Wednesday, 27 April 2016

Dua Puluh Tujuh Hari Bulan.

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.



Hari ini dua puluh tujuh april dua ribu enam belas, itu bermakna sudah enam tahun pada perkiraan tahun saya dalam dunia blog ni. Dunia yang banyak saya coretkan kisah saya sendiri. Kalau dilihat pada 'my stories' tu , entri saya bermula dari 2013. Saya rasa ramai dah tahu ini bukan blog pertama saya.


Sejak 2011 hinggalah 2016, saya dapat lihat macam mana diri saya dalam tulisan saya. Macam power saja kan. Tapi itulah realiti, di blog ini saya ada 100++ draft. Sejak 2011, saya mula menulis, saya mula kenal seorang demi seorang manusia dalam dunia blog ini. dan saya yakin banyak belajar. Ya saya akui saya dapat banyak pengajaran bila Allah temukan saya dan anda semua.


Ada yang tanya kenapa tak letak medium untuk cari saya selain email? saya memang sengaja tak letak, sebabnya facebook saya tak aktif, twitter saya merapu sahaja. Jadi saya buat instagram untuk blog saya, moga moga, memudahkan anda berhubung dengan saya.


saya bersyukur Allah pilih saya,
untuk ada di wadah ini,

saya bersyukur Allah pilih saya,
untuk melalui perjalanan ini,

saya bersyukur Allah pilih saya,
untuk menulis dan mungkin 
menyentuh hati hati manusia lain.

saya pernah menulis dengan senyuman malah dengan air mata,
saya pernah menulis tentang bahagia malah tentang luka juga.
kerana itu tulisan saya dekat dengan jiwa dan hati saya.


Yang Allah takdirkan baik baik saja, moga Allah terus redha pada setiap tulisan . Terima kasih pada setiap doa yang dilantunkan. Happy Anniversary cahayakehalusankelembutan.blogspot.my!



Tuesday, 26 April 2016

Uswah Islamic Clothing

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.



Semua wanita ada sisi cantik mereka tersendiri. Keinginan untuk cantik seperti wanita wanita lain kadang kadang terbatas kerana fesyen yang tidak memenuhi kriteria anda. Jika dulu fesyen bagi wanita muslimah sangat terhad dan kurang pilihan.

Atas sebab sebab itulah USWAH membuka sebuah syarikat yang membawa konsep pakaian patuh syariah. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun dunia.Mula beroperasi pada 2013 dilaman sosial Facebook, yang kita mencecah 123000 pengikut dan di Instagram seramai 32000 pengikut.


Sehingga ke hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan Koleksi Tudung Bawal Bidang 60  & Shawl Labuh, dan 6 Koleksi Pakaian (tunik labuh).  Antara hotselling produk tudung kami adalah:



    HUSNA INSTANT SHWAL
    banner husna.jpg
    Pinless, Ironless, Hassle-free
      HAURA BAWAL INSTANT LABUH

    all3.jpg



    JANNA LACEY TUNIC


      Untitled-1.jpg




    MUSKA NURSING TUNIC
      banner.jpg



    Selain itu USWAH juga menyediakan Peluang Jana Pendapatan dengan Pogram Dropship & Stokis Uswah




    • KELEBIHAN MENYERTAI KAMI:
    • TIDAK PERLU SIMPAN STOK
    • TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan sendiri) dengan harga jauh lebih rendah.
    • Peluang mempromosi pelbagai koleksi HIJAB PATUH SYARIAH.
    • TIADA TEMPAHAN MINIMUM.
    • TIDAK MENANGGUNG KERUGIAN jika produk tidak laku
    • TIADA KOS TERSEMBUNYI
    • KOMISEN 10-20% AUTOMATIK (siap tolak!, tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)
    • SISTEM TEMPAHAN AUTOMATIK DI WEB, tidak perlu menunggu kami memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan KHAS UNTUK - AGEN, harga di tolak secara automatik.
    • GROUP COACHING & perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran.
    • KAMI JUGA MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK RESELLER MENJADI STOKIS DI TEMPAT MASING2.

    Sejak dari 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program reseller kami, dari ambil sehelai dua hingga ratusan helai! Jika mereka boleh, anda tentu BOLEH! Sehingga kini, kami telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia.


    Jika berminat, jemput lah ke laman sosial, mungkin ada yang kena dengan cita rasa anda:

    Facebook: Uswah Islamic Clothing
    Instagram: @uswahislamicclothing
    Hotline: +601110742198 / 0108153562

    Walk-in pun boleh insyaAllah.

    Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor Boutique,
    3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
    Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
    (Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)



    Fesyen bukanlah satu kesalahan namun biarlah bersyariat InsyaAlah.

    Monday, 25 April 2016

    Tentang Buku

    Assalamualaikum,
     Bismillahirahmanirahim.


    Beberapa hari lepas, saya teman sahabat aka sedara pergi UiTM Kuala Terengganu, katanya nak ambil baucer buku. Sebenarnya dia ni budak UiTM KB, tapi macam jauh saja , jadinya boleh tuntut kat cawangan lain. Kenapa tak ambik dekat KB saja sebabnya, dia dah habis study, awal tahun ni. Saya pula dah tak dapat BBIM ni sebab dah habis study tahun lepas cuma konvokesyen nya lambat sikit. 


    Lepas settle semuanya, kami terus pergi bandar tujuan utama kedai bukulah. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi terus tapi something happen yang bawa kami terus ke bandar. Sampai tu, sahabat ni hulur satu keping BB1M kat saya. Katanya hadiah teman dia kesana kemari. Saya pulak tak tahu nak cakap apa segan. Saya tak harap apa-apa. dan tak expect pun dia akan bagi BB1M tu kat saya sebabnya.


    Sebabnya, kami punya perangai yang sama , masuk kedai buku berjam-jam dalam tu. Macam dapat emas berketul-ketul.Dia tahu saya macam dia, dia tahu saya ni pantang jumpa buku, pantang masuk kedai buku. dan dia tahu lama dah tak berbelanja buku.  Awak tahu sekeping BB1M tu sangat berharga untuk orang macam saya ni. Dapat lah saya dua biji buku dan satu buku latihan untuk adik saya.


    Kamu tahu apa yang lebih berharga untuk orang orang macam kami, bila kami duduk duduk sembang, selalu soalan ;

    "buku apa yang terbaru dan best"

     dan saya tanya dia

    " buku awak yang tu dah abis baca? saya nak baca". 


    Kami bertukar mana mana buku yang dia atau saya tiada . Macam library bergerak pulak rasanya. I wish I have a mini library at home"


    dan, apa pandangan anda bagi yang "menukar" BB1M dengan wang?

    Saturday, 23 April 2016

    Hujan




    Hujan, 
    Kau tahu betapa rindu 
    akan kehadiranmu, atas turunnya dirimu


    Hujan,
    Kau tahu betapa rindu,
    pada wanginya bau-bau hujan,


    Hujan,
    Kau tahu betapa rindu,
    akan rahmat ilahi yang turun bersamamu.


    Hujan ,
    sederhananya turunmu ,
    menyejukkan bumi,

    Hujan
     sederhananya turunmu,
    mendamaikan jiwa.


    Moga-moga kau turun membawa seribu satu rahmat.
    Semoga Hujan ni membawa manfaat,

    KualaTerengganu,
    23.04.16
    10.52PM

    Thursday, 21 April 2016

    #Penawar

    Assalamualaikum,
    Bismillahirahmanirahim.



    Alhamdulillah , Hari ini saya nak kongsi sesuatu.  Saya sejenis manusia yang cepat sangat dapat sakit kepala. Tambahan lagi cuaca sekarang , panas yang amat. Lagi menguji iman sebab saya kalau dah datang sakit kepala tu, mungkin tak boleh makan langsung sebab akan keluar semua balik.





    Saya pernah saja ternampak post atau gambar pasal ayat nak hilangkan sakit kepala ni, tapi yelah lepas save lupa dah letak mana. Jangan tiru perangai macam ni. Tapi nak dijadikan cerita saya, satu hari tu saya sakit kepala, usai solat maghrib saya pun buka lah Al-Quran, baca surah Al-waqiah bukan ayat-ayat spesific, satu surah tu.




    Alhamdulillah dengan izin Allah , sakit kepala tu dah hilang, saya dah boleh makan, dan buat kerja lain lain tu. Dan ianya bukan pertama kali. Pernah sekali saya, rasa tak larat sebab sakit kepala, Pastu saya buka Al-Quran dalam phone tu pasang dengar pastu ikut sikit-sikit dan Alhamdulillah.




    Nak cakap kat sini ,penawar sebenar benar penawar adalah dariNya. Bukan nak cakap tak perlu ubat hospital. Kalau teruk makan ubat okey. Sekadar berkongsi pengalaman saja, dan saya yakin Al-Quran penawar segalanya.






