Thursday, 31 December 2015

Alhamdulillah ,Dua ribu lima belas

Bismillahirahmanirahim,
Allahuma Soli' Ala Muhammad.




Last entry untuk tahun 2015, mungkin? First of all, syukur alhamdulillah , Allah kasi peluang hidup hingga ke hujung tahun 2015 ni. Bersyukur atas nikmat Allah yang luas. Alhamdulillah atas semuanya. Dua ribu lima belas, tahun kebangkitan , mungkin. Alhamdulillah kekuatan kesabaran ketabahan Allah kasi dapat lah LIYANA berjalan dibumi Allah ni.



Duaribulimabelas,
Alhamdulillah selesai dah degree,cuma tak konvo jelagi. Sepanjang degreelife, macam macam Allah uji, dan saya bersyukur walaupun air mata selalu jatuh. Semua tu agenda Allah dalam membentuk diri ni.


Duaribulimabelas,
Alhamdulillah Allah kasi peluang jadi pendidik buat anak anak kecil, walaupun kadang rasa tak layak sebab diri ni pon tak betul, InsyaAllah moga Allah beri kekuatan, moga Allah sucikan jiwa untk jadi lebih baik.


Duaribulimabelas,
terima kasih buat sahabat yang selalu ada mentarbiah hati yang selalu futur, yang selalu berkongsi bahu dan yang selalu mendengar dan bertahan dengan peel eperangai saya ni. Allah je mampu balas kasih sayang awak semua tu.


Duaribulimabelas,
Tahun yang saya rasa sangat aktif berblog sepanjang hampir lima tahun saya berblogging. Terima kasih sebab sudi singgah, sudi menengur . Moga ada yang bermanfaat yang kalian perolehi dan maafkan segala kekurangan saya dalam bidang blog ni. Moga Allah balas kasihsayang korang juga.


Duaribulimabelas,
Saya bersyukur, dalam hidup ni ada jatuh dan bangun. Bahagia mahupun musibah yang datang itulah ujian. Ujian untuk tengok saya dan kalian ni layak tak untuk syurga Allah yang Maha Hebat . Bahagia mahupun musibah itu juga ujian nak tengok kita ini akan ingat Allah tak.


Duaribulimabelas,
saya selalu terbaca komen atau post yang kata TKK, ni yang halus yang lembut, lemah lembut orangnya, moga moga itu tebaran doa kalian buat yana. terima kasih.




Alhamdulillah,
 terima kasih ya Allah atas kurnian Disember
 yang jauh lebih baik pada tahun ini,
Disember, serius akan rindu, panjang umur kita jumpa lagi tahun depan.






Hamba Allah yang selalu lemah,

NurliyanaZulkifli,
CahayaKehalusanKelembutan,
TheKehalusanKelembutan.



Wednesday, 30 December 2015

#Wordless3

Bismillahirahmanirahim.
Allahuma Soli' Ala Muhammad



because cookies for hari raya only too mainstream.

 Alhamdulillah :)

Monday, 28 December 2015

Edisi Masak : Biskut Chip Coklat

Bismillahirahmanirahim.
Allahuma Soli' Ala Muhammad

Dihujung hujung tahun mood baking tiba pulak ditambah dengan permintaan dari kesayangan. Semalam buat kek coklat  permintaan dari kaklong, hari ni buat biskut pulak. Permintaan dari hati sendiri plus sibongsu sekali. Mula mula macam tak jadi je nak buat hari ni, pastu kak long cakap,  

"mu ni, kalau orang dok balik, mu masok sedap sedap sokmo, hahaha"

ok ok , nok masok la kekgi.hehe.

Ok, tengok bahan , tengok resepi maka jadilah, loyang pertama, keluar dari oven tak sempat sejuk datang sorang ambik datang sorang ambik, Fuh, sedap la gamaknya ye. Masa raya haritu dah buat tapi yang tu warna gelap sikit sebab letak coklat kali cerah sikit. 



