Tuesday, 17 December 2013

Usia baru selangkah hampir kepada kematian. 1712

Bismillahirahmnirahim,


Cahaya Kehalusan kelembutan, ya nama blog ni, bukan saja-saja yana letak itu makna disebalik nama Nurliyana. Tapi yana ni tak selembut dan tak sehalus nama yang diberi tapi orang panggil kita tu kan doakan. Sebenarnya andai kamu semua kenal yana luar daripada blog or dunia maya ni , korang mesti tak expect yana yang tulis semua ni kat blog sebab kat blog yana rasa yana lebih matang lebih dewasa. Kat luar dari ini , yana macam budak-budak , gila-gila but still jaga la apa yang patut dijagakan. Dalam dunia blog ni yana ada guna nama yana, aku , saya bergantung pada entry tu.
Kalau yana sendiri baca balik apa yang yana tulis, duduk sorang dan fikir, Nampak tak  bezanya, kadang senyum sendiri, disisi ini matang disisi sana keanak-anakan.  2 dekad hidup kat bumi Allah ni, lama dah tu rasa macam dekatnya dengan mati, dan sekarang yana menyusun ceritera yang Allah tuliskan untuk yana, agar yana lebih positive lebih yakin dengan jalan yang yana pilih. Jujur yana cakap , kadang-kadang susah nak terima apa yang suratkan , namun yana mendidik hati ini untuk yakin dengan segalaNYa yang Allah rancang.

Satu lagi, yana perasan satu, setiap yang terjadi ni kadang atas permintaan yana sendiri, so yana tak salah kan orang lain, cepat je Allah bagi signal, Nampak tak even kita tak minta once benda tu terlintas dihati Allah tahu. Mungkin itu satu kurniaan Allah pada yana. Dalam menyusun puzzle kehidupan ni, kita akan tersedar sendiri, setiap peristiwa ada ajar kita something, dan ujian Allah tu akan bawa kita lebih untuk mendekatiNYa. Ya itu yang yana rasalah. Macam ni lah simple. If yana keliru yana selalu bagitahu DIA, dan DIA bagi signal dan yana cari jawapan tu dengan signalNYA.

Yana takkan salahkan Allah takkan salahkan takdir  mahupun orang sekeliling sebab Allah pilih yana, Allah pilih untuk yana terus teguh dengan prinsip ini, walaupun sejujurnya  perit pedih , tapi bila hati dah cakap hidup ini sementara dan ujian, kehidupan , kesakitan kelukaan segalanya akan jadi semntara. So maka hati ini terus kuat untuk melangkah.

Langkah disusun, berlari menuju ilahi, yana tahu jatuh tu pasti la, tersepak batu tersungkur jugak, tapi cepat-cepat ambik antiseptic atau penawar abadi Al-Quran , rawat luka tu dan terus perjalanan. Kalu kita berjalan , lama-lama penat jugak, tapi perjalanan lagi penat sebab ia diselang selikan dengan ujian, yelah nak masuk syurga taklah susah tapi tak mudah juga. Cuma sabar dan terus bertahan.

Tika mujahadah ini mula rapuh, tika hati ini mula ada ruang-ruang kosong cepatlah pergi cari DIA. InsyaAllah dia pemilik segala kekuatan dia akan bagi kekuatan dan kita pohonlah jangan sombing, kita ni kerdil sangat. Yana letakkan prinsip, syarat sebab yana tahu yana tak kuat. Yana tahu benda sangat menguji, ingat yana ini kayu, ada hati jugak tapi tak salah biar hati sakit tak salah biar jiwa berkorbankan untuk pelihara apa yang patut terpelihara.

