#Masak-Masak : Mac&Cheese versi JIMAT!

By The KehalusanKelembutan - 20:53:00

Bismillahirahmnirahim,
Assalamualaikum.


Mood rajin dah datang , jadi kita sambut dia kita raikan dia. Jadi hari ini saya nak kongsi satu resepi yang mudah dan jimat. Tengok tajuk, betul ke jimat, kalau diikutkan  mahal jugak lah kan bahannya.
Ini saya punya trial and error. Nak cuba boleh tak nak takpe. Untuk saya dan adik adik saya yang  suka sangat cheese creamy tu lepas lah.

Bahan-bahan


  • Margerin
  • Bawang putih
  • Susu Cair                → Ini untuk Kuah Putih nya
  • Tepung Gandum
  • Cheese slice
  • Perencah nasi goreng ayam adabi,
  • Lada hitam, 
  • Oregano
**************************
  • Daging burger/Ayam/Sosej
  • Makaroni
Kuah Putih

  1. Panaskan kuali, masuk bawang putih.
  2. Lapas tu, masuk tepung dan susu cair,
  3. Kacau sampai tak berketul.
  4. Pastu masuk cheese slice.
  5. Akhir sekali masuk perasa, saya guna perencah nasi goreng ayam adabi, lada hitam, oregano.
    [Kalau pekat sangat tambah air masak]
Mac&Cheese.
  1. Makaroni rebus macam biasa.
  2. Panaskan kuali,letak minyak/merjerin tumis bawang putih.
  3. Masuk daging burger kisar/lenyek/cincang, [boleh letak ayam, sosej jugak optional]
  4. Bila dah masak sikit masuk kuah putih tadi.
  5. Masuk makaroni.
  6. Perasakan dia.
Mac&cheese


Alhamdulillah siap Mac& Cheese versi saya. Jimat Mudah. Barang barang kat atas tu optional, Awak semua boleh buat experiment dekat dapur. InsyaAllah jadi. Nanti kalau masih rajin saya kongsi makarono bakar versi saya , InsyaAllah jimat

  • Share:

You Might Also Like

25 comments

  1. Tak pernah masak lagi makaroni versi ni. Tapi, nampak macam best sebab ada cheese. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah, hantu cheese jugak la nii.. boleh try masak, banyak versi kat web.

      Delete
  2. Sedapnya...! I love to cook macaroni too tapi tak pernah try lg buat mac n cheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nanti boleh try , banyak versi kat internet

      Delete
  3. Lama dah akak tak makan mac & cheese. Dah tua2 ni lactose intolerant sikit, so tak leh makan cheese banyak2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala je kak, tak pun kalau org request buat lah kita

      Delete
  4. assalamualaikum...mama dtg dr segmen yg sama...jom join segmen mama
    http://maszull.blogspot.my/2017/04/segmen-mama-nak-url-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam terima kasih mama singgah

      Delete
  5. selalu saya makan kat kenny rogers je. boleh buat sendiri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba masak pulak , trial and error, rasa boleh adjust

      Delete
  6. ni yang nak try nih...maklumlah baru hidup dengan dapur..hehehhe

    ReplyDelete
  7. menu ni selalu jadi pilihan kalo malas dan nak cepat.. hehe..
    tapi akak lagi pemalas.. rebus je mac dengan susu then cheese tu je.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah akak lagi jimat ! nanti yana boleh try versi akak pulak :D

      Delete
  8. waweee dapnya...Meh meh sini buatkan tukmummy sepinggan.. Mummy la ni malas masak..ahhaha :P

    ReplyDelete