#KonvokesyenUiTM84 Part2

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 12:45:00

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.
Okey sambung kisah konvo, part 2 ni , acah acah road to convocation, kenapa saya tulis jugak pasal ni , kenapa tak terus ke hari konvokesyen?, sebab inilah permulaan ibrah dalam kisah konvokesyen saya.  ok jom baca.

Selesai clearance dah sampai rumah masing masing, mak saya tanya bila pula akan ke arau? Hari tu saya pun bagitahu tarikh sebenar konvokesyen, 10 may 2016 , Selasa. Masa ini berat sangat nak bagi tahu mak . Sebab nya tak lain tak bukan tarikh nya tak jatuh pada hujung minggu atau pun time cuti.  Dan saya tahu ada satu pengalaman saya akan dapat kali ni. Saya cakap kat mak, ada juga kawan lain yang mak ayah dia tak boleh datang sebab tak boleh tinggal kerja.

Maybe akan ada yang cakap apalah penting sangat kerja tu, tapi kalau anda ditempat meraka, apa bila kerja kita melibat kan insan insan lain? macam mana. Itu juga salah satu pengorbanan.

Ok, sambung pasal saya.  Dalam diam saya dah decide sebelum pergi clearance lagi, kalau konvo kali ini mak ayah tak dapat turut serta, aku kena kuat. Bila dapat tahu ada sesetengah kawan saya yang mak ayah dia jugak tak datang , kuat sini untuk hadapi kemungkinan tu.

Saya cakap kat mak tak apa lah, kalau mak tak datang pun, kan sekolah , adik adik lagi kan. Saya mengadu jugak kat mak, kenapa lah dia pi buat hari sekolah. Hati masa cakap dengan mak tu tuhan saja tahu. Saya pujuk hati saya dan cakap kat mak tak pe nanti adah konvo kita pergi satu family , dekat ja, hujung tahun ni mak!

Akhirnya saya, beli lah tiket nak ke Perlis, beli tiket maknanya? Saya pergi konvo tanpa mak ayah. Nangis jap. * Masa taip ni pun fuh berair balik mata. Saya tak salah kan mak ayah saya, saya tahu depa nak sangat pergi. Tapi rencana Allah berbeza. Malam selepas saya beli tiket, mak long call tanya bila konvo? Saya pun cakap lah tarikh dia tanya hari apa selasa, pastu tanya lagi saya pi hari apa , saya cakap la Ahad sebab kena ambil jubah. Dan soalan last last ni,  nak ayah pi tak konvo? Kau rasa perasaan masa tu, dah lah jawab phone mengadapa ayah, maklong call ayah. Terus pusing , cakap tak pelah, kawan kita ada, mak ayah pun tak pergi jugak. Mak long boleh pulak cakap, tak pe maklong boleh ambik cuti, pergi dengan ayah  waaaaa nangis. Pastu cakaplah kat maklong takpe takpe, tak kisah pun. Maklong pun cakap okeylah.

Esoknya , tengah hari, ayah balik kerja, cakap maklong masuk hospital again sebab jantung. Masa tu saya yakin memang takdir yang Allah tentukan. It will different than diploma convocation.Petangnya saya pi hospital, maklong still cakap tak dapat nak pi perlis dah sakit. Pak sedara , nok gi guane makan angin perlis, dok jadilah. Saya masa tu senyum. Saya rasa kuat sangat. Selain mak ayah saya, mak long dan pak sedara saya sangat supportive, mereka mereka ni lah yang konvoi hantar saya mula mula masuk UiTM Perlis.


Perbualan saya dengan maklong tak siapa pun tahu , saya pi cerita kat adik saya, yang mana saya nak ajak dia teman saya, tapi tak jadi.

s: mung tahu dok moklong kabo mende masa dia telepon aku? Dia oyak nok gi dengan ayoh perlis. Pahtu aku oyak la kawan aku pun mok ye dok gi gok.
(Nak tahu tak maklong cakap apa masa dia call aku? Dia cakapa dia nak pergi dengan ayah Perlis. Pastu aku cakap la kawan aku pun mak ayaah dia pun tak pergi jugak.)
a: Hooo, mung tahu dok , ari tu masa makan, masa tu mung takdok, ayoh tanya mok nok gi dok perlis? mok kabo nok gi lah kalau ari dok koloh , doh nok wak guane konvo hari orang koloh 
(Oh, nak tahu tak , hari tu masa makan , masa tu kau tak ada, ayah tanya mak, nak pergi Perlis tak?, mak cakaplah nak pergi, tak nak buat macam mana, konvonya hari persekolahan.)
Masa ni, robek jiwa! 
*****