Yana tak sebaik muslimah lain tapi Allah cakap DIA takkan ubah kita lagi kita taknak berubah, and you should make a change! Yes sekarang yana sedar bila jauh even sesaat lalai DIA terus uji, DIA terus detik kan satu rasa. It make me feel more special  daripada dapat perhatian awak. Bukan yana nak riak, tapi apa yang buat kita rasa lebih istimewa daripada kita tahu yang Allah sangat peduli sangat sayang  dan sangat ambil berat hingga taknak kita  jauh langsung dari DIA.
Jadi itu buat yana kukuh, Kukuh menanti dalam setiap perancangan. Manusia akan datang dan pergi dan setiap dari mereka akan meninggalkan satu kesan pengajaran dalam diri kita yang akan bentuk kita jadi insan yang lebih baik mungkin. So tak yah nak benci, tak yah nak rosak hati dengan dendam. Mungkin kita nak orang mengerti, tapi mungkin Allah uji, tiada yang memahami agar kita sedar Allah tu faham kita lebih dari sesiapa pun.

Nekad… teruskan perjuangan ini, Teruskan hidup ni, pandang depan ujian masih menanti, mungkin lebih mencabar, mungkin lebih merobek hati tapi Iman kena jitu, nak jitu dekati DIA InsyaAllah. Yana sedang cuba dan terus cuba. Satu je yana minta doakan yana dunia akhirat .Nanti kita jumpa kat syurga tau .^_^
Banyak sangat air mata yang keluar ,  tapi tak semua faham erti setiap titis air mata yang jatuh, hanya Allah je tahu cerita disebalik air mata yang mengalir. Dalam setiap titis air mata itu ada bicara yang berbeza. Tapi cukup hanya Allah tahu kenapa . 17/12, terima kasih , syukur nafas masih ada namun mati semakin hampir.


dan sesungguhnya Kami benar-benar  akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.
[surah muhammad ayat 31]


|terbaca ayat kat beberapa hari lepas. Allah ni selalu bagi aku petunjuk kala aku lemah. sebeb aku tak kisah walau diuji bertalu|

Tuesday, 10 December 2013

Disember- Satu laluan penuh cabaran.

Bismillahirahmanirahim,



Alhamdulillah disember dah kan , maknanya 2013 dah sampai ke penghujungnya. Muhasabah jap. Dosa-dosa, Nikmat-nikmat dan ujian-ujian yang dilakukan , dikurniakan dan dilalui.
Sungguh disini saya dapat simpulkan tak mudah nak lalui jalan mujahadah sebenarnya. Sakit perit. Dosa-dosa , hakikatnya saya juga manusia , namun sayang nya Allah , DIA selalu detikan  keinsafan dalam diri yang mudah leka , lalai dan alpa ni. Itu juga nikmat . Nikmat kasih sayang ilahi. Tengok semua ni berkaitan sebenarnya.

Terpanggil untuk menulis dan berkongsi lagi.  Saya yang berkongsi disini masih dalam proses menjadi hamba Allah yang lebih baik.InsyaAllah , nak jadi  tu memang banyak ujian saringan kan. InsyaAllah doakan. Saya menulis unuk memotivasikan kerana memotivasikan utuk bermakna saya memotivasikan diri sendiri.

Okey back to disember. Dah seminggu berlalu , well. Bulan ni paling paling busy sebagai student degree. 1st week settle dengan semua presentation. 2nd week ni , busy dengan lecturer nakbuat quiz nak bagi assignment dan nak habiskan silibus. And 3rd week akan busy dengan test2 direct dari isnin hingga khamis , tiap-tiap hari ada test . Well. I will manage my time well InsyaAllah.

Nak sentuh sikit ni, bila sebut pasal ujian dan mujahadah dan istiqmah , benda-benda saya tahu takkan lekang dari hidup seorang mukminkan. Saya nekad , pilihan Allah adalah yang terbaik, apa pun yang saya lalui itu  saya pandang dari positive , bila toleh balik ,benda yang jadi ni atas permintaan saya padaNYa. Dan saya tahu tak sia-sia semua ni. InsyaAllah, tak salah pun yakin dengan Allah tu. Bahagia tu dekat , dekat apabila awak dekat dengan DIA. Mohonlah kekuatan dariNya, saya tak selalunya kuat tapi selau memohon kekuatan dariNya.