Bahan A 
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan marjerin
1 cawan minyak 
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil baking soda
badam hiris [ goreng dulu]
 choc chips 

1) Pukul bahan A hingga kembang 
2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan B
3) Kacau gunakan senduk kayu sehingga menjadi doh
5) kemudian rehatkan 1 jam-2 jam dalam fridge
4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu.
6) Bakar setengah jam (oven saya,)

Boleh la cuba, resepi ni saya ubah sikit, atas ketiadaan bahan dalam resepi asal  SINI

dan esok, Kak long request suruh buat semperit, amboi beraya la kita gamaknya ye. 
Selamat Hari Raya ! 
eh:)


Sunday, 27 December 2015

TEMPORARY PEOPLE , PERMANENT FEELING.


Bismillahirahmanirahim.
Allahuma Soli' Ala Muhammad

Betulkan. TEMPORARY PEOPLE , PERMANENT FEELING.


Masa umur lingkungan ni, kita study ,dah lepas sekolah dah pon. Jadi yang datang dalam hidup kita silih berganti. Kawan zaman sekolah tak sama dengan kawan zaman study. Kawan sekolah mungkin sekampung , setaman, kawan zaman study dekat U mungkin sama negeri, sama negara.


So bila dah habis study, mungkin dah tak jumpa. Tapi perasaan, sepanjang bersama sama, mungkin kekal. kan kita ada doa yang selalu mendekatkan dan menghubungkan.


Saturday, 26 December 2015

Throwback

Bismillahirahmanirahim.
Allahuma Soli Ala Muhammad


Saya akan cakap, "Yana, awak kena kuat hdapi semua ni, semua ni ujian Allah. Awak kena bersyukur sebab hikmah pada akan datang itu besar"

Jangan salah kan takdir and stop asking why. Allah knows better.  Belajar ucap syukur atas semua yang Allah takdir kan.


Ya itu "kalau" boleh kembali ke 3 tahun lepas, dimana seorang LIYANA belajar menjadi dewasa. Yes macam macam hal , dan syukur Allah masih pilih. Syukur Allah masih kasi peluang yang tak pernah berkurang.


So, SABAR itu bukan sekadar terucap, dan tertulis, memang perlu kan jiwa dan fizikal yang kuat. Dan terima kasih Allah untuk last 3 years. Terima kasih kalian yang hadir sepanjang 3 tahun lepas.


Friday, 25 December 2015

Entry 2 in 1 : SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016.


Bismillahirahmanirahim,

Tiga ke empat hari jugak tak update blog, hanya mampu pandang sepi je,  first kali jom kita selalwat , Allahuma soli ala Muhammad . Sanah helwah ya Rasulullah. 12 rabiul awwal bukan hanya kelahiran rasulullah tapi jua kewafatan baginda.  Ni kiranya entry dua dalam satu boleh tak? 


Next, terima kasih atas doa semua, alhamdulillah semua yang berlaku dengan keizinanNya. Moga kasih sayang Allah bertebaran buat kalian. Terima kasih sudi singgah sepanjang ketiadaan saya disini :)


Then, hari ni saya nak join segmen Kak Mimie ni. saya kenal dia dari sebelum nikah lagi, dan sekarang dah ada anak sorang, lama jugak la, cuma dulu saya tak aktif sangat berblogging so tak selalu jenguk , now , kak mimie pulak busy jaga zahra. adatlah kehidupan kan. Untuk Tahun baru ni kak mimie nak cari bloglist baru sebab yang sedia ada ada yang dah tak aktif. Jom support.! 


Monday, 21 December 2015

Mohon doanya.

Bismillahirahmanirahim.



Esok,



#maaf tak dapat nak blogwalking dan balas komenlagi.


Sunday, 20 December 2015

#Wordless2


Bismillahirahmanirahim,




#mulut orang tak boleh nak tutup, 
persoalannya semuanya rahsia tuhan layak ke kita persoalkan.

