

      Delete
    2. rabbit leh masak rendang..kucing tak boleh..huhu

      Delete
    3. amboi sampai ke rendang haaahaaa kak yan fikir.

      Delete
    4. Jadi terliur baca komen kak yan :)

      Delete
    5. heheh, kak farrah terliur kena pi cari rabbit la jawapnya

      Delete
  7. Saya doakan akak dapat pergi makkah. Insya allah. aamin

    ReplyDelete
  8. Amin.. moga impian untuk ke tanah suci menjadi kenyataan.. ;)

    ReplyDelete
  9. Akak suka dua2. Rabbit dan kucing. Dua2 fluffy comel kiut miut. :)

    ReplyDelete
  10. Kucing dgn rabit ? Dua dua taknak, sebab geli nak pegang.. errgghhh .. dan pasti tempat yang kita nak jelajah sama :) moga ada rezeki, kita jumpa dekat sana ehhh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kena try slow slow sebab dulu saya pon sama geli takut, sekarang tak geli tapi still takut

      Delete
  11. moga berjaya menjejakkan kaki ke Makkah satu hari nanti...itu juga impian saya selama ini

    ReplyDelete
  12. moga impian ke makkah tertunai ..amin

    ReplyDelete