Tidak ada kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah [Al-Kahfi  ayat 39]

Okey disember ni InsyaAllah bakal menginjak ke usia 21 tahun dalam beberapa hari lagi. Bila fikir-fikir 21 tahun  hidup , apa yang saya buat untuk Allah , Rasulullah , Agama, Mak Ayah.. Bila fikir boleh nangis , banyak lagi yang saya tak jalankan . Sedangkan bila umur mula bertambah itu bermakna kita makin dekat dengan kematian kan. Allahu.

Okey, senyum, teruskan langkahan ini. Letakkan Allah dihadapan. Bila jatuh ingat DIA Ada. Sebenarnya kita dah patut mula berlari kepada Nya. Dan dalam larian itu sudah tentu kita akan terjatuh, bangkit balik, tersandung, rawat luka tu dengan Al-Quran dan kembali berlari. ^^ .Moga Alllah redha Moga Allah permudahkan.

Sesungguhnya Aku dekat  [Al-Baqarah ayat186]

Final Exam will start at | 30/12| 03/01| 04/01| 07/01| 18/01|

Mohon doakan agar dipermudah segala urusan, maaf kan yana andai ada yang terluka. 




p.s: Telefon rosak, balik Terengganu baru ada phone balik . Sekarang nak telefon mak tu penting .
 -_-. Sekarang FB deactivate. Wassup tak on, pape email je lah senang. Twitter pun on lagi. Tumblr... err err. cik KK  lari jap. hehe. :)

Sunday, 8 December 2013

Kuliah Jumaat : Hidayah itu Milik Allah.

Bismillahirahmanirahim,



Al-Qasas ayat 56



Setiap dari kalian adalah sesat,
sesungguhnya hidayah itu milik Allah
maka minta hidayah padaKu- hadis


Just sharing from what i had listen last jumaat. May Allah bless.Hidayah takkan berlaku tanpa hijrah. Hidayah terbahagia kepada dua:

Hidayah Intibadan (*kalau salah tolong betulkan)
Ia datang secara mengejut. Contoh Allah beri musibah atau pun ujian, dalam menghadapi ujian itu Allah jentikkan satu rasa. Satu rasa dimana hati inginkan kepada perubahan Allahu. Indahnya rasa tu.

Hidayah Istiqamah
Konsisten. Kadang-kadang, kita tak jauh pun dari DIA, Cuma DIA mahu kita bergantung , sering meminta padaNYa. Nampak  tak betapa Allah mencintai kita. Sesaat pun tak nak kita jauh, sedtik pun tak melupakan kita. Kalau manusia pun mesti dia lupakan kita juga pada satu satu ketika kan. Tapi tidak ALLAH.

Istiqamah – Bermujahadah.
 Akak Fatihah ada cakap , bahaya bila kita sebut “belum dapat hidayah lagi” sebabnya hidayah dating dalam banyak bentuk, hidayah datang bila –bila masanya je. Mungkin saja ia datang dalam satu detikan rasa. Detikan “Kenapa kita tak cari Allah”.
Hidup ini satu pilihan, dan kita membuat pilihan setiap hari, begitu juga dengan detikan hidayah saat Allah hadirkan detikan itu kita, sebagai hamba pilih mengambil hidayah itu atau membiuarkan detika itu berlalu pergi.

HIDAYAH- MUJAHADAH –ISTIQAMAH.
Saat DIA berikan hidayahnya, rebutlah kerana bila DIA memilih kamu , itu bermakna kamu insan terpilih kerana hidayah itu Allah pegang. Jom renungi kisah bapa saudara Nabi,
Nabi berdoa  memohon agar bapa saudaranya mengucap lailahaillah. Namun , Hidayah itu milik Allah, nabi sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.

