#Menjelang Ramadhan

By The KehalusanKelembutan - 10:50:00

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Lama sikit tinggal blog, terima kasih masih menjenguk kesini. Mood bahagia sebab Ramadhan yang dinanti menjelang tiba insyaAllah, moga diberi kesempatan. Mei , banyak benda jadi dan setiap sesuatu tu mengajar saya. Alhamdulillah pada setiap sesuatu.

Tak mudah untuk selalu positif, mesti kita ada jugak rasa down , tapi selalu ada Allah, selalu ada kesayangan yang membisikkan semangat.Bagi saya, hidup kita ni penuh dengan ibarah tersembunyi, setiap hari, cuma kita nampak dan tak saja.  Kita nak tuding jari atau pun  nak cari punca dan solusi .

Dalam surah Insyirah ( سورة الشرح ) ayat 5-6 , Allah dah berfirman ;

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

 Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. 
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.



Pegang firman Allah tu , selit kat hati , insyaAllah kita sama sama positif . Di entry kali ni , saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak, Hargai dan hayati bulan mulia ini sebaiknya . Moga Allah panjangkan umur kita untuk melalui ramdhan kali ini. Aamiin

dan saya nak minta maaf andai selama menaip disini ada tergurau terkasar tertaip mana mana bahagian yang menyentuh hati sesiapa saja. Maafkan saya .:)

  • Share:

You Might Also Like

35 comments

  1. Mohon maaf daripada kak PC juga ya Yana..

    ReplyDelete
  2. lip lap lip lap.. dah nak ramadhan.. Selamat Menyambut Ramdhan Yana.. Moga ramadhan ini lebih memberi erti untuk kita semua.. Insya Allah

    ReplyDelete
  3. Sama la ngan mummy.. Moham maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang perkenalan kita di Alam maya.. :)

    ReplyDelete
  4. tazzabar! hihi qila mintak ampun! :))

    ReplyDelete
  5. Assalam Yana...sempena Ramahan yg bakal tiba tu..sis JM mohon maaf jika ada salah silap terkasar bahasa kosong-kosong eh..selamat berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak JM ;) insyaAllah sama sama lah kita

      Delete
  6. Selamat menyambut ramadhan... 0-0 ye yana... Muahhh!

    ReplyDelete
  7. Salam ramadhan jugak dari kaknoor
    Mudahan Allah bg kesempatan utk kita beribadah selama dibulan ramadhan dan, seterusnya.

    ReplyDelete
  8. sama lah dgn ciksu juga.
    ampun maaf dipinta andai terguris hati dan perasaan spnjg berblog ni

    selamat berpuasa juga buat yana :)

    ReplyDelete
  9. me too yana...semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya...amin..salam ramadhan! :)

    ReplyDelete
  10. Today is the day..! Happy Fasting Yana.. Jgn bukak periuk tau., ikikkki

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa.. salam Ramadhan

    ReplyDelete
  12. Salam ramadhan sis... selmat bpuasa smg sis jg diberkati dan dikurniakan syurga firdaus tanpa hisab... Aaminnn....

    ReplyDelete