Saturday, 15 April 2017

Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan' - RM300 Untuk Tekaan Tepat!

Bismillahirahmanirahim ,
Assalamualaikum.

Lama dah duk perati contest ni, tapi duk tangguh bawak ke hujung minggu nak buat entry, Suka suka je. Bab klue klue ni memang suka lah sangat carinya.


Siapa Nama Baby Hasrul Hassan




Klue dekat Facebook dan Google Plus,

  1. Kemas dalam bahasa arab
  2. Ada versi lelaki dan perempuan
  3.  Berkaitan dengan pelayaran
  4. Ritma nama anak anaknya sama
Anak -anak HH


  1. Hasif Amri, 
  2. Hasif Aqwa Zikri 
  3.  Haseena Humaira

HASIF NAJMI

Saya teka nama ni berdasarkan klue dan saya terlihat komen HH kat entry Hasif "Baru".


Moga Jadi anak soleh, ;)

Kalau rezeki menang kalau tak nak buat macam mana , bukan rezeki hehehe.

Monday, 3 April 2017

#Masak-Masak : Mac&Cheese versi JIMAT!

Bismillahirahmnirahim,
Assalamualaikum.


Mood rajin dah datang , jadi kita sambut dia kita raikan dia. Jadi hari ini saya nak kongsi satu resepi yang mudah dan jimat. Tengok tajuk, betul ke jimat, kalau diikutkan  mahal jugak lah kan bahannya.
Ini saya punya trial and error. Nak cuba boleh tak nak takpe. Untuk saya dan adik adik saya yang  suka sangat cheese creamy tu lepas lah.

Bahan-bahan


  • Margerin
  • Bawang putih
  • Susu Cair                → Ini untuk Kuah Putih nya
  • Tepung Gandum
  • Cheese slice
  • Perencah nasi goreng ayam adabi,
  • Lada hitam, 
  • Oregano
**************************
  • Daging burger/Ayam/Sosej
  • Makaroni
Kuah Putih

  1. Panaskan kuali, masuk bawang putih.
  2. Lapas tu, masuk tepung dan susu cair,
  3. Kacau sampai tak berketul.
  4. Pastu masuk cheese slice.
  5. Akhir sekali masuk perasa, saya guna perencah nasi goreng ayam adabi, lada hitam, oregano.
    [Kalau pekat sangat tambah air masak]
Mac&Cheese.
  1. Makaroni rebus macam biasa.
  2. Panaskan kuali,letak minyak/merjerin tumis bawang putih.
  3. Masuk daging burger kisar/lenyek/cincang, [boleh letak ayam, sosej jugak optional]
  4. Bila dah masak sikit masuk kuah putih tadi.
  5. Masuk makaroni.
  6. Perasakan dia.
Mac&cheese


Alhamdulillah siap Mac& Cheese versi saya. Jimat Mudah. Barang barang kat atas tu optional, Awak semua boleh buat experiment dekat dapur. InsyaAllah jadi. Nanti kalau masih rajin saya kongsi makarono bakar versi saya , InsyaAllah jimat

Saturday, 1 April 2017

Let's Prepare!

Assalamualaikum , 
Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, dah masuk bulan ke empat masihi. Kejap tak kejap sekarang ni. Dalam bulan islam dah pun masuk rejab kan. Itu bermakna ramdhan semakin menghampir. Sempena dengan itu saya mohon maaf dan doakan agar saya terus terusan bersemangat menjalani hari hari mendatang.

Rejab Syaaban Ramadhan. 
Dalam masa kurang dua bulan sebelum ramadhan saya kira ini masa terbaik untuk menambahbaik segala posisi kehidupan kita. Macam kita nak buat majlis takkan main redah je. Mesti ada persiapan dan persedian yang rapi kan. Samalah macam Ramadhan, ia umpama satu majlis yang indah dan yang selalu dirindukan. Takkan nak sia sia kan macam tu je kan. 

Semalam,
Pergi kedai jual telekung, kami selalu jugak beli  telekung untuk raya, tapi tahun ni saya cakap kat mak,

"Mok, tahung ni kita wak paka mayang terawih, kita wi rasa ramadhan macam ari raya"


Jadi jom kita improve mana mana yang terkurang. Moga kita istiqamah. Saya tak boleh banyak banyak cakap pasal ramadhan ni. Sedih . Sebak. Sayu.




Semoga Allah pilih kita untuk berada dibulan mulia.






ramadhan