Tuesday, 9 December 2014

Disember saya.





 

Disember,
Rindu bulan ni,
Dan mengharap senyum mekar selelu,
Namun, Allah mengetahui.

Ya Allah tahu , aku dah penat barangkali,
Dan akhirnya kau Nampak rapuh nya aku,
Lemah nya aku.

Bulan disember every year,
Musim hujan kan , musim banjir,

I said this to my friend , yana ni lahir bulan disember, memang suka la menangis, selalu banjir.

dan selalu dapat hadiah sebelum masanya,
kau tahu apa.

AIR MATA.
 dan terima kasih kalau kau rasa kau salah satu penyumbang nya,

aku penat,
nak sendiri,
bersma tuhan aku .

Friday, 3 October 2014

seperti akar :')

Bismillahirahmanirahim,



subhanallah :')

selepas 4 bulan,

siapa sangka , saya akan kembali, kembali melakar askara disini, segalanya dengan izin ilahi, segalanya dengan kekuatan dariNya.

[18:39] tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

akar.
akar tu kuat. dan saya ingin seperti akar. tapi akar tanpa air, tanpa tanah yang subur, akar akan tumbang. ia itulah saya.selama ni saya berjuang untuk secebis kekuatan , Alhamdulillah Allah bagi pinjam kekuatan itu.


kenapa nak kuat?

saya kuat kerana ada yang memerlukan kekuatan dari saya, barang kali saya jadi perantara untuk Allah salurkan kekuatan pada mereka mereka kesayanganku.


Ya, betul
saya kuat kerana Allah,
saya kuat kerana Keluarga
saya kuat kerana Sahabat
saya kuat kerana saya sendiri.


ketahuilah, tanpa ujian tak dietahui Allah itu sayang,
tanpa ujian tak diketahui  hidup kita terbatas
tanpa ujian, kita tak bergantung sepenuhnya kepada ilahi.


saat saya memeberikan  kata semanagat, 
saat saya cuba buat kamu tersenyum kembali, 
saat saya meminjamkan bahu dan telinga saya.
sebenarnya saya turut berjuang mempertahankan kekuatan yang amat terbatas ini.

dan bila tiba saat saya tidak lagi mampu bertahan lalu terjatuh,

terima kasih kerana selalu ada untuk saya, sokong saya, tenangkan saya dan doakan saya.

sumber blog fyy



[2:45] minta lah pertolongan kepada Allah dengan solat dan sabar.
[2:285] Allah tidak membebani hambanya melebihi batas kemampuan hambaNya.



 moga-moga ini bukan yang terakhir
cuma rindu untuk berada disini.


Saturday, 26 April 2014

Saat DIAM jadi pilihan.

Bismillahirahmanirahim.


Diam,
itu lebih baik,
mungkin jua terbaik.


Diam,
bukan marah,
cuma berharap
ia tidak menjadi lebih teruk,

Tapi,
bila diam itu sendri
disalah tafsir?

sungguh hanya Allah yang tahu,

tak marah,
cuma respect,
bagi peluang,

*****

Mungkin bila kita ni dah tak ada ,
baru Allah buka mata dia untuk kenal kita ni macam mana,
saat tu tak perlu menyesal,


sebab kita sayang dia
kita dah maafkan kita,
Kita tahu yang andai Allah tak izinkan
seseorang tu untuk faham seseorang yang lain,
orang tu takkan faham.

Mungkin Allah sengaja buat manusia tak faham kita,
agar nanti kita berbalik padaNya,
kerana Allah satu-satunya yang maha mengerti :')

***

You will never know me,
length of years of friendship,
doesn't mean you understand me,
you know how me.

stop judging,
it hurt,
deep hurt.

even I am keep silent,
when alone,
I am crying ,
but I know
HE see me,
HE be with me.


-270414- 3 years already. Moga bermanfaat. Moga Allah redha^^

Friday, 18 April 2014

kerana DIA memahami :')

Bismillahirahmanirahim.

teringat tentang ni,
kawan pernah sebut

"tak siapa faham dia"

senyum,
 haah saya lah tu.

**
memang sukar nak faham saya,
ye saya tahu,
saya akui,
saya terima.

**

saya sedar,
walaupun satu dunia tak memahami,.
tapi yang SATU tetap faham kan.

**
dan terima kasih ,
bagi yang mengerti,
tanpa perlu ada ulasan yang panjang,

**

ya saya memang lain,
saya suka jadi lain,
akan jadi lain dari yang lain.