Mujahadah, Ingat once kita nak berubah bersedialah untuk diuji. Ingat lagu damba kasih dari Inteam,
Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku

Nah , oleh kerana syurga tu mahal, maka mujahadah itu tidaklah semudah bibir menuturkan perkataan mujahadah itu, sering kali terjatuh sering kali tersungkur, dan air mata pasti jadi saksi betapa kuatnya hati dan diri mempertahakan mujahadah ini.
Istiqamah, susahkan nak istiqamah. Jangan lupa berdoa. Kata ayah , sikit takpe , berterusan itu penting. Ingat sampai sekarang.


******
petang jumaat itu sebenarnya ada something berlaku, yang buat aku ingat semua ni, yang buat aku rasa betapa tajuk ni sangat membuktikan bahawa ujian dimana-mana, dan bila-bila masa sahaja. Allah rindu Allah kasih , dan aku rasa ada ruang-ruang kosong . Alllahu. Moga kuat wahai iman , hati dan diri.

“Lidah yang bercakap lebih dekat dengan telinga yang mendengar”


Segala perkongsiaan ini, untuk memperbaiki diri hamba ini, moga bermanfaat , moga Allah redha.

Sunday, 1 December 2013

Kuliah Jumaat : Seindah Mawar Berduri

Bismillahirahmnirahim

Seindah mawar berduri- aku.. masih ,mencuba dan terus mencuba.


Allah bagi banyak ujian sebab nak tengok sejauh mana kekuatan kita. Kata akak tu, perempuan ni makhluk yang beremosi. Saya yang mendengar mengangguk . Allahu.benarlah tu. Ujian emosi. Perempuan tetap lah manusia biasa yang ada hati, lagi sensetif sebenarnya even dia cuba menjaga. “suka” itu fitrah. Tapi bagaimana kita raikan fitrah tu dengan cara islam. Pertama jaga pandangan, fikiran dan anggota kerana dari seorang wanita itu akan lahir generasi-generasi islam.Bila melibatkan masalah hati ni iakan mengubah seglaanya. Hati . Hati-hati dengan hati. Ambil masa muhasabah diri , lihat balik mana kelebihan dan kekurangan kita. Senut nak jaga hati nak jaga tu nak jaga ni, tapi tak mudah kan sebab ada makhluk tu. Tapi bila hati mula nekad InsyaAllah, bila hati ada Allah InsyaAllah, moga Istiqamah!

Kata akak tu,
Muslimah ini kena tegas! Letak Allah mula –mula sekali.

Tips:
Doa dari sekarang , moga dikurniakan pendamping dan zuriat yang soleh dan solehah.
Matlamat sesuatu perhubungan adalah ikatan pernikahan.
Bila ada yang datang merisik, puasa 3 kali berturut , untuk menyucikan hati
Solat istikharah , Mohon Allah tunjukkan pilihan yang tepat.
Mohon pada Allah supaya beri cara berfikir dengan betul.
Lebih tenang “no day dreaming”
Jaga hubungan Allah dan Manusia.


Jangan sombong dengan kelebihan kita. Hati dan amalan yang mengatasi luaran sebenarnya. Allah lebih tahu siapa baik, siapa tak, kita boleh jamin ke seratus perataus yang Allah terima amalan kita? Tak payah nak judge orang, adalah lebih baik andai kita bimbing secara  berhikmahkan, nak masuk syurga takkan nak masuk sorang-sorang kan.  Muhasabah lagi , tengok kekuarangan pulak, okey improve kekurangan tu Senyum sikit. : )


Seindah mawar berduri, dunia ini tak lebih dari sebuah ujian. Ujian demi ujian. Jatuh dan bangun, Lemas atau selamat.
Bawalah Allah bersamamu , selamat menempuhi hari-hari mendatang dengan hati yang lebih jitu.

Moga Allah redha.


Wednesday, 27 November 2013

Kematian yang Menghidupkan.


