Saturday, 31 December 2016

KESIMPULANNYA

Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim.


Alhamdulillah, sekali lagi dengan izinNya, saya menulis lagi dekat sini. Tinggal lagi beberapa hari saja lagi, 2017 bakal menjelma. Okey tahu dah ayat klise. Okey kembali kepada point sebenar, kalau readers perasan awal 2016 hari tu, saya ada update pasal bagaimana rindunya saya nak kembali bekerja selepas bercuti dan lepas tu saya privatekan post tu. Ini nak cerita apa sebenarnya jadi. Anggap lah post ni sebagai konklusi untuk tahun ni.

 Maha Suci Allah, bila saya pergi kerja hari mula mula sekolah tu saya dapat tahu yang khidmat saya tidak lagi diperlukan. Perasaan? Tak tahulah. Okey sebenarnya saya tak tahu keadaan saya ni nak dikategorikan dibuang tidak berhenti pun tidak, jadi kita buat kesimpulan tiada rezeki saya disana.
Disebalik duka tu, Allah permudahkan urusan saya yang lain. Saya sedih, saya cuba pujuk hati, takpe rezeki Allah luas, Allah nak uji dan mungkin juga Allah nak jauhkan kita dari sesuatulah kan. Alhamdulillah saya  dapat move on dari situasi tu walaupun saya tak bekerja lagi masa tu.


--Januari 2016,

--Antara urusan yang Allah permudahkan ialah urusan lesen. Ini pun satu cerita yang terpedam lama, nak cerita tapi bila rajin tu melebihi segalanya inilah jadinya. Sebenarnya saya ambil lesen hujung tahun 2015, Jadinya saya pun JPJ test tu, Januari 2016. Haaa. Nak boleh dapat lesen tu menangis tau tak. Tapi semangat ayah mak dan sahabat selalu berjaya pujuk saya untuk teruskan. Lepas 3 kali baru lepas tau dak. Tapi bila fikir balik manis tu ada. Dalam proses nak dapat sekeping lesen tu, Allah banyak ajar saya SABAR dan POSITIF. Tambahan masa test tu Terengganu hujan lebat .


--Februari 2016,

--Nak kata Allah sayangnya pada saya dan keluarga, kami sekeluarga diuji lagi. Satu malam, kami pergi hantar adik saya yang belajar ke Universiti yang letaknya 30 minit dari rumah gitulah. Dan malam tu Nampak biasa, hujan. Perjalanan balik tu hujan lebat balik, takdir Allah wiper kereta tak berfungsi. Jawabnya tak Nampak apalahkan. Ayah berhenti kat tepi jalan. Bila reda sikit Ayah bawak slow slow. Dah Allah kata jadi jadi juga. Kami accident malam tu. Sedih tu lebih lah. Nak nangis pulak tulis . apapun Alhamdulillah kami tak cedera teruk pun. Cuma sakit sikit gitulah.  Kesian tengok ayah masa tu, of couse nak baiki kereta, nak cover kereta orang lagi.  Kat sini saya belajar tabah sabar.


--Mac, April, Mei 2016 : Okey masa ni duk ulang alik perlis urus pasal  konvo. Ada kisahnya jugakkan. Dan masih tidak bekerja.


--Jun 2016,

--Masa ni nak masuk bulan puasa kan, seminggu sebelum tu saya balik kampung, masa kat kampung seorang makcik ni tanya nak kerja tak kerja biasa saja. Dekat dengan rumah. Lepas fikir konon konon, saya terima. Alhamdulillah rezeki ramadhan dan berkat percaya dan bersangka baik dengan Allah. Selang seminggu, Sepupu saya offer kerja kat Sekolah dia. Fikir lagi. Alhamdulillah semuanya dipermudah saya pun kerja lah dekat sekolah yang sepupu saya kerja sampai sekarang. Gaji tak delah besar dan idaman setiap fresh grad, tapi saya selalu ambil ibrah disetiap tempat yang Allah letakkan saya. Gaji tak besar, tapi rezeki tak pernah putus. Ada je hadiah dari Allah. Alhamdulillah. Saya selalu percaya dimana pun kita , kalau kita ni SANGKA BAIK dengan Allah, Allah lagi akan baik dengan kita percayalah.  Saya selalu bisik ,tak kisahlah kerja apapun  janji halal, boleh kasi makayah , boleh belanja adik adik, boleh simpan sikit okeylah tu kan. Yang penting syukur.


