Monday, 7 August 2017

*Bismillah*




Kalau diikutkan , memang lama sangat dah tak datang sini. Entah, memula dulu buka jugak dekat phone sekarang, selagi tak buka laptop selagi tulah blog ini sepi. Bila lama tak buka, lama tak menulis dekat sini. rasa lain. Tak sibuk mana pun real life saya, cumanya malas nak buka laptop. huh. Tapinya teringat jugak rakan2 blogger yang lain. Selalu je tengok yang update sosial media lain. Maafkan saya. saya ingat je awak awak semua, cuma tak mampu nak ada kat sini selalu. Rindu je, nak blogwalking macam dulu,boom sana boom sini lawan dengan kak Jari Manis. hahaha.  Tapi tulah.

Jadi saya mohon doakan saya selalu walau saya tak disini selalu.

-Yana

Monday, 22 May 2017

PBAKL oh PBAKL

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.



PBAKL dah berlalu tapi suasananya buat saya rindu. Tak saya tak pergi pun. Kerja plus jauh  memang tak gigih la nak pergi walaupun rasa macam nak nangis kalau tak pergi. Haa amacam complicated tak seorang liyana. hee.

Pada mulanya saya redha kan saja tak boleh nak pergi beli buku tu tapi ImanPublication IP) hari -hari update tentang promosi my fav books, dan saya hari hari didihdangkan dengan promosi gitu, ngadulah kat adik yang sama naik "hantu buku" dengan kita. She just told me to sabr. hahaha. 

Saya pun post dekat facebook dan tanya kawan -kawan yang tinggal belah sana. Memasing nak tolong tapi tak confirm boleh pergi. Dan nak dijadikan cerita, saya follow rakan blogger ni, baru je follow dekat twitter, dan mungkin saja Allah telah tulis dialah orang yang akan tolong saya.






Proses yang mudah, selepas beberapa hari dia hantar gambar buku. Baru tengok gambar buku dah rasa nak nangis macam mana, dan apa yang paling menguji iman ialah menunggu abang pos laju datang hantar. Seminggu penuh ketabahan. Tambah tambah baca timeline twitter lagi lah.




Till now saya tak baca pun lagi buku buku ini. Sebab buku ini masih dalam waiting list katanya fatihah. hehehe. Apa pun terima kasih Blogger Kimchaa. Alhamdulillah tak pernah bersua muka bukan bererti kita tak boleh gain trust kan. Terima kasih sebab sudi bahagiakan akan dengan pertolongan ini. Moga Allah lindungi awak selalu . 

Saturday, 20 May 2017

#Terima Kasih 7

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.




Sebulan tak buka langsung blog, langsung tak walaupun dekat phone. Jadi macam banyak benda je nak tulis tapi penyakit M menyapa sokmo. Entri ni khas untuk HH. Walaupun lambat nak jugak.


Hampir sebulan lepas saya join contest Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' - RM300 Untuk Tekaan Tepat! . Dan Alhamdulillah, walaupun lambat dan kalau diikutkan tak dapat lah hadiah. Tapi Blogger HH baik hati, bagi jugak RM100 sebagai tak menghampakan saya. Duit tu saya beli buku kat PABKL RM50, nanti saya cerita. Lagi RM50 saya beli tudung.



Rezeki kan.Alhamdulillah. semoga HH sekeluarga bertambah ceria dan dimurahkan rezeki atas kelahiran ahli baru .

Saturday, 15 April 2017

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' - RM300 Untuk Tekaan Tepat!

Bismillahirahmanirahim ,
Assalamualaikum.

Lama dah duk perati contest ni, tapi duk tangguh bawak ke hujung minggu nak buat entry, Suka suka je. Bab klue klue ni memang suka lah sangat carinya.


Siapa Nama Baby Hasrul Hassan




Klue dekat Facebook dan Google Plus,

  1. Kemas dalam bahasa arab
  2. Ada versi lelaki dan perempuan
  3.  Berkaitan dengan pelayaran
  4. Ritma nama anak anaknya sama
Anak -anak HH


  1. Hasif Amri, 
  2. Hasif Aqwa Zikri 
  3.  Haseena Humaira

HASIF NAJMI

Saya teka nama ni berdasarkan klue dan saya terlihat komen HH kat entry Hasif "Baru".


Moga Jadi anak soleh, ;)

Kalau rezeki menang kalau tak nak buat macam mana , bukan rezeki hehehe.

Monday, 3 April 2017

#Masak-Masak : Mac&Cheese versi JIMAT!

