DIA Dengar

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 18:31:00

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Rasa nak sentuh hati manusia lain, macam mana hati saya tersentuh malam tu, maka Allah ilhamkan post ni. 

*****


Lepas kuliah maghrib semalam(Isnin),
hati terdetik "Ya Allah aku nak saf depan yang hujung tu hari ni,"


Lepas Qabliah saya bangun,
Jalan menuju saf yang masih kosong, pastu ada nenek jalan depan saya, saya pun biar dia naik depan tempat yang saya nak tu. Saya di saf kedua, lepas nenek tu naik masih ada kosong tepi hujung sekali sebelum tirai, Saya pandang makcik sebelah saya tu, ekspresi muka dia,  macam nak cakap naik lah, saya senyum dan melangkah.



Masa tu, 
rasa macam, alhamdulillah ya Allah, terima kasih sebab dengar doa saya.


Peristiwa yang sama macam dalam buku yang saya sedang baca cuma beza mereka haji saya dalam solat.

Sebelum ni saya banyak duduk saf belakang.
p/s : benda nampak simple, tapi itu bukti Tuhan makbulkan apa yang kau perlu dulu. Tuhan tahu bila kau betul betul bersungguh.


Sekadar perkongsian , moga selalu bersangka baik denganNya

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Asalamualaikum..sesungguhnya dalam apa juga pasti Dia dengar..

    ReplyDelete
  2. ya Dia selalu dengar...cuma kita kurang sedar...termasuk diri saya ini...

    ReplyDelete
  3. betul tuuh .. kadang sebab kita tak bersungguh dalam meminta sebab tuuh takdapat

    ReplyDelete
  4. Hati kita milik DIA..LINTASKAN yang molek2 supaya pantulannya juga baik2..

    ReplyDelete
  5. Baru niat allah dah tahu...allah cepat makbul kan..sayang Allah

    ReplyDelete
  6. betul tu, saya sangat percaya Allah maha mendengar.

    ReplyDelete
  7. betul sis... sesungguhnya Dia Maha Mendengar....

    ReplyDelete
  8. Sememangnya Dia Maha Mendengar setiap satu permintaan hamba-Nya

    ReplyDelete