Assalamualaikum ,
Bismillahirahmanirahim
Sepanjang saya dah aktif balik dalam blogging ni , saya
kenal ramai sangat rakan blogger, tak
perlu saya mention satu-satu , sebab
anda tahu siapa anda. Terima kasih sebab sokong penulisan dengan singgah baca,
serta komen yang cukup membina.
Pernah baca entri rindu sendiri? Entri tu saya tulis sebab saya rasa
macam rindu pada gaya penulisan saya, saya ketika itu . Setiap manusia ada satu
titik , dimana dia mula mula rasa dia betul betul kembali pada tuhannya,
setelah menjalani satu tempoh hidup. Bukan lah saya nak cakap saya ni jauh
sangat sangat pada Allah dulu, cuma kita pernah lalai dan perjalanan kita
sehari hari bawa kita lebih faham akan satu cinta , cinta abadi iaitu Ilahi.
Beberapa hari lepas, saya ke Arau untuk selesaikan urusan “clearance” untuk konvokesyen. Dalam bas
tu , kawan saya ada bagitahu , dalam kami lama tak jumpa tu dia ada baca blog
saya, dia adalah salah seorang yang selalu sokong saya menulis , mungkin kerana
kata kata dia satu masa dulu , membuatkan blog ini masih sedia wujud. Saya tanya,
jadi macam mana dengan blog saya?
“ lain sikit, Nampak lebih matang ..”
Dan saya akui, dulu saya menulis tentang perjalanan.
Sekarang saya banyak berkongsi tentang kesimpulan.
Satu lagi, sepanjang saya aktif berblog semula, ada beberapa
rakan maya, review blog saya, dalam reviewnya cukup buat saya rasa rendah
diri. Rasa kecil sangat diri ini, rasa macam Allah banyak tutup kelemahan saya.
Rasa malu dengan diri sendiri.
Bercerita tentang artikel yang pernah saya tulis, saya akui
saya menlis ketika saya melalui ujian, saya menulis untuk memujuk jiwa dan hati
sendiri. Menulis mampu memujuk saya . Kerana itu saya berkongsi , mungkin artikel
itu menyentuh mana-mana hati , kerana segala yang tertulis itu pastinya dari
hati, dan Allah jua yang menggerakkan jiwa jiwa yang tersentuh itu.
TELEGRAM |
Allah itu sayang sangat dekat kita, Dia sayang dan tutup keburukan kita dengan keindahan di mata manusia lain. Hadza min fadhli rabbi
33 comments
Kak Sue pun kadang-kadang tulis untuk luahan hati dan memujuk diri jugak :)
ReplyDeleteInsyaAllah cuma kadang2 kita kena berjaga2 :)
Deleteassalamualikum.
ReplyDeletesinggah pagi
~ http://jmbelog.blogspot.my/
waalaikumussalm , terima kasih
DeleteBlog ni Yana macam wadah untuk kita kongsi...kongsi apa yang sewajarnya asal tidak melangkaui hadnya...adakala apa yang kita kongsi memberi inspirasi...tidak kurang rasa sakit hati..yang penting niat kerana Ilahi...in sya Allah diredhai...teruskan mencoret Yana...always support Yana...amin.
ReplyDeleteInsyaAllah kak terima kasih :) moga moga Akak juga diredhai
Deletepengalaman mendewasakan dan mematangkan, agreed
ReplyDeleteBetol kata PC.. Blog ni mcm wadah untuk kita.. teruskan menulis cik yana.. :D
Deletedan tidak sia sia segala sesuatu yang Allah rencanakan untul kita
DeleteInsyaAllah IY
Deletemenulis mampu memujuk saya..
ReplyDeletedeeppp. huhuu. fi hifzillahh..
:) Fi hifzillah aidon najah! :)
DeleteJazakillah khairan kathira ^^
ReplyDeleteWa iyyaki :)
DeleteAlhamdulillah... Teruskan mencoret ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih kak , insyaAllah ^^
DeleteBetultu. Kadang orang pandang kita sebagai orang yg baik. Padahal kita tahu takat mana diri kita dan banyaknya khilaf kita, tapi Allah itu sangat baik. Dia jaga aib kita, lalu kenapa kita pula yg ingin membuka dan berbangga dgn dosa2 kita?
ReplyDelete#sekadarPeringatanBersama
setuju , insyaAllah , moga moga kita terpelihara selalu :)
DeleteKipidap... dongibup
ReplyDeleteinsyaAllah kak
DeleteSlamat ber konvo
ReplyDeleteterima kasih akak :)
Deletekipidap dik.
ReplyDeleteakak support. kekadang blog lain complete blog kita.
kita tak tulis itu tapi blog lain tulis, kita boleh share dgn org lain plak.
bakal penulisan tu jgn disia-sia kan :)
betul kak , we complete each other :)
DeleteBayangkanlah jika Allah biar aib kita terdedah terbuka,...
ReplyDeletetak ada kot orang nak dekat dengan kita
DeleteTeruskan menulis ye, Yana :)
ReplyDeleteinsyaAllah ^^
DeleteTeruskan menyentuh hati ramai orang :)
ReplyDeletedengan izin Allah segala sesuatu!
Deletesetiap orang ada cara penulisan terseniri...so proceed your way n your style
ReplyDeleteterima kaih kak JM insyaAllah :)
Deleteteruskan menulis!
ReplyDelete