Kehilangan yang Membahagiakan :')

By The KehalusanKelembutan - 20:08:00

Bismillahirahmnairahim



#EntryThrowback


Dua Kaklong,
Empat tahun lepas, Alhamdulillah kakak sulong saya selamat diijab kabul kan. Empat hari lepas, Alhamdulillah sepupu sulong dalam keluarga belah ayah selamat diijabkabulkan.


[KaklongHajar, kakakkandung]

Persamaan kisah mereka ialah, pernikahan mereka bukanlah perancangan dalam masa ini yang panjang. Pada awal tahun 2013, kami adik beradik ada berkata, "dah lama family kita tak ada majlis besar kan". Beberapa bulan lepas tu, abang ipar datang rumah jumpa parents dan bawak family dia sekali. lepas tiga kali pertemuan terus jadi dan lepas raya mereka menikah. Alhamdulillah. Smooth je. Guess what before that kami tak kenal pun siapa abang ipar kita orang .

***

Kaklong Sarah,(sepupu),dia kenal suami dia dah lama dah, tapi setakat kawan matriks /U saja, sebulan sebelum puasa mereka start 'kenal', tapi tidaklah merancang untuk menikah dalam masa terdekat. Tapi raya hari tu, dia datang jumpa family kami, kecuali family saya lah kut sebab kami balik kampung masa tu. Lepas bincang maka diputuskan untuk menikah pada tarikh empat hari lepas. Alhamdulillah settle jugak.

****
Apa yang saya nak tunjuk kat sini adalah, jodoh ni kerja tuhan, siapa kita nak rancang itu ini tanpa Dia,
Dua kaklong saya ni tak ada pun cakap saya nak nikah umur sekian sekian. No, tapi cara Allah tulis untuk mereka menuju ke alam perkahwinan tu so beautiful.

****
So lepas ni kan, elakkan tanya bila tapi doakan selalu, sebab kita tak pernah tahu bila, tuptup kita hantar kad, eh tak hantar wassap jemput majlis kita jangan terkejutlah. Gurau je ni! Allah tahu bila masa yang tepat, jadi masa tu kita akan berusaha dan bersedia InsyaAllah .

Selamat menuju ke syurga kesayangan.
Selamat pengantin baru Kaklong Sarah & Ngah Aisyah.
Selamat berbahagia Kaklong hajar 







*******
Saya sejenis manusia yang sukar nak adapt dengan orang baru. Susah sangat. Tapi saya cuba untuk terima bahawa hidup kita akan jumpa dengan manusia baru. Manusia yang akan membahagiakan kita juga akan membahagiakan kesayangan kita . Juga boleh jadi satu ujian dalam kehidupan kita. Saya menangis melepaskan kesayangan sebab saya tahu mereka bahagia dengan jalan yang Allah tentukan buat mereka. Alhamdulillah.


Ia bukanlah kehilangan cuma satu rasa yang tak mampu terluah dengan tulisan disini. Yang penting mereka bahagia, semestinya saya bahagia. Doakan kesayangan -kesayangan saya. Juga saya. :)

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. suka tengok orang kawen, tapi bila orang kesayangan yang kawen rasa sedih tapi happy. hheeeeheee

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk kedua kaklong yana! :)
    insyaAllah doakan yang terbaik untuk semua yang kita sayang. lebih2 lagi diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sofie ! :)
      insyaAllah sama sama doakan yang terbaik untuk kita semua :)

      Delete
  3. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Didoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan yang tidak putus buat Yana dan keluarga.

    ReplyDelete