Kemana saya hilang, lama dari blog. Kejap ada kejap hilang, saya tak tahu apa saya buat sampai nak buka blog tak sempat, bila lama tak buka jadi biasa pulak tak mengadap. Balik kerja, penat tak penat kalau pergi surau tu masa ustaz bagi kuliah tertidur la jugak, hehehe. Sebelum tidur pegang buku nak baca konon , baca satu muka tidur dengan buku-buku. 


Bulan ni saya cuti tapi still  selang seli cuti dan kerja. Bulan ni banyak main kat dapur, duk buat ujikaji resepi yang dikongsi kat facebook tu. Berlambak masa je tak ada nak buat. InsyaAllah. Maaf okey.  Itu serba sedikit dari saya untuk tahun 2016, tahun depan tak tahu apalagi perancangan Allah buat saya dan keluarga, doa yang baik baik okey. Disember pun dah nak balik, akan rindu tahun depan panjang umur insyaAllah jumpa lagi tau cik disember.


2016

Friday, 23 December 2016

Suatu hari di bulan DISEMBER





Suatu hari di bulan disember,

--Alhamdulillah,
Lebih dua puluh tahun lalu,
Allah takdir seorang anak lahir  di bulan disember,
Alhamdulillah,
Hingga kini masih lagi Allah  beri hela nafas,

**8

--Alhamdulillah,
Sepanjang ruang waktu yang dipinjam tuhan,
Anak itu masih lagi berjalan,
Meski jatuh berkali  masih dia bertahan.


***
--Hari tu seperti biasa,
Renyai hujan,
Namun seperti hidupnya ujian itu tak selamanya ujian.
Hujan takkan selamanya hujan,
Akhirnya matahari muncul .

***
--Terima kasih Ya Rabb,
Atas semua nikmat dan ujian.
Terima kasih  ayah bonda,
Atas kasih yang tak terbilang
Terima kasih sahabat
Atas  semangat yang tak  pernah lengang.

***

--Sanah helwah buat diri,
Moga terus istiqamah,
Moga terus Qowiyy.
Doakan yang baik-baik.



--a few days ago 
:)


#TerimaKasih 5

Assalamualaikum , 
Bismillahirahmanirahim👋



[Entri Penghargaan] Alhamdulillah masih punya ruang untuk berada disini, Sekalung maaf andai tak mampu mengunjungi rakan blogger lain. Ruang waktu yang ada saya cuba gunakan sebaiknya. Sebenarnya minggu lepas balik kampung, laptop tinggal kat rumah. Malas bawak. Malas lagi dan lagi dan lagi.



Nak dijadikan cerita , sehari lepas bertolak ke kampung, abang pos datang rumah, dan Alhamdulillah adik saya ada, dia kerja so tak ikut balik kampong. Dia whatsapp kata ada  barang sampai. Saya pelik jugak tapi bila dia tunjuk gambar terus sengih. Sabar je lah tak boleh buka sebab jauh. So adik saya letak cantik je atas meja kat bilik.Beberapa hari lepas tu  bertolak balik Terengganu, sampai je masuk bilik , nampak sampul terus buka. Nampak tak ? excited sangat. Guess who? SS dan Sis JM.




Terima kasih kasi gift ni kat yana, maaf lah anda berdua. Yana tak tahu nak cakap apa. Moga Allah balas semua kebaikan kalian. InsyaAllah kalau ada ruang dan waktu yana ziarah blog sis berdua. Doakan yang baik baik eh J

Wednesday, 14 December 2016

Macam mana nak kawal MARAH

Assalamualaikum, 
Bismillahirahmanirahim.

Setelah menyepi seminggu lebih, saya kembali untuk berkongsi. Sebenarnya , duatiga hari ni saya terdetik, macam mana aku nak kawal emosi yang kadang datang tak menentu, dan Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.😔

Beberapa hari lepas, saya scroll mukabuku, dan ternampak satu post pasal bagaimana nak kawal rasa marah, memang sebelum sebelum ni banyak sangat tips, mungkin ni salah satu tips. Moga bermanfaat :)


sumber :mukabuku






















Point utama ialah  bila marah pada sesorang atau sesuatu lihat lah sisi lain yang mampu sejukkan kita, Moga diberi kekuatan. 😍







Friday, 2 December 2016

CONTEST #LASTGIFT BY SOFIEADIE

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim,



Hari ni , tengah malam buta ni, gigih duk taip entry giveaway takut lupa + manalah tahu nanti lama pulak nak boleh ke bukak blog. Contest ni, sofie duk promote kat instagram dia dari bila entah, mula mula dia tunjuk gambar hadiah. 