Bismillahirahmnirahim,
Assalamualaikum.


Mood rajin dah datang , jadi kita sambut dia kita raikan dia. Jadi hari ini saya nak kongsi satu resepi yang mudah dan jimat. Tengok tajuk, betul ke jimat, kalau diikutkan  mahal jugak lah kan bahannya.
Ini saya punya trial and error. Nak cuba boleh tak nak takpe. Untuk saya dan adik adik saya yang  suka sangat cheese creamy tu lepas lah.

Bahan-bahan


  • Margerin
  • Bawang putih
  • Susu Cair                → Ini untuk Kuah Putih nya
  • Tepung Gandum
  • Cheese slice
  • Perencah nasi goreng ayam adabi,
  • Lada hitam, 
  • Oregano
**************************
  • Daging burger/Ayam/Sosej
  • Makaroni
Kuah Putih

  1. Panaskan kuali, masuk bawang putih.
  2. Lapas tu, masuk tepung dan susu cair,
  3. Kacau sampai tak berketul.
  4. Pastu masuk cheese slice.
  5. Akhir sekali masuk perasa, saya guna perencah nasi goreng ayam adabi, lada hitam, oregano.
    [Kalau pekat sangat tambah air masak]
Mac&Cheese.
  1. Makaroni rebus macam biasa.
  2. Panaskan kuali,letak minyak/merjerin tumis bawang putih.
  3. Masuk daging burger kisar/lenyek/cincang, [boleh letak ayam, sosej jugak optional]
  4. Bila dah masak sikit masuk kuah putih tadi.
  5. Masuk makaroni.
  6. Perasakan dia.
Mac&cheese


Alhamdulillah siap Mac& Cheese versi saya. Jimat Mudah. Barang barang kat atas tu optional, Awak semua boleh buat experiment dekat dapur. InsyaAllah jadi. Nanti kalau masih rajin saya kongsi makarono bakar versi saya , InsyaAllah jimat

Saturday, 1 April 2017

Let's Prepare!

Assalamualaikum , 
Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, dah masuk bulan ke empat masihi. Kejap tak kejap sekarang ni. Dalam bulan islam dah pun masuk rejab kan. Itu bermakna ramdhan semakin menghampir. Sempena dengan itu saya mohon maaf dan doakan agar saya terus terusan bersemangat menjalani hari hari mendatang.

Rejab Syaaban Ramadhan. 
Dalam masa kurang dua bulan sebelum ramadhan saya kira ini masa terbaik untuk menambahbaik segala posisi kehidupan kita. Macam kita nak buat majlis takkan main redah je. Mesti ada persiapan dan persedian yang rapi kan. Samalah macam Ramadhan, ia umpama satu majlis yang indah dan yang selalu dirindukan. Takkan nak sia sia kan macam tu je kan. 

Semalam,
Pergi kedai jual telekung, kami selalu jugak beli  telekung untuk raya, tapi tahun ni saya cakap kat mak,

"Mok, tahung ni kita wak paka mayang terawih, kita wi rasa ramadhan macam ari raya"


Jadi jom kita improve mana mana yang terkurang. Moga kita istiqamah. Saya tak boleh banyak banyak cakap pasal ramadhan ni. Sedih . Sebak. Sayu.




Semoga Allah pilih kita untuk berada dibulan mulia.






ramadhan

Monday, 27 March 2017

TAK RAJIN 😔

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.

😔

Ehem, semangat masih tersisa ni, kiranya baiklah saya cuba tulis sesuatu dekat blog ni kan. Malam ni saya nak cerita pasal malas. Tak nak cerita pasal orang lain la, cerita pasal diri sendiri. Bila kita cerita tentang kita, kita akan tulis sepenuh hati yedak.

Sudah, kembali ke agenda asal. Nak tanya kalian yang sedang baca enrty saya ni, pernah tak korang rasa malas yang amat. Semua orang pernah rasa malas, ka ada yang tak pernah malas, rajin sepanjang masa, ada , tahniah anda memang terbaik!

Malas yang saya nak cerita ni bukan malas biasa, malas yang semua benda buat semua tak jadi. tak ada semangat , buat sesuatu tu ikut flow je.  Malas nak fikir.

Selama saya tak berada disini, itulah masalah saya. Saya rasa macam biar lah , nantilah, esok lah. Jadi nak tangguh semua benda.Sampai satu tahap saya rasa , dah kenapa dengan saya ni. Macam saya yang dulu, yang ada masa di maya di realiti. Saya rindu diri saya yang pandai arrange masa, pandai ke?