Friday, 18 December 2015

Wordless-1

Bismillahirahmanirahim


-INSTAGRAM-


* blog bertukar lagi, putih bersih hehe, takedit banyak pun just buang background je :)

Thursday, 17 December 2015

Throwback Sirah

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah tadi diberi kesempatan oleh Allah untuk duduk dalam kuliah maghrib, sebenarnya setiap khamis ustaz akan berbicara pasal surah kahfi.

Tapi malam ni ustaz membawa kami kembali kepada sirah, lebih kepada doa doa nabi dan umat terdahulu.  Doa doa yang bagi saya sudah biasa didengari oleh telinga kita ni.



Doa Nabi Ibrahim ketika dibakar.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung"

Doa ini juga diucapkan oleh Nabi Muhammad Ketika perang badar, dan Allah memberikan kemenangan pada tentera islam.



Doa Nabi Sulaiman ketika diuji dengan kekayaan.

  هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي

"Semua ini kurniaan dari Tuhanku"


 Sikap  Nabi Sulaiman as yang mengatakan ketika mendapatkan nikmat, beliau mengatakan, ”Hadza min fadhli rabbi liyabluwani a’asykuru am akfur. Ini adalah karunia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau ingkar.”  patut  dicontohkan oleh kita .



Doa Ummu Salamah ketika Kematian Abu Salamah.


Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya.

Dan Allah memakbulkan doa Ummu Salamah, Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.



Doa Saidatina Aisyah ketika difitnah

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

" bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya"

Saidatina Aisyah berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ


Ayat ni juga diucapkan oleh Nabi Yaakub ketika Nabi Yusuf diaktakan hilang oleh saudara saudaranya.


Ada banyak lagi ayat ayat sebagai pemujuk buat kita percayalah :) wallahualam.

Tuesday, 15 December 2015

*Rezeki Disember*

Bismillahirahmanirahim, 

Saya buat entry ni bukan nak menunjuk tapi sekadar berkongsi kegembiraan. *Disember*. Bulan ulangtahun kelahiran saya, lagi beberapa hari bakal betambah setahun lagi usia. Moga amalan juga bertambah seiring usia. Aamiin. Masih berusaha menjadi seperti yang tuhan mahu. 

*Throwback*

Satu disember,
Pagi tu saya buka blog macam biasa, rutin cuti sekolahkan. Ternampak lah post Kak Sue aka Umi Rania pasal Giveawau 8th aniversary . Saya pun macam okey dah keluar result. Tak berharap, sebab tahulah diri tak bertuah *realiti* . Tapi tak nafikan kalau Allah bagi rezeki. Sekali sekala la. Time saya tak berharap mana tulah Allah kasi.


Alhamdulillah buka post tu nama lah *cahayakehalusankelembutan.blogspot.my* masa macam eh serious ke ni, pastu saya buka dekat awaiting comment tu Kak mimie cakap saya menang . Alhamdulillah. Semuanya Allah kasi Allah takdirkan.


Malam tu, 
lepas settle semua urusan dengan Tuhan saya, pun buka la blog, macam biasa nak bw boleh pulak ternampak IY punya post pasal pemenang 3D IY & Syarizwan tu, sebelum buka saya baca dulu sikit preview entry nya. Katanya guna random. Saya, memang sah nama saya takkan tersenarai *takbertuah* hehehe. Pastu malam nak layan. Buka awaiting comment tengok, Ms Kejupenyet komen kat entry giveaway ni. 

Alhamdulillah 2 cenenot terselit juga. Saya macam tak percaya, dan anggap ni sebagai hadiah ulangtahun saya la ni.




Actually, lepas aktif berblog balik ini kali pertama saya menang masu contest ke giveaway ke, saya memang payah nak masuk contest contest atas sebab syarat yang melibatkan acc laman sosial personal saya . So saya minta maaf bagi yang tag saya, ya saya hargai tapi saya ada reason saya sendiri.


Terima kasih IY, Syarizwan dan Kak Sue :), Moga Allah membalasnya dengan lebih banyak rezeki lagi untuk kalian .