Jadi marilah syaratnya mudah mudah je. Moga ada rezeki saya . 

Thursday, 1 December 2016

12 of 12

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.


Alhamdulillah, bulan kesayangan saya muncul jua. Bulan terakhir. Musim tengkujuh pun bermula, kat Terengganu dah banjir. Guess what Kampung Gong Tok Nasek pun  ada buka pusat pemindahan. Kali pertama dalam sejarah.😅

Apapun moga selamat lah semua, jaga diri walau dimana pun ada okey . moga Saya juga diberikan kekuatan juga. 💕💕

Sunday, 27 November 2016

Masih Lagi

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah masih lagi ada, masih lagi Allah beri peluang, lepas macam-macam hal. Saya sedang bercuti dan berharap akan selalu rajin update blog ni. Maaf pada yang tinggal komen tak sempat nak balas satu-satu. InsyaAllah ada masa saya lawat kalian semua.

Cuti ni nak buat apa?
* Spend time nak baca buku buku saya yang dah lama menanti masa luang saya
* Nak kemaskan bilik buang "sampah masyarakat" hehehe
* Jadi tutor aka cikgu pada adik kan dah cuti sekolah !
* dan update blog eh hehehe.

2016 bakal berlabuh , disember bakal menjelma, doakan saya. Disember bulan saya dan berharap ia akan lebih baik dari tahun tahun sudah . InsyaAllah . Terima kasih😁

Tuesday, 8 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim

Lama tak menaip, ada orang tu update kat instagram pasal ni, saya yang dah berkurun tak buka blog, berkurun ke? Bukalah untuk menjoinkan diri . Moga ada rezeki sayang , mungkin anda jugak. Jemputlah!






Wednesday, 26 October 2016

DIA Dengar

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Rasa nak sentuh hati manusia lain, macam mana hati saya tersentuh malam tu, maka Allah ilhamkan post ni. 

*****


Lepas kuliah maghrib semalam(Isnin),
hati terdetik "Ya Allah aku nak saf depan yang hujung tu hari ni,"


Lepas Qabliah saya bangun,
Jalan menuju saf yang masih kosong, pastu ada nenek jalan depan saya, saya pun biar dia naik depan tempat yang saya nak tu. Saya di saf kedua, lepas nenek tu naik masih ada kosong tepi hujung sekali sebelum tirai, Saya pandang makcik sebelah saya tu, ekspresi muka dia,  macam nak cakap naik lah, saya senyum dan melangkah.



Masa tu, 
rasa macam, alhamdulillah ya Allah, terima kasih sebab dengar doa saya.


Peristiwa yang sama macam dalam buku yang saya sedang baca cuma beza mereka haji saya dalam solat.

Sebelum ni saya banyak duduk saf belakang.
p/s : benda nampak simple, tapi itu bukti Tuhan makbulkan apa yang kau perlu dulu. Tuhan tahu bila kau betul betul bersungguh.


Sekadar perkongsian , moga selalu bersangka baik denganNya

Friday, 21 October 2016

Kembali

Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim.

Kemana hilangnya rasa nak menulis,
 kemana hilang semangat nak memberi, 
kemana hilang cinta pada askara.

Lama sepi, lama diam. 
Dunia ini tempat berjuang,
 berdepan bermacam ujian. 
Akhirnya ada yang bertanya,
 bagaimana itu, 
bagaimana  ini.



Siapa pernah rasa macam dalam gambar kat atas tu?
soalan ni diaju pada saya, dan saya dah jawab. saya saja nak kongsi kat sini. Sebab mungkin ada yang sedang cari jawapan pada setiap persoalan diatas.

Okey, 
Ini dari saya,
Ya , saya dah lalui semua kat atas, dan masih melaluinya. atas bermacam macam asbab. Pada saya apa yang kita boleh buat  ialah sabar sabar dan terus sabar. Sampai air mata nak menitis pun dah tak mampu nak keluar lagi. Kalau diikutkan saya sendiri tidak tahu apa yang buat saya bertahan. 

Mungkin didik hati untuk terus positif dengan situasi, 
Mungkin percaya pada hikmah, 
Mungkin juga saya yakin setiap satunya 
adalah bentuk ajaran Allah untuk saya kenal dunia sebenar.