    Wednesday, 20 April 2016

    #Wordless8 :Selingan

    Assalamualaikum ,
    Bismillahirahmanirahim


    Facebook


    Rezeki manusia berbeza, ada yang nikah awal, nikah lambat, ada yang bertahun nikah tak ada anak, ada yang nikah tak nak anak lagi, macam macam ragam, yang perlu kita lakukan cuma bersyukur.


    bersyukurlah.

    Monday, 18 April 2016

    A Journey of Life .

    Assalamualaikum ,
    Bismillahirahmanirahim

    Sepanjang saya dah aktif balik dalam blogging ni , saya kenal ramai sangat rakan blogger, tak perlu saya mention satu-satu , sebab anda tahu siapa anda. Terima kasih sebab sokong penulisan dengan singgah baca, serta komen yang cukup membina.


    Pernah baca entri rindu sendiri? Entri tu saya tulis sebab saya rasa macam rindu pada gaya penulisan saya, saya ketika itu . Setiap manusia ada satu titik , dimana dia mula mula rasa dia betul betul kembali pada tuhannya, setelah menjalani satu tempoh hidup. Bukan lah saya nak cakap saya ni jauh sangat sangat pada Allah dulu, cuma kita pernah lalai dan perjalanan kita sehari hari bawa kita lebih faham akan satu cinta , cinta abadi iaitu Ilahi.


    Beberapa hari lepas, saya ke Arau untuk selesaikan urusan “clearance” untuk konvokesyen. Dalam bas tu , kawan saya ada bagitahu , dalam kami lama tak jumpa tu dia ada baca blog saya, dia adalah salah seorang yang selalu sokong saya menulis , mungkin kerana kata kata dia satu masa dulu , membuatkan blog ini masih sedia wujud. Saya tanya, jadi macam mana dengan blog saya?

    “ lain sikit, Nampak lebih matang ..”

    Dan saya akui, dulu saya menulis tentang perjalanan. Sekarang saya banyak berkongsi tentang kesimpulan.


    Satu lagi, sepanjang saya aktif berblog semula, ada beberapa rakan maya, review blog saya, dalam reviewnya cukup buat saya rasa rendah diri. Rasa kecil sangat diri ini, rasa macam Allah banyak tutup kelemahan saya. Rasa malu dengan diri sendiri. 



    Bercerita tentang artikel yang pernah saya tulis, saya akui saya menlis ketika saya melalui ujian, saya menulis untuk memujuk jiwa dan hati sendiri. Menulis mampu memujuk saya . Kerana itu saya berkongsi , mungkin artikel itu menyentuh mana-mana hati , kerana segala yang tertulis itu pastinya dari hati, dan Allah jua yang menggerakkan jiwa jiwa yang tersentuh itu.

    TELEGRAM



    Allah itu sayang sangat dekat kita, Dia sayang dan tutup keburukan kita dengan keindahan di mata manusia lain. Hadza min fadhli rabbi

    Sunday, 17 April 2016

    Muhasabah buat diri .

    Assalamualaikum,
    Bismillahirahmanirahim.


    Alhamdulillah seperti yang kita maklum dah viral dah pun kan, pasal Dr Zakir Naik, punya ceramah di Terengganu dan Kuala Lumpur semalam, memang mencetus fenomena tersendiri. Bila saya  tenok video kat Kemaman tu, saya rasa besarnya kurniaan Allah , besarnya kuasa Allah. 

    Malam ceramah dr Zakir Naik kat kemaman tu saya dalam bas pergi Arau, pagi tu kawan  ada cakap pasal ada hamba Allah dah kembali pada Islam, bersyukur sangat. Alhamdulillah bertambah umat islam . Dan nak dijadikan kisahnya, dalam duduk borak pasal ni dengan kawan pasal ini, kawan pun cakap,

    "Dia dah hafal Al-Fatihah, 3Qul dan ayatul kursi dan selalu baca sebelum tidur, kita ni, sebelum tidur duk dengar lagu, kadang tak baca pun.."

    Saya masa tu akui , kadang -kadang terlalai jugak, deep pun ada, kita takperlu nak melenting bila benda tu satu realiti kan, dia bukan cakap kat siapa siapa dia cakap pada diri dia. Lepas tu saya pun scroll lah  Facebook,  ternampak pulak siapa entah share pasal status si Amran tu. Saya tak baca lah komen kat bawah tu cuma ada betulnya kata dia, cuma mungkin ayat tu macam tak best.