Sunday, 13 December 2015

Sejenis Hobi: ESC

Bismillahirahmanirahim, 

Kembali dengan satu lagi jenis buku yang telah tamat dibaca. Korang mesti beli dan baca. Tak beli pun pinjam la kat sapa sapa, sebabnya mesti ada something yang akan dapat dari buku ni. Macam hebat je kan buku ni. Ok, itu pada pandangan saya la, yang saya OVER minat pada buku ni. hehehe.



Buku ni santai je, berkaitan dengan life dan teknik penceritaan digunakan. Kalau korang dah pernah baca blog Mato ni, korang akan rasa best nak baca buku dia. Setiap ayat tu macam ada kaitan dengan kita.Kalau korang baca dia punya penghargaan dan kata penerbit pun gaya tulis lain dari buku lain .

Yes, Mato cakap dia menulis nothing, tapi pada kita yang baca ni, dan kita feel sama jugak. Kita rasa eh dia ni tahu ke life aku?. Haa gitu laa. Pada saya la kan. Tapi saya tersenyum baca buku ni bukan sebab lawak tapi feelnya yang saya sendiri tak boleh nak explain *pening dah.

Dan semangat untuk saya menulis jugak. apa yang ditulis dari hati akan sampai pada hati , kan :)








"Sampai satu masa nanti,
 kita dah tak perlukan escape button untuk lari,
 sebab syurga itu realiti"
-Mato

Saturday, 12 December 2015

Edisi Masak : Spaghetti Bolognese

Bismillahirahmanirahim,

Tengok tajuk macam pro je, tapi saja nak share firstime buat, boleh makan lah. Cuma saya kena akui, family saya lebih suka Carbonara. hehehe. Ni resepi bujang je, campak campak dan siap . makan !
Kata resepi orang bujang , so bahan pon simple.


 


Bahan

  1. Sos Spaghetti adabi
  2. Spaghetti.
  3. Bawang putih
  4. Ayam (boleh tambah sosej, daging burger)
  5. Cheese.



  1. Rebus spaghetti tambah garam sikit.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masuk ayam. Masak.
  4. Pastu masuk sos spaghetti, then masuk cheese ( cara saya .. hehehe)
  5. Makan , bismillah dulu :D




* Alhamdulillah , khamis lepas abang posmen menghonkan* van pos laju  untuk menyuruh saya keluar mengambil barang heheh.

Kiriman dari cikgu Etuza telah selamat sampai, dan  Alhamdulillah juga rezeki saya untuk dapat mangkuk Elken untuk komentar blog cikgu etuza(Jawab Kuiz dulu hehehe). Saya tak mengharap apa apa, sekadar menyokong. Moga terus maju jaya dalm berbloging. Terima Kasih Cikgu.

Thursday, 10 December 2015

Semoga ada Manfaatnya.

Bismillahirahmanirahim .

Semalam bila terjaga, saya buka blog jap, ternampak post blogger yang baru saya kenali ni, serius saya tak sangka dia boleh buat post macam tu . Sebab setiap kali saya up entry, saya selalu fikir, niat saya, manfaatnya, pandangan orang. sesekali saya  baca balik entry lama saya, ya jujur saya rindu nak menulis dalam bentuk monolog, tapi ilham Allah kasi dalam bentuk penulisan sekarang.  Saya tak pernah terfikir akan ada orang yang akan  baca blog seperti sekarang.


Terima kasih Blogger kimchaa. Saya menulis ikut suka hati saya je sebenarnya, tapi kalau awak jumpa manfaatnya ambil la, kalau awak nampak salah kat manamana tegur lah ye. Actually saya suka baca blog awak! First time singgah baca pasal Matlutfi tu then saya follow blog awak. Sekali Lagi terima kasih :)

Turut ditulis pasal  Blogger Fatihah dan Blogger Ecah  serius dua dua blog ni pun best!