Sampai satu tahap, saaap! Allah detikkan kat hati, datanglah rasa, kenapa dengan saya ni. Sampai bila nak ikut hati, sampai bila nak biar diri ni ikut flow konon-kononnya kan. Allah itu Maha Baik, Dia akan bawa kita balik ke jaan yang benar, cuma akhirnya kitalah yang pilih, nak terus macam tu atau nak bangun dah terus semangat!. Doakan seorang liyana tau!.






* Entry ditaip sebelum  laptop problem, sehari lepas up entry sebelum ni, tapi itulah sekarang baru nak publish !

Monday, 13 March 2017

Rearrange

Bismillahirahmanirahim,
Assalamulaikum.

Alhamdulillah. Setelah bertangguh dan tangguh , akhirnya Allah izinkan juga. Terima kasih buat yang masih setia disini walaupun saya tak update sikit pun. Saya tak kemana pun, cuma sedikit keletihan yang menyebabkan kemalasan. Saya nak kembali secara berperingkat. Nanti nanti saya singgah lah mana mana blog, kadang saya ada je jenguk ikut phone cuma tak tinggalkan komen.


Kenapa tajuk 'rearrange', sebab saya rasa untuk 2 bulan pertama 2017 , saya rasa masih tunggang-langgang semuanya. Doakan saya, moga-moga saya masih diberi ruang untuk menulis dan memberi inspirasi ewah. Kalau tidak inspirasi sedikit sentuhan pun cukuplah, moga jadi ladang pahala buat saya nanti . Doakan. Jumpa lagi!

Thursday, 2 February 2017

Sejenis hobi : Pelukis Jalanan

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

ISBN: 978-983-24230-29-4
RM25.00
TEME ABDULLAH


akhirnya tergerak hati nak sambung review buku, masih ada beberapa buku yang tak sempat direview. Alahai. Pelukis Jalanan ni saya dah baca sekali setengah. Kenapa setengah sebab sahabat saya pinjam lepas tu adik saya bawa ke universiti dia. Sebenarnya buku ni saya baca dari tahun lepas, draft ni pun tahun lepas, hikhikhik.

Alhamdulillah buku penuh inspirasi,  macam mana seorang anak muda yang berusaha nak sambung study kat oversea tanpa biasiswa, bukan dari kalangan orang yang kaya, tapi ilitizamnya dan kenekadan dia tu buat saya kagum. Segala pujian hanya kepadaNya, bagi saya yang study dalam negara ni pun bila mak ayah hilang dari pandangan rasa lost sekejap, Yelah jauh dari family tempat baru.    

Teme ni, dia susah macam mana pun dia tak susahkan orang lain, especially Ahamd. nak tahu ahmad tu siapa kena bacalah. Tapi satu saja Allah bagi dia satu kelebihan pada Teme untuk tolong dia kat sana. Teme gunakan kelebihan nya itu untuk dapatkan wang support sikit sikit study dia. Pernah terbayang tak, duk kat oversea duit zero dalam bank? Tak terbayanglah. Dia tak pernah give up. 

Part paling geram,
Bila hasil kerja Teme ni disabotaj. Kena repeat kot kalau bersalah. Tapi Tuhan itu ada dimana mana.

Part paling sedih,
Ayam Goreng, kat situ ia mengajar kita sesusah mana pun kita ada yang lagi susah dari kita dan dalam situasi tu pun macam mana kita ni nak bersyukur. Nangis.
Satu lagi part rumah sewa. Fuh. 
credit FB TEME
credit FB TEME
Apapun, tahniah Teme Abdulllah, dah grad dah kerja. Alhamdulillah.
dan tak rugi pun baca, nak nak hadek hadek yang tengah struggle study

Monday, 30 January 2017

#Terima Kasih 6

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.


[Entri Penghargaan] Bulan lepas saya ada join satu contest di blog Sofie, Alhamdulillah saya salah seorang pemenang dalam contest tu. Sebab jarang buka blog saya, lambat sikit tahunya. Tapi okeylah sebab masa contest tu dah siap siap isi form alamat segalanya. So urusan penghantaraan hadiah mudah saja.

