#Penawar

By The KehalusanKelembutan - 18:47:00

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.



Alhamdulillah , Hari ini saya nak kongsi sesuatu.  Saya sejenis manusia yang cepat sangat dapat sakit kepala. Tambahan lagi cuaca sekarang , panas yang amat. Lagi menguji iman sebab saya kalau dah datang sakit kepala tu, mungkin tak boleh makan langsung sebab akan keluar semua balik.





Saya pernah saja ternampak post atau gambar pasal ayat nak hilangkan sakit kepala ni, tapi yelah lepas save lupa dah letak mana. Jangan tiru perangai macam ni. Tapi nak dijadikan cerita saya, satu hari tu saya sakit kepala, usai solat maghrib saya pun buka lah Al-Quran, baca surah Al-waqiah bukan ayat-ayat spesific, satu surah tu.




Alhamdulillah dengan izin Allah , sakit kepala tu dah hilang, saya dah boleh makan, dan buat kerja lain lain tu. Dan ianya bukan pertama kali. Pernah sekali saya, rasa tak larat sebab sakit kepala, Pastu saya buka Al-Quran dalam phone tu pasang dengar pastu ikut sikit-sikit dan Alhamdulillah.




Nak cakap kat sini ,penawar sebenar benar penawar adalah dariNya. Bukan nak cakap tak perlu ubat hospital. Kalau teruk makan ubat okey. Sekadar berkongsi pengalaman saja, dan saya yakin Al-Quran penawar segalanya.






  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Wahyu teragung..alhamdulillah syukur...

    ReplyDelete
  2. betul tu... Al-Quran penawar dan buat penenang yg terbaik. Sakit dan yg menyembuhkan nya semua dengan izin Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Jgn lupa banyakkan minum air masak dr kebiasaan. Hahaa

    ReplyDelete
  4. tu la sebaik nya kan yana.
    kepada Nya kita berserah...

    ReplyDelete
  5. surah alwaqiah ni byk khasiat tau...boleh juga jauhkan diri aari gangguan...

    ReplyDelete
  6. TIADA PENAWAR DAN UBAT TERBAIK MELAINKAN AL-QURAN

    ReplyDelete