    Tapi kalau kita ni padang dari sudut positif kita akan dapat positif, jum muhasabah. Coretan buat diri , dikongsi , mungkin kita sama -sama dapat perbaiki :)




    Friday, 8 April 2016

    #Wordless7 : Rejab 1437H

    Assalamualaikum,
    Bismillahirahmanirahim.



    Source :GOOGLE

    Ya Allah berkatilah bulan Rejab dan Syaaban untuk kami serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan . Aamiin.





    #Wordless6 : Rindu Sendiri

    Assalamualaikum,
    Bismillahirahmanirahim.


    Tiba -tiba terlintas benda ni dalam kepala, lepas tu pagi tadi buka draft blog nampak entry ini, sedih sendiri, rasa macam rindu yana , rindu yana yang ada dalam penulisan ni. Rindu yana pada tahun dua ribu empat belas.

    Pernah rasa rindu pada diri sendiri?

    Aku pernah. Doakan .

    Monday, 4 April 2016

    Sekadar Pandangan.

    Assalamualaikum,
    Bismillahirahmanirahim.


    SinarHarian EdisiTimur




    Source WardinaSafiyyah








    Source: Dai' Wan








    Ini sekadar pandangan, saya tak cakap apa apa, cuma berkongsi sebab kita semua dah mampu fikir, saya tak salah kan sesiapa, macam yang saya cakap kita semua dah boleh fikir. Kita semua tak sempurna dan jauh sangat dari sempurna. Tapi kita mampu perbaiki diri kita insyaAllah

    Saturday, 2 April 2016

    Butik Muslimah Online

    Assalamualaikum,
    Bismillahirahmanirahim.


    Dengan perkembangan teknologi sekarang sebenarnya memudahkan kita dalam banyak perkara , namun gunakanlah dengan sebijak-bijaknya. Kalau diikutkan saya ni tidaklah terlalu cerewet dengan apa yang saya pakai. Cuma mak selalu pesan, pakai tu biarlah kita selesa yang paling penting Allah suka. Percayalah bahawa betapa susahnya saya nak cari tudung untuk hari raya, sebab kalau dikedai kedai biasanya jarang menjual tudung atau shawl yang labuh. Jika size biasa banyak menyebabkan saya berani membelinya secara online beberapa tahun lepas. Tapi semua tu telah berubah semenjak kebelakangan ini.


    Kalau boleh diimbas kembali , beberapa tahun yang lalu, sukarnya nak cari pakaian yang betul betul memenuhi piawaian saya yang menampakkan saya ni cerewet yang amat. Kalau pergi kedai , rasa nak menangis sebab tak jumpa baju yang macam saya nak. Jujur saya cakap  saya masa study diploma, hampir kesemua baju yang ada dalam almari tu saya bawak. Tu pun satu bagasi je. Ada satu kes, saya kena cari baju warna  biru gelap untuk satu program tapi tak jumpa , saya menangis , saya cakap sorang sorang Ya Allah, bukan aku terlalu memilih tapi Cuma Kau faham apa yang aku nak. Menangis. Pastu, pujuk diri sendiri.


    Tudung dan shawl, bermacam jenis dan gaya pemakaian kini semakin mendapat mendapat tempat dihati muslimah.

        
    Di butik muslimah online, baju dan   skrit, serta  tudung yang dipilih  boleh dimix match dengan keadaan dan kesesuaian kita sebagai muslimah. Begitu juga dengan koleksi jubah dan baju kurung yang bermacam fesyen sekarang ni.Dengan pertumbuhan teknologi sekarang , dapatlah membantu muslimah macam saya ni. Tapi sekarang tak adalah sesusah dahulu. Dari pada tudung hinggalah ke kasut lengkap satu set ada. Cuma rajinkan diri untuk menggoogle.



    Pelbagai jenis material jubah yang digunakan , kini kian popular bukan hanya dikalangan dewasa malah mendapat te,apat dihati remaja.



    Tapi sekarang dah banyak dah butik muslimah online  melata macam cendawan tumbuh selepas hujan, tinggal tunggu kita buka dan pilih saja. Dari baju pakai hari-hari hingga baju untuk raya , pergi majlis dan  untuk majlis semua boleh tempah online je. Tunggu bayar dan tunggu sampai depan pintu rumah . Kos internet saja. Tak payah penat penat cari parking, jelajah satu dua kedai, dengan keadaan cuaca sekarang lagi lah kan kita lagi malas nak keluar.

    Wahai muslimah ku sayang , peliharalah auratmu nescaya Allah akan membantumu, orang nak jaga aurat ni pun banyak dugaan sebenarnya, bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.
    Credit to Zalora.