Saturday, 28 May 2016

#KonvokesyenUiTM84 Part3

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Okey sambung lagi cerita konvokesyen, dah last part dah. Hari Jubah. 08 hari bulan lima bertolak ke arau, pukul 9 malam. Sebelum naik bas,  cari bas tak jumpa panik punya pasal, satu lagi saya naik bas SP BUMI dan malam tu disemua platform ada bas SP BUMI kau rasa.
Mulut tak habis berdoa, moga Allah permudahkan urusan dan tabahkan hati, Sebelum naik bas macam biasa salam peluk mak. Setiap kali nak pergi Arau moment ni paling tak suka, sebab semesti perasaan tak best nak tinggal mak, dari sem3 sampai last , even nak pergi sehari saja ke arau untuk uruskan FYP hari tu pun berat sangat hati, ni kan pulak nak pergi 3 hari untuk konvo. 

Alhamdulillah itu saja mampu terucap, satu persatu urusan dipermudahkan. Sampai kat Kangar, solat subuh sementara tunggu kawan sampai sebab ada yang naik bas parents datang kemudian. Dah sampai semua kami cari teksi , ke UiTM. Teksi kat stesen tak nak hantar masuk UiTM, Alhamdulillah kami ada simpan no pakcik yang selalu kami naik time study dulu.
Sampai UiTM , siap siap , nak pergi ambik jubah. Time ambil jubah ni, jumpalah classmate, sembang sebab nak tunggu urusan jubah ni settle bercinta jugak lah! Tak sarapan pun. Sebab ramaikan takut lagi lama dan lambat. Lepas tu pihak pengurusan cakap pergi dewan semarak ada raptai. Kami pulak pergi makan. *lapar sangat. Alhamdulillah one of my friend belanja, rezeki jimat belanja. Lepas makan , kami nak pergi buat pre convo.




Dekat Mushroom masa tu, semua budak degree masa tu exam baru habis lah kot , mata mereka duk pandang kat kitaorang. Kawan cakap eh orang tengok lah. Saya cakap, semua orang buat macam ni , nanti diaorang punya giliran pun mesti excited semacam.


Habis dekat situ , kami gerak cari latif and the gang sebab nak pre convo sesama, last last preconvo dengan latif sorang sebab yang lain komitmen dengan family. Masa ini kelakar, bila latif bagi arahan nak posing macam mana, siap ada yang kena marah , hehehe * saya tahu awak akan baca ni.  Kami duk bergambar dekat bangunan bendahari tu, pastu dataran apatah kat situ. sampai petang sikit dah kami gerak balik Pusat Islam. 


Saya, Far, Ika siap siap nak balik homestay. Yang lain tunggu parents. Sampai homestay , jumpa mama (nenek far) . Dia baik sangat dan jiwa remaja sangat. Kalau tanya ika dengan seha pun mesti dia setuju. kan awak?! Malam tu kami makan malam kat luar, kami jalan kaki je nostalgia zaman study yedak?  Lepas settle semua preconvo , saya hantar gamabr kat group wassap , suruh adik kasi mak tengok , acah acah life update lah.


Pagi Konvo,

Kami siap siap, dari nak pi 8.30 kami drang pukul 9.00 baru sampai tu pun awal sangat  kami sampai takdak orang lagi kat Podium. Kat dalam tulah kami jumpa semua classmate, masa siap siap nak pakai jubah ni jugak lah sibuk nak bergambar, sebab tahu masa ni je boeh bergambar.

Yang saya tak boleh lupa, masa tengah siap siap tu , boleh pulak mortar board saya hilang! cemas tuhan saja tahu sebab saya keluarkan sekali dengan jubah letas atas kerusi. Pastu tolong kawan pakai jubah terus lupa kat mana letak. Bayang kan bila bila masa saja kami nak gerak ke dewan. Nasib baik depa depa ni tolong cari , rupanya duk bawah beg classmate. Alahai.


Sementara tunggu nak masuk dewan kami beratus kat susur gajah tu, masa tu , kami bergambar berterabur semua barisan yang dah dibuat. Tak kisah lah nak marah ke hape , bila kamera dihala semuanya nak masuk hahaha. 


Dalam dewan,
Semuanya lancar alhamdulillah , selamat tak terpeleok atas stage. Pada sedih bila Naib canselor umumkan kami as alumni UiTM, dan lebih sedih bila dia suruh pandang kanan , pandang ibubapa anda. Saya tunduk saja.