Masa buat clearance hari tu , boleh pulak lupa nak tanya pasal kolej nak duduk time konvo nanti, yelah kata tak pi dengan parents, duduk kolej the best solution. Pastu masa kat Pusat Islam, Farah cakap; meyh duduk dengan farah kat homestay, far datang dengan abah far ja. No  choice, sebab ak larat nak pergi pejabat kolej, saya setuju dengan lagi dua yang macam saya juga. Terima kasih farah. :)

*****

Kesimpulannya, saya pergi konvokesyen degree tanpa kehadiran  parents,
Sebabnya, saya tak boleh pentingkan diri, adik adik  saya still sekolah tak ada orang nak tengok, kedua sebab Terengganu -Perlis 10 jam, dengan cuaca lagi yang panas. Ketiga kos,saya bukan duduk sehari, kalau sorang lepak Pusat Islam tak apa lah. Saya tahun ayah saya tak kisah pasal ni . Keempat, ayah saya tak drive kalau ke perlis, biasanya pak sedara yang dua orang. Dua dua anak kecik kecik semua, Mak sedara saya tak sihat lagi, Sebenarnya sebelum maklong masuk hospital, pak saudara saya admit . sebab  ada masalah kat kaki.

Semua sebab ni , saya fikir aku nak pentingkan kegembiraan aku sorang tapi susahkan banyak orang. Saya dah besar, jadi saya banyak fikir, banyak nangis sensorang, banyak mohon kekuatan untuk lalui semua ni. Semangat family besar saya saya bawak ke Perlis. Nak tahu pengalaman hari jubah saya?  Tunggu next part..


Kalau saya fikirkan sedihnya saya, mesti mereka mereka ini lagi fikirkan hati saya, perasaan saya, jadi yana kuat dan senyum!
bersambung..

  • Share:

You Might Also Like

49 comments

  1. Wah perlis kat mana.. Uitm ke? apa pun dulu akak convo shah alam, pon pi sorang jugak sebab tak mampu nak pergi satu family huhu... xpe la rezeki masing masing kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. UiTM kak, haah masing masing ada masalah tersendiri tapi semua tu mesti berhikmah

      Delete
  2. Yana dah konvo ke belum ni... akak dok jitra je, kalau belum contact akak k...

    ReplyDelete
  3. Yakin Yana pasti semua berhikmah dik...bukan sia-sia bila sesuatu itu terjadi kerana Allah tahu siapa kita....
    http://perducinta.blogspot.com/2016/05/birthday-giveaway-by-wanaseobycom.html
    Akk tag yana ya..

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak kenangan, antara yang paling saya tak suka hari konvo. Tak tahu sebab apa. Hoho ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya kenapa , dah tulis kat situ tak tahu sebab apa.. hehhe mesti ada sebab yang susah nak di explain

      Delete
  5. huhuhuhu...tak dapat bayangkan konvo nanti acane...sebab saya lagi jauh kena gerak...xtau lagi keadaan dia...ada rezeki datang, takde pun redha ja...huhhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, semoga Allah permudahkan .. hati kena mau kental!

      Delete
  6. nak tanya sikitlah..

    ade ke student yg dah hbis blaja tp dah nk dekat staun masih tak tahu bila trikh grad nye..



    JOM TRY SABUN BOLEH PUTIHKAN BAJU2 LAMA :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/sabun-champaca-cara-mudah-hilangkan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya student sendiri boleh agak agak bila dia akan konvo , ikut atas kebaisaaan universirti dia buat bulan berapa.. cuma tarikh sebenar konvo hanya kita akan tahu bila dah dekat nak konvo sebulan dua sebelum tu

      Delete
  7. sy dulu konvo lintang pukang sbb lps konvo terus terkejr2 dgn flight...huhu..itu semua kenangan!! cewahh...ahha..btw good luck & congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang ada kenangan konvo masing masing :) alhamdulillah terima kasih :)

      Delete
  8. Assalamualaikum, datang sini nak jemput join giveaway kami. thank you :) http://alyasygsanda.blogspot.com/2016/05/giveaway-nalmr-blog-featuring-sassyrose.html

    ReplyDelete
  9. masa saya konvo dulu pun tak ceria sangat. sbb baru putus cinta. akibatnya saya takde mood convo. buat seadanya je. rasa cam menyesal pulak buat camtu. tp itulah rencana Allah.