Untuk sofie maaf lambat inform, sebab tu gigih jugak taip entry ni.Petang tadi terrajin check gmail, ada rupanya email dari sofie. Entah kenapa notification kat phone tak naik. Apa pun semuanya dah selamat hadiah pun dah dapat. Thanks sofie. Tapikan sofie kata ni mungkin contest last? Kenapa? Apapun moga dipermudahkanlah urusan Sofie, kat mana pun dia . Aamiin.






terima kasih

terima kasih

terima kasih

Alhamdulillah rezeki kita takkan tersalah alamat :)




Sunday, 29 January 2017

Sejenis Hobi : Buku Semusim Di Barzakh

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.

Rasa macam lama tak update, memanglah sebab januari ni satu je entry, masuk yang ni dua lah . Sebenarnya, laptop pun jarang pegang jarang bukalah  jawabnya intai intai dekat phone sajalah. Taknak bebel, nak kongsi satu lagi buku yang saya dah baca tahun lepas, konon, bulan lepas je pun.

Semusim Di Barzakh
ISBN 978-967-14276-0-6
HADI FAYYADH
RM 29.90



Sebenarnya buku ini saya rasa sejak awal ytahun lepas ada dalam rumah saya, dan semestinya bukan saya yang beli sebab buku-buku yang saya beli mesti dah asing mana baca mana belum baca. Saya banyak terbaca komen pasal buku ini. Non muslim pun ada yang baca. Jadinya saya cuba rajinkan diri untuk habiskan baca buku yang sedang saya baca ketika itu untuk baca buku ini.


sejujurnya saya tak habiskan buku ni dalam satu hari or satu jam, tapi tak sampai seminggu sebab saya baca time nak tidur, jadi kadang kadang terlena juga.  

Buku ini pasal apa?
Buku ini mencerita tentang perjalanan  di barzakh. Ya perjalanan selepas kita mati. Macam macam, pengalaman yang kita selalu dengar, tapi bila baca buku ini kita dapat rasa sendiri. 

Macam mana kita disni gambaran kita disana. Allahurabbi. Sedih sebab kita tahu diri kita macam mana, dan kita tak boleh nak bayang macam mana kita nati.

Paling terkesan?
Ayat, "Kat neraka ni ramai sangat orang perempuan" dan kau perempuan. Sekecil kecil benda  boleh buat kau duduk dalam neraka tu. 

Pada akhirnya, penulis simpulkan rahmat Allah tu luas, dan Allah pilih siapa saja yang Dia nak bagi hidayah. Indah pada awalnya tak semestinya indah pengakhiranya. 

Bagi saya buku ini saya katagorikan sebagi MUST READ. InsyaAllah :) 


Sinopsis dari web penulis;

