Tuesday, 4 October 2016

Sejenis hobi : Lelaki Terakhir Menangis Dibumi

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.


Lamanya tak update pasal buku, sebenarnya saya rindu nak dating dengan buku macam lepas lepas. dan draft pasal buku ni dah siap lama, terperap je dalam folder, jadinya dalam usaha nak kembalikan blog ni hidup saya publish kan.




Lelaki Terakhir Menangis di Bumi.

ISBN : 978-967-0723-47-1
Harga : RM 25

Kalau dilihat pada tajuk , macam wah, siapa lah lelaki itu. Namun cerita disebalik tajuk itu membuatkan diri terkesima. Syria, sebuah Negara yang pada pengetahuan saya sendiri , bergolak. Tiap hari dihujani peluru Assad. Saban masa, ada berita, ada gambar. Kalau ditanya perasaan?  sayu, tapi yang saya  mampu cuma doa doa doa.

Saat melihat buku ini dirak, hati meronta minta untuk beli, pada mulanya saya pandang macam tu saja buku ni tapi  bila membaca synopsis dibelakang ternyata perasaan ingin tahu tentang cerita disebalik tajuk buku ini.

Musa Nuwayri, Anak Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran ke Jordan terpanggil  untuk membantu pelarian Syria di Jordan.  Pada usia 19 tahun, beliau berazam untuk mendekati dan membantu mereka disana.

Buku ini membawa saya yang sekadar tahu tentang anak anak Syria, mendekati secara dekat apa perasaan mereka, apa yang dilalui mereka. Terlalu banyak yang dikandung dihati anak Syria. Melihat gambar yang diambil penulis, ternyata, mereka lali dengan situasi .


Kekuatan, ketabahan anak anak ni wajar jadi inspirasi buat kita yang dilimpahkan kesenangan, hingga kadang lupa mana letaknya syukur. Mereka berusaha sepenuh keringat demi meneruskan kehidupan yang tidak pasti dihadapan sana.

Bab yang paling menyentuh saya , Ramadhan bersama mereka. Dalam serba kekeurangan mereka meraikan tetamu , sunnah jadi keutamaan, tanpa fikir apa makanan yang hendak dihidang esok buat mereka meneruskan hari- hari mereka.

Terlalu banyak untuk dicerita, jujurnya, saya mungkin menyesal sebab  tak beli buku ni. Alhamdulillah Allah dorong hati ini untuk rasa nak beli. Moga hati terdidik untuk jauh lebih bersyukur dari sekarang. Moga Allah beri kekuatan untuk membantu mereka kelak. Aammin

10 comments:

  1. Dah lama tak baca buku cenggini.... Adehhh

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. maaf sebenarnya nak etak , tapi lupa harga sebab buku tu ada dengan kawan

      Delete
  3. Hari tu ada jumpa dia dan rasa malu sangat sebab dia sama umur dengan saya, tapi banyak kerja sukarelawan dia buat. Sedangkan saya, apa pun tak pernah sumbang pada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa lagi kirim salam ,
      akak lagilah kimchaa. jauh sangat

      Delete
  4. sangat bersimpati,apakan daya keupayaan kita amat limited..so hanya mampu doa

    ReplyDelete