Keluar dewan, dah hilang semua .
Saya bergambar lah dengan kawan kawan , macam biasa. Nasib baik seha ada, kalau dak terkontang kanting lah. Lepas tu baru jumpa family kak jaja, bergambar sekali semua geng budak kolej saja.  Paling tak sangka , bila mama bagi bunga. Terharu, family farah buat saya, ika dan seha tak rasa pun family kami tak ada.  Tak mampu nak describe perasaan.


Lepas tu,
kami pun pi library bergambar kat situ je, sejuk sikit. Sempatlah sharing dengan adik adik jr yang excited tengok hakak hakak ni dah konvo. Semoga berjaya adik-adik. Penat semua dah puas, kami balik homestay, kemas barang , makan dan pergi pusat Islam rehat. Sementara tunggu teksi petang sikit.



Ia bukan sesuatu yang mudah tapi pengalaman yang mendewasakan, masing masing punya cerita disebalik kisah hidup, bila dikenang pasti ada rasa dihati,

Manis, pahit bukanlah persoalannya, yang pasti apa yang Allah nak ajar disebalik semua ni. Dia tak uji kalau kau tak mampu kan? 

Terima kasih Ya Rabb atas peluang ni, Terima Kasih family besar saya atas sokongan dan doa, Terima kasih sahabat especially Geng Budak Kolej saja, korang memang awesome. Terima kasih jugak buat Family farah for the special treatment! :)



To Geng Budak Kolej Saja,

Terima kasih atas semua rasa yang dihadiahkan dari kita kenal sampai sekarang, yana banyak belajar, 
Dari Kak jaja , yana belajar berani mencuba,
Dari Cik Su, yana belajar ceria sokmo,
Dari Cik Ika, yana belajar kekuatan emosi,
Dari Cik Iza, yana belajar berdikari,
Dari Cik Seha, yana belajar mengusik Cik Ika,
Dari Cik Farah , yana belajar positif
dan last but not least
Cik Ayu, belajar jadi rock hahahaha



Alhamdulillah tamat dah pasal konvo paksa diri, habis kan sebab ada yang tunggu update yedok?! hahaha.



34 comments:

  1. wah dah convocation dah! congrats! :)

    ReplyDelete
  2. tahniah!! semuanya dah selesai...berdebar pulak rasa nak konvo...huhuhuhu
    mesti banyak gerai jual bunga jugak masa tu kan? selalu pergi usha bunga kat situ...usha jerlah mampu ngeee...T_T...yana ada dapat bunga ke masa konvo ritu?? hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih! sofie sepajang jalan gate b tu ada jugak orang jual... Alhamdulillah dapat dapat , nenak kawan yana bagi

      Delete
  3. Yang mana satu kahhhhh yana????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tuan bijak bestari, cuba teka mana satu yana yang dicari ?
      kekekke

      Delete
    2. Yang pakai cermin mata! Betul?

      Delete
  4. Yana Yana.. mana satu? asyik gambo ramai-ramai je.. Kena main teka teki ea.. hahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha sebba semua gamabr amek dengan phone orang tulah yang ramai ramai .. ce teka mummy?

      Delete
  5. serononyaa.... tahniaah akak! tahniah sebab x terpeleok even mesti nebes gilaa masa nak naik pentas kan. keep it up ;)

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. semoga lebih berjaya lepas nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih .. aamiin insyaAllah

      Delete
  7. tahniah! bestnya dah konvo, kita lagi 4 semester :')

    neezaohneeza.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih , Alhamdulillah .... semoga berjaya

      Delete
  8. time convo ni paling memorable tau
    nilah juga mungkin pertemuaan terakhir dengan kawan
    lepas ni masing-masing ikut haluan sendiri
    akak dulu pun ambil gamba puas2 time ni
    seronok tak tergambar!

    apapun yana. pengalaman kadang mematangkan kita
    hidup mengajar kita bukan hanya menerima
    kadang kita juga harus memberi
    akak doakan moga yana sentiasa success
    welcome to the club ye yunk =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih kak YY

      Delete
  9. eh lupa nak wish!
    selamat berpuasa! =)

    ReplyDelete
  10. puas teropong tp x nampak gak yg mana satu Yana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha , sabaq jela.. ceri teropong lagi 2 kot2 jumpa

      Delete
    2. Dia nak suruh kite main teka teki teka tekuk! Ha ha ha

      Delete