Thursday, 19 May 2016

UiTM Dungun ; Resort Campus

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim, 

Mood rajin menwangi nak update blog, mood rindu membuak sebab tengok dekat timeline twitter  mereka ni duk seru nama UiTM Dungun, result upu dah keluar kan. Diploma?  Ramai sangat yang twitter pasal UiTM Dungun ni. Ok bangga jap belajaq dekat sana.

Sebenarnya di Terengganu saja , ada 3 cawangan UiTM, Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu(Chendering). Apa yang best sangat sampai dapat gelaran resort campus? Kita semua tahu, yang terengganu ni punya pantai yang cantik , tak puji  negeri sendiri okey, tapi ia cukup buat pencita LAWANGIT  rasa bahagia.

Resort Campus , bukan saya suka suka je letak tapi UiTM Dungun memang dikenali sebagai Resort Campus

Apa seronoknya, first sekali kamu semua kena tahu pihak pentadbiran UiTM Dungun ni mudah didekati . Especially Timbalan Rektor HEP , Sir Jaie. hehehe. Saya dulu masa study  tak rapat pun sebab dia tak ajar , Dia ajar law. Tapi berurusan dengan dia mudah. Tapi jangan melampui batas, sebab dia baik.

Bercakap mengenai Rektor UiTM Dungun , Prof Madya Abdol Samad Nawi, masa saya di bahagian lima, masa tu UiTM Dungun dapat Rektor baru, dan Beliau menagajar kelas saya, satu satunya kelas yang dia ajar. Seronok belajar dengan beliau sebab memang lari habis dari tajuk ekonomi tu tapi dapat dengar pengalaman Prof pasal pengalaman beliau belajar luar negara.

Habis pasal orang penting UiTM,

Kita cerita pasal apa seronoknya lagi UiTM Dungun ni. Secara ringkasnya, depan pantai, belakang hutan, kana tasik , kiri padang golf. Sungai lagi. Koperasi cukup lengkap semua nak ada, tapi kalau barang branded tak dapek dik. 
Dulu, masa di UiTM , petang kalau boring, stress confirm pantai la jawapannya, sempat  la nak makan ABC. Tenang je rasa. Kalau nak camping tak payah pergi jauh , Teluk mayat ada, Kem Gemia ada. Kalau yang hyper aktif boleh la panjat bukit Bauk tu. Kat Dungun , ada satu kelas kami panggi Karah , Rumah kayu , dulu situ kolej kediaman sekrang jadi kelas, Puan Roza Roslan pernah duduk situ. Ramadhan tahun lepas satu dari rumah karah ni terbakar masa hujan.
Kalau korang ada kawan kos food serving atau culinary yang ni best sebab mereka mesti bawak balik makanan yang depa masak tu.  Seronok tuh makan kan ! hehehe. Kalau hari jumaat, keluar pergi bandor dungun lah naik Van Kunyit , dulu dua ringgit je sorang sekarang tak tahu. Pergi pasar malam tanya lah mana nasi kukus paling best ! dapat tu termimpi mimpi hehe. Menulis ni pun teerbayang bayang. Van Kunyit hari jumaat memang penuh so, kena cepat kalau tak lambat sampai pasar malam.

UiTM Dungun ni memang selalu banyak aktiviti, sebab nak kasi "merit" untuk yang duduk kolej, saya biasa pi nak beli makanan je sebab banyak pilihan selain nak merit untuk kolej.

Untuk kolej pulak , terbahagi kepada beberapa kolej, Kolej Pantai [kolej Duyung A&B, Kolej Perhentian A&B, Kolej Kapas] dan Kolej Tasik [ Kolej Redang 1-5, Kolej Tenggol A&B, dan Kolej Gemia].

Kolej kediaman di UiTM Dungun ni kau kena kerja keras sikit, sem satu boleh la nak seronok tapi untuk berada di kolej kediaman hingga ke akhirnya ada persaingan lah. Oleh kerana UiTM  ni kaya dengan aktiviti, jadinya pergilah aktiviti 2 itu untuk mengumpul "merit". Siap ada Sistem Ikolej lagi untuk menbida kolej. Kalau rajin tak ada masalah , kalau malas, ggogle rumah sewa ye. Oh lupa , duk kolej , especially kolej redang jangan lupa tutup tingkap kan kongsi makanan ngan monyet !

Apa lagi eh,  oh satu lagi setelah 3 tahun meninggalkan Dungun, saya rasa Dungun dah banyak berubah bukan sekadar UiTM, tapi bandar nya juga. Maju dah dik, beruntung anda sekarang. Dulu budak budak ni suka pergi Mesra Mall atau Kuantan. Kuantan saya tak pernah sampai ,kita lepak pantai saja. Mesra Mall habis jauh , tu pun pergi dengan lecturer hahaha.


Dungun , masa mula mula dapat tahu dapat sini , suka sangat sebab saya memang aim UiTM  [ sebab nya yuran nya murah ] dan dapat kat Terengganu , dekat la. 2jam paling lama pun dari rumah. 1st day kat sini macam biasalah pertama kali nak jauh ni,  jatuh jugak air mata tu. 

saya tak cakap semuanya indah indah kat sini, tapi kasi sinilah saya mula belajar jauh dari family . Air mata berliter liter habis, saya memang duduk dekat tapi saya jarang balik. Kat sini jugalah saya dapat hadiah terindah dari Allah . Saya bersyukur atas semua yang jadi pada diri saya, saya bersyukur atas setiap pertemuan juga perpisahan sebab Allah tak jadikan segala sesuatu tu sia sia kan.