    ReplyDelete
  10. Saya konvo degree pun tanpa mak ayah.. Saat hampir waktu konvo bapa sy masuk hospital sebab suspek jantung.. Owhh. Tak nak citer lebih.. Nanti berjurai air mata. Apa pun memang moment yg menyentuh hati bila dikenang.. Hanya konvo ditemani bakal suami je waktu tu.. Bayangkan.orang lain bergambar dengan keluarga.. Kita habis ambil ijazah je, terus cabut balik.. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hati kena mau tabah , macam macam aspek... cerita kt maria mcm cerita sepupu sy konvo tahun lepas sebb mklong buat bypass masa tu

      Delete
  11. It's okeyy Yana. Yang penting kita tahu, dorang naaaak sangat datang and mesti dorang bangga sangat ngan Yana tuh.
    :')

    ReplyDelete
  12. Bagusnya awak, mementingkan kesenangan ibu bapa lebih dari diri sendiri! Takpe, sabar eh. InshaaAllah ada hikmah. Apa apa pun, tahniahhh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan , terima kasih :)

      Delete
  13. sabar ye Yana..nak buat camne bukan orang sesaje tak nak..janji Yana konvo dgn berjaya...Tahniah

    ReplyDelete
  14. bagus yana ni... kepentingan family yang diutamakan... :)

    ReplyDelete
  15. tabah jo la.. nak wat guane.. redo ja.. Semoga maklong diberi kesihatan yg baik ya..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Adblock Plus Terbaik article...

    ReplyDelete
  16. Tak mengapa, Yana. Semuanya sudah tertulis. Tak perlu sedih-sedih. Hanya satu fragmen dalam kegembiraan Yana tanpa mereka. Banyak lagi momen2 indah dengan mereka kan. Akak dulu pun, masa convo, Cekebon masuk hospital, ayah out-station. Pergi convo dengan Cekengah dan Kak Bott je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS mampu konvo masa tabika kemas jek.. Lagi sedih! He he he...

      Delete
  17. kenapa akak pun terikut cakap ganu masa baca dialog tu..hehe
    anyway yana, takpelah ye yunk
    adalah sebab kenapa semua ni jadi ye
    apapun akak kagum dengan semangat yana, all the best ye yunk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, terima kasih kak, Alhamdulillah semua Allah kasi :)

      Delete
  18. alaaaa... siannyaa... tacing sangat tu sampai taip entry sempat nangis, kalau jadi kat huda pon lebih kurang je kot, konvo family tak datang. tapi takpe la, ada hikmahnya. nak buat macam mana, yang penting, kita sempat merasa tamat study and konvo kan. huhu tahniaaah

    ReplyDelete
  19. Takpe yana..yg penting support mak ayah ..

    ReplyDelete
  20. xpe laa benda dah terjadi... yg penting doa mereka termakbul nk tgk anaknya convo...

    ReplyDelete
  21. awak nk tnye..pasal clearance tu kene buat before amek jubah ke? boleh ke nk buat mse hari amek jubah tu?means esok tu konvo..hari ni nk buat clearance..saya pon uitm perlis.konvo next month..tp xbuat clearance lg..hmmm..btw name sy pon liyana.hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, hi yana..
      Pasal clearance tu mmg kene buat bfore ambik jubah sebab nak tgk kita ni ada hutang ke tidak.

      Masa saya hari tu. Ada yang buat masa nak ambik jubah. I means bfore ambik jubah.
      Tapi mcm kelam kabut sikit. Kalau boleh buat awal sikit. Hiks. Harap dpt membantu 😉

      Delete
  22. Congrats kak dah convo ,saya convo tahun depan .Saya dari keluarga yang susah tapi mak ayah nak satu family .Tapi takde sorang pon dlm family yg nak support ,drg cume tahu nak pergi .So saya lah yang kena cari kerja bagai .Bila saya dah dapat kerja kat KL ,drg tak setuju pulak hmm .Kat kampung kalau nak meniaga kumpul duit mmg tak cukup la .Saya rasa da putus asa ,dan nak je cakap ,takpelah adik pergi sendiri je .Tapi saya tahu ayah saya akan sedih

    ReplyDelete