Bismillahirahmanirahim. May Allah ease your day! Alhamdulillah. Senyum sikit , sebarkan mood ceria pagi-pagi ni. Artikel saya terbaru di [Tribute Ahmad Ammar: Bangkitlah wahai Jiwa Yang Terlena. ] di Blog Aku Islam




Saya rasa ramai dah yang terbaca, tengok video Almarhum Ahmad Ammar kan. Ini versi saya. Bagi saya kematian Ammar, dengan izin Allah telah menghidupkan jiwa-jiwa yang sedang lena.Mungkin saya antara jiwa yang lena tu, semangatnya akan terus mengalir. Seronoknya dunia ni, ibarat diulit mimpi. Pada mulanya hati tertanya-tanya siapa Ammar ni , apa yang dibuat.

Allahu. Selepas tahu , menitis air mata. Saya ni takde apapun, 21 tahun hidup macam sia-sia, okey betulkan matlamat hidup sekarang. Alhamdulillah , walaupun tahu tentang Ammar setelah Allah ambil dia kembali padaNYA, ada hikmahnya , sedar bahawa dunia ini hanya persinggahan bukan destinasi. Alhamdulillah.

Saya tanya Ammar, kenapa termenung. Dia kata hati dia dah terpaut pada bumi Syam (Syria), dia nak bantu Syria,sedih sangat tengok Syria mcm ni dan kalau Allah izinkan dia nak mati Syahid di Syria. Malam tu berhampiran hospital tersebut dua roket dijatuhkan menyebabkan hospital tersebut bergegar. Esok awal pagi saya tersedar dari tidur dan tengok Ammar baru sudah mandi. Pelik sebab air sgt sejuk! Saya tanya Ammar kenapa mandi awal2 pagi macam ni? Dia cakap Allah bagi ‘hadiah’ dlm mimpi dia. Subhanallah. Dan kerana itu rakan2nya di Turki sebut bahawa Ammar ini adalah syahid yg tertangguh kerana Allah dah pertemukan Ammar dengan bidadari dalam mimpinya di Syria. Allah tangguhkan kesyahidan dia bukan di Syria tetapi di Turki, bumi dimana Ammar menadah ilmu. Subhanallah. Ammar telah bertemu penciptaNya. Al-fatihah." -Syahrir Azfar.



“Setiap yang berjiwa, pasti akan merasakan mati.”(QS. AliImran :185)


Pengakhirannya begitu indah , aku? Allahu. teruskan melangkah wahai diri, dekati diriNya, Moga Allah redha.

Al-Fatihah.

Tuesday, 3 September 2013

Saat hidup terasa susah.

Bismillahirahmanirahim,


Selama ini asyik cerita kesenangan, lalu sekarang Allah mula uji dengan kesusahan, Allah air mata mengalir. Ya Allah hambamu ini tahu , mendengar rintihan, cuma aku perlu kuat. Cukup Allah je tahu sebab DIA memang orang pertama yang tahu.

Maaf menyusahkan, hidup tak selalunya diatas, kadang kita perlu dibawah untuk belajar menghargai. Jangan sombong .Memang kita lemah, tapi kita boleh nak terus lemah atau terus berusaha .

Ujian buat saya makin percaya Allah sayang saya.
Tak mampu menaip, air mata bergenang.
Maaf.
Terima kasih.

Thursday, 29 August 2013

Kita Punya 2 Pilihan


Bismillahirahmanirahim, 

Bila dah lama tak menaip, bila sekali menaip rasa nak selalu je menulis, ilham datang konon la kan.
Sebenarnya bila kita disakiti memang kita punya dua pilihan: untuk jadi pemaaf dan pendendam. Dalam proses melalui detik-detik kehidupan memang kita tak lepas dari menyakiti atau pun disalkiti oleh manusia. Sebab kita manusia , kerdil je takde apapa kuasa pun nak kawal semua benda. Apabila sedar diri tak sempurna why not kita belajar memaafkan, mudah tak mudah tapi kita kena belajar.

"Awak tak rasa apa yang saya rasa"
Okey memang saya tak rasa tapi saya pernah juga disakiti, awak tak pernah kan rasa apa yang saya rasa, mana awak tahu yang "rasa" awak tu lagi hebat dari saya. So didik hati okey. Tak mudah tak bererti tak BOLEH.