Syahdu  kota  persisir  pantai  itu,  terusik  lantas melayangkan  aku  ke  sebuah  dimensi  dunia yang tidak bertepi.
Raungan  dan  ratapan  Humaira,  mengembalikan nostalgia aku kepada seorang wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi.  Mengapa  itu  jalan  kesudahanmu?  Aku tahu kau bukan begitu.
Bayi  kudung,  tidak  punyai  kaki  dan  tangan  tiba-tiba mengejar  aku  sejak  dari  itu.  Aku  berlari  ke  sebuah lembah  yang  cukup  asing,  gurun  oasis, fatamorgananya berbeza dari segala. Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus  hitam  pekat,  tanah  merekah,  pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan.
Wanita  tidak  berwajah,  rambut  merebah  ke  tanah berjalan  ikut  aku  dari  belakang,  kakiku  terasa  berat. Disana  aku  terlihat,  ada  manusia  dipuncak  bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya. Hanya  kedengaran  suara  pekikan,  lolongan bagai  dimakan  haiwan  kelaparan.  Aku  berlari,  bagai tidak miliki kaki. Masa melintas aku kedepan.
Cahaya  memantulkan  aku  kebelakang.  Sungguh  aku tidak faham dimensi dunia yang berlainan. “Fayyadh,  takutkah  kamu?”  badanku  luruh  bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam. Suara  itu  memanggilku.  Aku  seperti  dihalau menuju ke sebuah perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan,  semua  wajah  tunduk  suram.  Mereka langsung tidak berbicara.
Siapakah  aku  sebenarnya?  Seorang  jejaka yang  mengintai  cinta  dari  pemilik  rahsia  keagungan solehah  sejati,  Humaira  Shahira.  Tampak  keluhuran yang  terlukis  di  raut  wajah  sang  wanita  yang mendambakan kasih sayang tulus dari Tuhan.
Jauh  di  sudut  hatiku,  menukilkan  rasa  cinta  yang mendalam. Namun hasratku  tidak kesampaian hanya kerana kisah silam yang memalitkan kelukaan.
Apakah  kisah  silam  yang  ku  rahsiakan  sehinggamemalitkan kelukaan di hati lalu membenamkan akuke dimensi Barzakh yang bergentayangan?
Apa  yang  berlaku  sebenarnya?  Adakah  aku selamat dari dikejar bayang-bayangan misteri?
Bagaimana  mungkin  ‘Makhluk’  yang  tidak berwajah,  rambut  merebah  ke  tanah  itu  cuba  untuk mendekati aku, apa pula perkaitan dia sebenarnya?
Aku terperosok ke alam yang tidak bertepi, pelik, dan aneh.    Aku  melalui  keperitan  dan  kesengsaraan sehingga ‘Barzakh’ mencengkam hati dan sanubari.
Ular hitam  besar  yang  membelit,  mampukah aku  berdepan  dengannya?  Siapakah  pula  lelaki  tua yang setia ikut serta bersamaku  namun akhirnya mati ditelan Ular hitam pekat, bersisik dari Api.
Aku  merentasi  sebuah  negeri,  penduduk  negeri  itu ngeri, kenapa? Mereka itu makan muntah dan nanah? Pemudanya  mengheret  batu  di  kepala.  Semuanya diam tanpa berkata-kata.
Mataku  bagai  dipercik  kilauan  permata. Wah!!  Indahnya  mempersona,   taman-taman  ini mengalir  di  bawahnya  sungai-sungai  bertingkat-tingkat. Anak-anak kecil membawa bejana emas dari istana. Aku dimana sebenarnya?
Seseorang yang mengaku bahawa dia adalah Nabi Isa mengejar aku dari belakang.
Apakah benar dia adalah Nabi Isa atau hanya jelmaan Iblis?  Apakah  hujjah  yang  digunakannya?  Adakah aku  selamat  dari  godaan  ini?  Dia  meninggalkan  aku dengan  dilemma  dua  soalan  yang  menggugah  Iman tipis  seperti  aku.  Apakah  Soalan  yang ditinggalkannya?
Api  juga  berbicara  denganku.  Ia menguntaikan  wasiat  kepadaku,  lantas  membuatku pilu dan terkedu. Sungguh disini, keperitannya bukan lagi  kepalang.  Sekali  kau  melihat,  selamanya  akan membuatkan  kau  terikat.  Apakah  sebenarnya  wasiatapi yang ditinggalkan untuk diriku?
Aku  ingin  mencari  jawapan  kepada  setiap  kunci persoalan  tentang apa  yang  telah aku  lalui sepanjang kembaraku  disini,  namun  bagaimana  mampu kutemui jawapannya?
Apakah  sebenarnya  dimensi  alam  yang  dilalui Fayyadh?  Suara  siapakah  yang  didengarinya?  Sekali lagi  apakah  kaitan  Fayyadh,  Humaira  dan  wanita tidak berwajah dengan travelog ini?
Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam  mimpi-mimpinya?  Bagaimanakah  pula Fayyadh  menamatkan  destinasi  Barzakh  yang dilaluinya?
Jawapannya  akan  disingkap  satu  persatu  di  dalam Novel  ini.  Ia  mampu  menggegarkan  jiwa  anda, membingkiskan  rasa  bertuhan  dan  mengingati kematian.
Anda akan dibawa menelusuri suatu gerbang emosi  yang  padanya  diberi  sentuhan  visualisasi, sehingga  terasa  anda  yang  mengalaminya  sendiri. Dengan  izin  Allah  ia  mampu  mengubah  paradigma anda  tentang  dunia,  cinta  dan  perkara  yang  berkait rapat hal-hal mistik dan misteri.
Kita hanya pengembara, berkelana sementara. Aku,  kamu  dan  sesiapa  pasti  akan  kembali  ke perkampungan abadi selamanya.

Saturday, 7 January 2017

Ajaibnya "MEMBERI"


Memberi,
ada apa dengan memberi?

Berilah,
apa yang kamu paling sayang,
untuk tersayang.

Usahlah,
berkira wahai diri,
Sesungguhnya setiap satu ada ganjarannya.

Takkan kamu merasa nikmatnya,
Tanpa kamu melakukannya.

Percayalah,
Janji tuhan tiada yang sia -sia.

Takkan kamu merasa ajaibnya memberi,
Jika kamu tidak cuba memberi.

Jangan ditunggu kaya,
baru sudi memberi,

Kerana barangkali memberi itu,
 asbabnya kamu kaya kelak.

Memberi , Sedekah