Sejujurnya, saya juga pernah mengeluh kerana kecewa akan sikap segelintir manusia. Tapi satu je, ajar diri supaya jangan pernah salahkan Allah dan takdirNya.

Kuat demi Allah,
InsyaAllah.

***
siapa kata mudah nak hadapi kehidupan ni, dan siapa kata kita tak boleh laluinya sedangkan takdir Allah tersurat begitu. Berjalanlah walaupun terpaksa merangkak. Awak boleh. Saya yakin. InsyaAllah.

 Doakan yang baik baik .

Saturday, 8 October 2016

Muharram

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.


Salam maal hijrah, kejap saja tahun demi tahun berlalu, moga Allah kuatkan kita untuk berjuang demi agamaNya. Sekejap saja hari ni da pun 7 Muharram.  Lagi 2 hari 10 muharram datang. Banyak peristiwa yang berlaku pada  10 Muharram  ni. Dan juga disunatkan berpuasa. 

 
  



Takboleh buat semua jangan tinggal semua. InsyaAllah. Jom. Klik sini untuk lihat peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram. 


 

Tuesday, 4 October 2016

Sejenis hobi : Lelaki Terakhir Menangis Dibumi

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.


Lamanya tak update pasal buku, sebenarnya saya rindu nak dating dengan buku macam lepas lepas. dan draft pasal buku ni dah siap lama, terperap je dalam folder, jadinya dalam usaha nak kembalikan blog ni hidup saya publish kan.




Lelaki Terakhir Menangis di Bumi.

ISBN : 978-967-0723-47-1
Harga : RM 25

Kalau dilihat pada tajuk , macam wah, siapa lah lelaki itu. Namun cerita disebalik tajuk itu membuatkan diri terkesima. Syria, sebuah Negara yang pada pengetahuan saya sendiri , bergolak. Tiap hari dihujani peluru Assad. Saban masa, ada berita, ada gambar. Kalau ditanya perasaan?  sayu, tapi yang saya  mampu cuma doa doa doa.

Saat melihat buku ini dirak, hati meronta minta untuk beli, pada mulanya saya pandang macam tu saja buku ni tapi  bila membaca synopsis dibelakang ternyata perasaan ingin tahu tentang cerita disebalik tajuk buku ini.

Musa Nuwayri, Anak Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran ke Jordan terpanggil  untuk membantu pelarian Syria di Jordan.  Pada usia 19 tahun, beliau berazam untuk mendekati dan membantu mereka disana.

Buku ini membawa saya yang sekadar tahu tentang anak anak Syria, mendekati secara dekat apa perasaan mereka, apa yang dilalui mereka. Terlalu banyak yang dikandung dihati anak Syria. Melihat gambar yang diambil penulis, ternyata, mereka lali dengan situasi .


Kekuatan, ketabahan anak anak ni wajar jadi inspirasi buat kita yang dilimpahkan kesenangan, hingga kadang lupa mana letaknya syukur. Mereka berusaha sepenuh keringat demi meneruskan kehidupan yang tidak pasti dihadapan sana.

Bab yang paling menyentuh saya , Ramadhan bersama mereka. Dalam serba kekeurangan mereka meraikan tetamu , sunnah jadi keutamaan, tanpa fikir apa makanan yang hendak dihidang esok buat mereka meneruskan hari- hari mereka.

Terlalu banyak untuk dicerita, jujurnya, saya mungkin menyesal sebab  tak beli buku ni. Alhamdulillah Allah dorong hati ini untuk rasa nak beli. Moga hati terdidik untuk jauh lebih bersyukur dari sekarang. Moga Allah beri kekuatan untuk membantu mereka kelak. Aammin

Saturday, 1 October 2016

O.K.T.O.B.E.R

Assalamualaikum 
Bismillahirahmnirahim,




“I asked Allah to protect my heart and He took you away from me.”- Serban on Head



Tak semua takdir indah,
Tak semua tak seiringan dengan kehendak kita.


Tak semua doa diperkenan,
Tak semua permintaan dikabulkan.


Cuma,
pandanglah nikmat,
lihatlah rahmat.