Hadza min fadlik Rabbi

Wednesday, 9 December 2015

Sejenis Hobi: "Bedtime Stories Sentap Siri Kedua "





Bismillahirahmnirahim,

Hari ini satu buku saya nak share, sebelum ni BSS satu, sekarang BSS dua, sebuah buku yang mentadabur ayat ayat terpilih dari 15 juzu' terakhir. Actually seronok bila baca dan kita faham apa yang kita baca, mudah mudahan kita diberi kefahaman. 


BEDTIME STORIES SENTAP2 -SHUKERY AZIZAN




dan hari ni saya nak share satu ayat dari juzu' 23 yang diceritakan dalam buku ni dengan tajuk (skema sangat) "DAH BERPUTUS ASA KE? Ayat terpilih ialah suruah  Azzumar ayat 53. 


Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;  sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.



Dalam ayat Allah kasi tahu, bahawa walau dosa kita setinggi gunung, sebanyak buih buih dilautan, Allah tetap terima kita. Ya tetap tunggu kita balik cari DIA. Maha penyayang sungguh Allah ni, So kita as manusia yang selalu bertanya tanya 


"dosa aku ni banyak, aku malu, aku takut Allah tak terima aku dah"


No! Allah terima kita lagi dengan syarat bertaubat bertaubat dab bertaubat. Rahmat Allah lebih dari segalanya. Buat kita aka SAYA yang menggunung dosa, jadikan lah ayat ni pembakar semangat untuk terus bertaubat dan bertaubat!


****

Saya pernah terbaca dan tertarik dengan satu ayat, Doa syaitan laknatullah tu pun Allah makbulkan,(panjangkan umurnya hingga hari kiamat), ini doa kita hambaNya, so jangan putus asa,sampai masa Allah makbulkan. :)


Ustaz Adnin (Tarbiah Sentap)
Pintu taubat takkan terbuka dengan sekali ketuk, maknanya taubat banyak banyak kali sebab kita tak tahu taubat mana Allah pilih kan :)

Sunday, 6 December 2015

Cukuplah Jadi Peringatan


Bismillahirahmanirahim.

kehalusankelembutan:

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Ali Imran 185


“Andailah saya pergi dulu”
"..Bila sebut je pasal mati, semua cakap janganlah cakap macam tu , janganlah merepek.."
Tapi hakikatnya..
Kita. Kita akan mati jugak. Time sihat ke, time sakit ke, time gembira time nangis. Allah nak ambik kita kejap je sayang.
Get ready.
Moga Allah redha.





kehalusankelembutan:

Mana satu kita?
Muhasabah diri.

Saban hari , hati ini diketuk dengan berita kematian, lalu bertanya aku pada diri, bersediakah aku? Allahu.[Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati] Ali Imran 3:185[Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan pada Allah, yang mengetahui ghaib dan nyata, lalu diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan] Al Jumu’ah 62:8 [dan Allah tidak akan menundakan kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang] Al Munafiqun 63:11 Allahu 
Moga Allah redha. Allah Allah.


Mana satu kita?
Muhasabah diri.
Saban hari , hati ini diketuk dengan berita kematian, lalu bertanya aku pada diri, bersediakah aku? Allahu.



[Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati] Ali Imran 3:185



[Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan pada Allah, yang mengetahui ghaib dan nyata, lalu diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan] Al Jumu’ah 62:8 

[dan Allah tidak akan menundakan kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang] Al Munafiqun 63:11 

Allahu 

Moga Allah redha. Allah Allah.
\
kehalusankelembutan:

Dengar berita kematian pun cukup menggetar jiwa.
Terkenang dosa yang melambung tinggi.
Mati itu pasti.
mengingati kematian bukan bermusim
:(

Dengar berita kematian pun cukup menggetar jiwa.
Terkenang dosa yang melambung tinggi.
Mati itu pasti.
mengingati kematian bukan bermusim
:(



Nabi suruh ingat mati bukan takut mati .
Take note ;)
Moga Allah redha


kehalusankelembutan:

‘Bertunang’,dan tarikh ‘nikah’nya masih rahsia.“Setiap yang berjiwa, pasti akan merasakan mati.”[Ali Imran 3:185]-Salah satu cara berkesan untuk mentarbiah merawat hati (:

Selalu cakap pasal mati,
bukan nak takutkan orang.