Buat adik adik, yang masih ragu , istikharah lah moga adapt jawapan, UiTM Dungun mungkin bukan Universiti terbaik , tapi bagaimana kita melalui serta menghargai saat saat kita disana itu berharga.

#UiTMDungun.

54 comments:

  1. kalau mengikut apa yang Yana kongsikan persekitarannya sangat dekat dengan alam sekitar..daratan..lautan..banyak aura kedamaian kan Yana..subhan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah , kak.. nak stress ke tak tahu nak pergi mana petang jumaat sabtu ,memang ke pantai la kita

      Delete
  2. Replies
    1. sebelum club golf ada hotel UiTM , boleh la duk situ hehehe XD

      Delete
  3. teringin gak nak ziarah uitm dungun...tak pernah lagi jejak uitm lain selain uitm arau ^_^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana pun teringin nak ziarah uitm lain! :) mesti masing masing ada keunikan tersendiri :)

      Delete
  4. Bestnya dekat dengan alam. Arghhh, suka pantai. Tenang jee tengok pantai ^^ mana tempat kita belajar, bergantung atas kita. Bkn pada tempat tuu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, akak setuju pahit manis nya bagaimana kita mencorak dan ambil ibrah atas segala sesuatu

      Delete
  5. yana,entri macam ni pasti bawa banyak trafik ke blog, perkongsian yang bagus utk mereka yang bakal ke sana dan tercari-cari serba sedikit info tentangnya, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , rasa rindu itu yang membuat kan entri ini tercetus

      Delete
    2. Bawak polis trafik sekali takut trafik lite rosak.. He he he

      Delete
  6. Hihi bukan alumni uitm...
    xde idea ... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi tak pelah , yana cerita kan saja :)

      Delete
  7. Tp nmpk campus dungun mcm best tuh

    ReplyDelete
  8. Mungkin akn dtg akn jd alumni uitm ... sapa tau... hihihi

    ReplyDelete
  9. assalam yana
    maaf baru berksempatan jengah ke sini.
    sihat ?

    cntiknya..
    mmg ciksu suka suasana gini. aman damai dgn suasana alam. indah..

    tahniahh pada yg berjaya jejakkan kaki si uitm dungun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ciksue ,, hhehe janji singgah :) Alhamdulillah..

      cantik memang cantik ^^

      Delete
  10. Bestnya.. ada bilik kosong tak? hahahaa :p

    ReplyDelete
  11. hyeee...singgah sini..hehehe..comel blog..rasa rindu pula lama tak blogwalking ^_^

    ReplyDelete
  12. nak berkenalan dgn Sir Jaie boleh ;p

    ReplyDelete
  13. 'menagajar kelas saya' katanya hihih

    ReplyDelete
  14. ni Prof asyik cite pengalaman belajar di luar ngera...anak murid lulus Ekonomi tak ;p

    ReplyDelete
  15. perghh..untung lah sae leh sambung belajar kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung tak untung kalau tak suka tak suka jugak kan

      Delete
  16. pernah g ganu tak pernah sampai dungun ni

    ReplyDelete
  17. Dah pernah sampai di Uitm Dungun...tapi tak masuk...duduk area pantai ja...tapi makan sana mahal sikit...sebab aspect yang terengganu makan murah.

    Apa yang penting saya suka kuih akok...di dungun ada tak?
    Lauk best..boleh mancing

    ReplyDelete
    Replies
    1. uh pernah sampai , laut lah best...
      haah harga mahai sikit arau lagi murah heheheh.
      akok pandai cari jumpa :)

      Delete
  18. tak penah sampai situ
    dulu uitm shah alam
    tapi tempat dia nampak cantik

    ReplyDelete
  19. Fuhh, mood rajin mewangi tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... sebab rajin sangat sampai macam tu sekali

      Delete
  20. bestnyaaa! kalau nak jejalan tak payah pergi jauh2. hmm huda pon selalu sedih kalo teringat balik kat kawan2 yg berpisah sebab dah tamat belajar. singgah skolah lama dulu pon satu satu memori dtg menjelmaa hmm siyes rinduuuuuu

    ReplyDelete
  21. UITM Dungun...hehehe indah dan mendamaikan ..

    ReplyDelete
  22. uiiiiii ni kalu x reti lg nk belajar rajin2 x tau laa cm ne hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe , nak nyesal dah terlamabat , sempat lagho jugak :P

      Delete
  23. syok uitm dungun sebab dekat pantai...

    ReplyDelete
  24. ni la tmpt aku belajar dulu.....1987-1989

    ReplyDelete
  25. Rindunya. Dulu Sy Tinggal Di Kolej Pantai. Sy Adalah Batch Pertama Diploma Lanjutan Perakaunan. Kalau Sy Byk Duit Mmg Sy Beli Rumah Di Dungun & Mati Di Situ. Selalu Pergi Kuala Dungun Makan Nasi Minyok. Nice Place.

    ReplyDelete