Allah tak pernah menghukum, 
Dia cuma mahu hambaNya belajar,

Yang manis itu boleh jadi ia racun,
Yang pahit itu boleh jadi penawar.


dan hari ini,
masih disini masih melakar,
kata kata buat diri,
semangat buat dirinya,


dan hari ini,
Dia sedar
Dia percaya,
sakit dan luka itu juga satu nikmat,

kenapa?
Sebab Dia mula sedar,
yang selalu ada buatnya Allah,
yang selalu tenangkannya Allah,
dan dia mula bersangka baik dengan Allah.


Terima Kasih sebab sudi singgah dan berlalu pergi,
sebab Nurliyana Zulkifli belajar banyak dari pertemuan dan perpisahan itu. ;)




p/s: kadang kadang tak mudah untuk terima, cuma kau kena kuat, saat orang lain lemah memang kita mampu melontarkan sabar, tapi tak semua mampu sabar saat ujian yang sama menempa diri. Saya tahu awak awak semua ni kuat , selamat menjalani dunia yang penuh duri. 


~

Ada orang yang memang Tuhan jadikan dia sebagai tempat orang lain untuk curahkan segala masalah. Rupa-rupanya dengan mendengar dan menasihati orang lain dia mengumpul kekuatan. Dia terlihat kuat kerana kata-katanya seringkali menyentuh hati dan membawa kepada ketenangan yang mana kekuatan itu juga datangnya dari Rabb.

Dihatinya tiada siapa yang tahu.
Dia menjadikan Tuhan sebagai motivasi utama untuk dia terus bangun dari kedukaan sementara. Yang mana dia tahu duka di dunia, akan di balas keindahan disana kelak!

Faiini qariib!
Sesungguh nya aku dekat 


(Facebook Kak Fyy,2016)


dua tahun berlalu, moga moga yang mendatang terus diiring dengan kekuatan dari Allah.

Saturday, 10 September 2016

Zulhijjah : World #QuranHour ; Puasa Sunat Hari Arafah

 Assalamulaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Lama jugak tak update tengok kat cbox ada orang tanya tak ada entry baru ke? InsyaAllah memang nak update cuma sibuk dengan kenduri. Tak nak bebel banyak cuma nak ingatkan pasal esok. Ada apa dengan esok ?


9 Zulhijjah,
Sehari sebelum kita sambut aidiladha, kalau dekat mekah wuquf lahkan kemuncak ibadah haji. Kita kat malaysia ni digalakkan sangat sangat berpuasa esok sebab fadilatnya subhanallah besar.





Serentak dengan itu, esok jugak di adakan World  #QuranHour . Apa itu world #QuranHour?


World #QuranHour or #DuniaNgaji is a continuation started with #RumahNgaji since 24 Ramadan 1434H / 31 July 2013. The intent is to get more people to read, to understand and to practice the timeless lessons from the Quran. 

#MalaysiaNgaji was launched on 24 Ramadan 1436H in Makkah to invite our Malaysian here on our own soil and those living overseas. 

This year World #QuranHour or #DuniaNgaji will be launched on 9 Zulhijjah 1437H at Arafah, Saudi Arabia and at a TBD location in Malaysia. This is done at the end of the 24-hour continuous 1-hour with Al-Quran from each of 31 cities around the world covering 30 juzuk of the Quran. Bi idznillah.
 

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT "WORLD QURAN HOUR"!! 


Apa yang akan berlaku

PADA 11 SEPT 2016 Seluruh UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM

Apa yg perlu dilakukan?? Pada 11 September 2016
Di Detik 0900 pagi sehingga 1000pagi

Hentikan segala aktiviti lain.
Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam. 
Aktivti yg patut dilakukan dalam 1 jam


i. Baca Al Quran
atau


ii Baca terjemahan atau tafsiran (kalau dah tatau baca quran)
atau


iii berbincang atau belajar tentang Al Quran dengan yang mahir
atau


iv. apa sahaja yang boleh kita memanafaatkan apabila berdamping dengan AlQuran.

Dalam setahun kita ada 8760 jam. 
hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen WORLD QURAN HOUR!!! Dampingi lah Quran.
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikanlah Quran panduan.

Mana mana yang dah lama sangat tinggalkan tu JADIKANLAH ini sebagai suatu PERMULAAN.. Bantu lah saya kongsikan ya demi kebaikan semua masyarakat terutamanya UMAT ISLAM

Mari kita gegarkan SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL QURAN.




****
Esok antara waktu yang paling mustajab doa , jom doa banyak banyak , doakan ummah kita terus kuat meneruskan perjuangan .

#PuasaArafah
#WorldQuranHour
#TembakDoa :)