Tapi ingat kan diri,

Mati tu bila-bila je.

Moga Allah redha.



(coretan diatas adalah sebahagian coretan yang saya
 tulis tahun lepas ditumblr, setiap kali ada kematian setiap kali tu hati diketuk)

***

[Saban hari berita itu datang, dari muda sampai tua. Tapi bagaimana kita menaerima dan mengambil berita sebagai satu ibrah dalam hidup kita]

Orang yang paling bijak ialah mereka yg ingat mati dan bersedia untuk mati- MAksud hadis. 



إنا لله وإنا إليه ﺭﺍﺟﻌﻮﻥ



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ


وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka



**cukuplah kematian menjadi pengajaran buatmu**



Q and A

Bismillahirahmanirahim.

Masa bw pagi tadi , terbaca satu entry yanie, pasal Q&A ada blogger tag dia untuk jawab soalan, bawah sekali ternampak blog kita ditag. Yanie, siap tinggalkan link di cbox,tengok soalan hurmm, Tak susah so boleh la jawab.


SOALAN DARI ImpianaCik Yanie UNTUK ANDA YANG DI TAG! HAHAHAHAHA.

1. Kalau di beri peluang tukar nama. Nama apa yang anda hendak tukar?

Dulu pernah terfikir "kalaulah" boleh tukar nama, but now akak bersyukur dengan nama akak. Soryy yanie, akak tak ada jawapan. 

2. Kucing or Rabbit?

Kucing, maybe sebab akak tak pernah ada rabbit kat rumah so akak tak leh nak cakap tentang rabbit. Kucing akak takut dan geli tapi kucing ada memori tersendiri dalam hidup akak :)

3. Kalau anda menang RM1juta. Apa anda lakukan dengan duit tu?

Akak nak bawa mak ayah maybe one whole family pi Baitullah.

4. Kenapa anda berblogging?

Mula mula, akak konong nak tulis pasal "Rahsia hati" hahaha, tapi masa mengubah niat dan orangnya, akak sedar akak suka sangat menulis.Klik la tab artikel tu.! Moga Allah redha .

5. 3 benda kesayangan anda?

Mula mula akak tengok soalan ni, terlintas satu je jawapan MakAyah akak . Tapi tengok sekali lagi benda.
Buku-buku akak, Quran akak dan frame gambar yyang ada gambar makayah akak, mana mana pergi mesti bawak. 

6. Negara yang ingin anda jelajahi?

Makkah , sangat nak pergi . doakan eh . Aaminn.

***

Done, Alhamdulillah , maaf ya yanie kalau tak menjawab apa yang yanie tanya. or jawapan nampak klise, tapi ini lah jawapan akak. :)

Tuesday, 1 December 2015

Duabelas

Bismillahirahmanirahim
Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
 [ Surah Al-'Asr  ayat 1-3]



Disember,
Sekali lagi disember datang,
sinonim dengan hujan,
dingin bayunya.
Bulan terakhir tahun ini muncul kembali,
Cuma mengharap segala urusan dipermudah
Cuma mengharap senyum itu mekar selalu.


Muhasabah sejenak,
umur bakal bertambah,
apakah amal seiring?

Dulu selalu takut,
Bila disember tiba,
Selalu sedih ,
Tapi kesedihan yang bawa
kita dekat pada Yang Esa tak salahkan.

Sahabat cakap,
Disember tu bukan ada sedih je,
InsyaAllah hikmah takdir Allah.
Akan buat kita senyum dan syukur.

Dan
Kesimpulannya , selama mana kita positif dengan apa yang terjadi 
insyaAllah kita akan bahagia.
Yang penting Allah, Rasul dan ibubapa selalu dalam ingatan.
 Semoga semuanya dipermudah.


Disember,
Yang lepas tu pengajaran,
Yang sedang berlaku itu kenyataan
Yang akan datang tu impian.