So pilihan ditangan anda.
Firman ALLAH swt maksudnya:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH maha pengampun, Maha Penyayang” – Surah An Nuur: 22.

Dan jumpa video ni kat utube . let's watch sharing is caring ^^


Moga Allah Redha :)

Tuesday, 30 April 2013

27 APR 2013 ♥

Bismillahirahmanirahim.


Macam mana boleh lupa 27 apr kan. tak de apa yang penting pun tapi penting untuk saya sebagai blogger. Alhamdulillah dah 2 tahun diri bergelar blogger? #eh blogger ke . Okey , pada yang tak tahu lagi, ini blog kedua yana sebab tu tak banyak post. Yana cuma harap redha Allah. as blogger banyak benda yang belajar. Terima kasih pada semua blogger, secara tak langsung yana banyak terkesan dengan post-post kamu semua , ia adalah teguran secara tidak langsung .. sama-sama lah kita saling ,mentarbiah antara satu sama lain. Kalau yana salah tegur lah.


  • "sampaikanlah dariku walaupon sepotong ayat"

 saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.

barulah akhirnya kita tersedar,
kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,

dengan Tuhan.

kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.

— via tersenyum-melihat-langit

Sunday, 14 April 2013

Disini Jua Memori Tercipta ♥

Bismillahirahmanirahim..

UiTM Kampus Dungun


Alhamdulillah selesai sudah perjuangan 3 tahun dibumi UiTM Kampus Dungun, semalam selepas berakhirnya paper terakhir Operation Management.

Kata dimana ada terciptanya pertemuan , pasti  pada akhirnya akan perpisahan. dan itulah yang saya lalui semalam. Sayu meninggalkan bumi dimana nilai persahabatan, pengalaman dan kenangan bersatu. Bukan pelajaran yang saya belajar namun juga pelbagai nilaian informal hingga terciptanya saya sekarang. walau berjuta ayat tak mampu menceritakan semua itu . Kini yang tinggal hanya gambar sebagai kenangan.

Moga Allah selalu jagakan kamu semua wahai sahabatku , merindui kamu sepanjang waktu, jua mendoakan kamu berjaya dunia akhirat :)

Tiga tahun lalu  bumi itu asing bagiku , kini aku akan merindui setiap inci langkah ku disana.

Terima kasih buat segalanya Ya Rabb.

Disana memori tercipta, hati sayu meninggalkan bumi UiTM.

Pengalaman dan kenangan yang tak terucap dengan kata. Buat classmate , kita akan rindu korang semua. terima kasih .maaf andai terkurang dan terlebih sepanjang kita bersahabat.



Buat rumate2 kita dari semester 1-6, DYB127,PHA206, 2 sem di PHA106 ,DYB025, DYB024..terima kasih sudi terima tangis tawa sengal saya sebagai rumate. terkasar tercubit terpukul maafkan yana eh :P.
Buat lecturer part 1-6 terima kasih atas curahan ilmu. Maaf kan andai ada dalam kelas tertidur, terberbual .. hehehe 


#OnlyInUitm they call me Yana Comey, Ustazah, Ummi :P
Dalam ketidaksempurnaan sebagai seorang banyak silap dan salah maafkan yana.
Terima kasih atas memori ini ♥

Ya Allah jaga sahabat-sahabat ku ini walau aku tiada disisinya :)
 


Thursday, 28 March 2013

Untuk Awak dan Awak Semua




Buat awak yang masih menangis disana,
Saya juga tahu bagaimana rasanya terluka,kecewa,disakiti dan apatah lagi merasa dizalimi.Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit sehingga jasad turut lemah tidak berdaya! Semahunya menangis sepuasnya dan ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia betapa hati telah remuk dan berhenti berharap.Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih,marah dan seringkali dendam itu datang memujuk.Saat itu,orang diluar sana samaada teman karib mahupun saudara terdekatmu sama sekali tidak akan memahami dirimu.Bercakap itu selembut-lembut lidah,tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti.Hatimu terasa sungguh sunyi.Dunia bagaikan kosong.Kenapa mesti aku yang rasa semua ini?Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu.
Ya,buat awak yang masih mahu membaca ..
Dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya,Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama.Awak dengan hidup awak.Saya dengan hidup saya.
Mungkin awak rasa hidup awak paling malang.
Tapi saya juga nak awak tahu,
Suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak.



Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,
Pandanglah dunia dengan sederhana,
Berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu.
Pasti jiwamu ringan dari segala beban.
Pasti tiap tangisan mendamaikan,
Kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu malah pada seluruh hamba-hambaNya!
dan tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap!
Jadi buat awak yang telah dipilih Allah,
La tahzan,innallaha ma’ana. =)

via Penulis Buta.

Sunday, 17 March 2013

Muslimah itu adalah Saya


Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.



[Hakikatnya ini lah saya, penuh dengan kekurangan , namun digagahi hati dan diri untuk terus berusaha ♥] 
[YanaZulkifli,2013]

Saturday, 2 March 2013

Saat Ujian datang Bertimpa-Timpa

Bismillahirahmanirahim,



Saat ujian datang bertimpa-timpa, maksudnya lepas satu , datang pula yang lain, tak pernah putus, hingga satu saat hati terdetik, bagaimana lagi "aku "bisa tersenyum, bisa melangkah, terasa seluruh dunia seakan kelam .


Maka saat itu sedar lah sahabat, kamu beruntung, Allah rindu. Bertuah tahu dalam berjuta manusia didunia ni awak yang terpilih. Tapi hati berkata lagi, kenapa asyik "aku". Mungkin inilah caranya Allah nak bawak kita balik pada DIA. Saat kita diuji, sedih tak bermaya, lemah , rebah. Sesungguhnya ramai yang mencari Allah ketika dia sedih tetapi tak ramai yang mencari Allah saat dia senang. memang kita tidak disuruh mencari kesedihan tapi hakikatnya kesedihan berjaya bawak kita kembali pada Allah. betul tak? check yourself!


Bagi insan yang redha atas ketentuan Allah padaNya, dia akan mencari dan ketemu keindahan hikmahnya. Ingatlah Allah takkan uji hamba-hambanya melebihi tahap kesabarannya. Kita selalu cakap,"aku" tak sanggup Ya Allah, Kenapa Allah uji "aku". Namun pada akhirnya kita dapat melalui ujian tersebut, bukankah itu terbukti yang Allah tidak menguji hambaNya melebihi batas kesabaran kita.



Tak mungkin ada yang mampu bertahan saat ujian datang bertimpa-timpa, pasti air mata jatuh , pasti terasa langkah begitu longlai. Allahurabbi, saat itu tiada yang terindah melainkan kita menyedari bahawa Allah sedang melihat kita, berbicaralag denganNya, Allah mendengar setiap pengaduaanmu. Nikmatnya, tenangnya saat air mata jadi saksi perbicaraanmu denganNya. Subhanallah saat itu terasa hanya ada kamu dan DIA. *should feel it!


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?”- Al-Ankabut:1

Kadang-kadang saya "minta" Allah uji saya, sebabsaya taknak jauh langsung dariNya, sebab saya tahu saya lemah, saya lalai, bila Allah uji terasa Allah sayang , peduli, kerana tak semua yang DIA pilih .



saya ingat lagi, lagu ni diberikan oleh seorang akak kat FB, terima kasih kak aida, saat tu saya sedar, saya antara berjuta manusia yang bertuah. Terima kasih YaAllah :)

Friday, 1 March 2013

Blog Kedua

Bismillahirahmanirahim.

ini bukanlah blog pertama, tapi saya terpaksa buat balik sebab ada beberapa masalah di blog yang pertama, Nama masih sama, cuma url yang berbeza, niat dihati masih ingin berkongsi dengan yang lain, kerana itu masih ada semangat lalui jadilah blog kedua ni. Demi menggapai redha Allah Aamiin .InsyaAllah

*tak marah pun tapi gambar ni sgt comel