**
Bukan sebab saya baik sangat,
bukan sebab sempurna sangat,
tapi saya selesa jadi lain.

kan Allah ciptakan manusia tu sama taraf tapi ada bezanya kan.
dan saya ni lain.
lain dari awak.
lain dari dia,

apa yang lain
entah ,
 Allah maha tahu,
Allah maha mengerti
:')



Tuesday, 15 April 2014

kenapa mahal ?


Bismillahirahmanirahim




ni sekadar pendapat.
terbaca status kawan tadi.
senyum ,
dulu pun fikir macam tu.


kenapa mahal?
dulu masa mula-mula nak berjinak dengan tudung labuh , tudung bidang besar ni,
tertanya-tanya . 
Ya Allah kenapalah dia jual mahal sangat.
kadang-kadang nak beli pun hati berbelah bagi.

dulu pernah terdetik macam ni.
kalau dah jual mahal-mahal orang yang berminat pun jadi tak berminat nak pakai.

bukan masalah dengan tudung je baju muslimah punkan.

namun,
akhirnya saya sedar,
disebalik semua ni Allah nak menguji.
kan ujian Allah tu datang dalam macam -macam jenis.



Allah nak uji kita ni benar-benar buat tu kerana DIA tak,
percaya dengan DIA.
sanggup berkorban tak demi DIA.


sayangku,
sungguh syurga itu mahal,
mahal sangat.
kerana itu syarat untuk ke syurga itu
berat,
tapi jika hati mahu tiada istilah sukar kan.

Ujian tu,
berbahagialah.

 komen saya :


maaf saya tak sempurna, hanya mencari redha ilahi, hanya berkongsi rasa, saya pernah lalui situasi ini. 

Saturday, 5 April 2014

5th week: Because of Allah I'm still here.



Bismillahirahmnairahim,
dah lima minggu diarau.

semakin mencabar.
hampir give up sebenarnya.

dia membisikkan,
sabar, hikmahnya ada,

Friend1 said: "..org rasa yana kuat sebab yana, buang racun tu dengan air mata dan tak simpan dalam hati.."

kuat ke saya?


Pilihan saya,
diam,
menangis,
dan
akhirnya senyum.

study. friendship .
menuntut hati agar lebih kuat.

dan saya harap,
hati-hati yang disana jua kuat.

I'm trust to Allah.

what if i gone ,
and never came back,

please forgive my mistake,
please pray for me.






Thursday, 27 March 2014

4th week : sampai bila.

Bismillahirahmanirahim,



Arau
4th week,


pagi tu mendapat khabar tentang MH370, sayu hati terasa ujianMu ni terlalu dekat dengan hati, lantas ku panjat doa, moga kejadian yang menimpa ini menyedarkan umat, menyedarkan saya sendiri. pagi itu jua, mata ni tertumpu pada akhbar, mesir, zalimnya mereka terhadap mu,dihukum, namun saya percaya tiada yang sia-sia dalam aturan Allah ni. percayalah.


****
beberapa orang sahabat tegur,
yana okey?
tak sehat ko?
kau kenapa pucat je?


aku dah kenapa?

tak tahu nak jawab la,
saat saya sendiri tak de jawapan pada soalan anda tu,


kawan ada cakap,

Yana , mg jangan fikir bukan-bukan,
cuaca ni, penat lagi. takde nape2 eh!

Apakah wajah saya mengambarkan tahap kesihatan saya,
senyum saya tak cukup eh nak cover.
sungguh kematian itu bisa hadir
bilapun dia mahu,
namun aku cukup takut,
andai ungkapan syahadah tak mampu dilafaz
andai ucapan maaf tak mampu diungkap,
andai bekalan tak mampu menampung.



Moga doa-doa anda menguatkan saya.

******
sampai bila.
sampai kita jumpa layak jumpa DIA,
layak ke?
Hanya Allah yang tahu.


Penat,
ya, memang.
tapi selagi kaki boleh melangkah
selagi bibir boleh senyum, 
selagi ada hembus nafas.

percayalah,
ia akan hadir,
sering menemani,
sering mencabar,
sering menguji.


ujian Allah,
saya masih bersangka baik.
saat saya pinta Allah buat pilihan untuk saya,
saya diuji,
saya keliru,
apa ni,
jawapan atau masih ujian.
tak pelah.
saya kuat kerana Allah,




masih ada ujian
masih ada sayang,
maknanya.


:)

Friday, 21 March 2014

Tak sangka macam ni?

Bismillahirahmanirahim



Personaliti berbeza?


senyum dia tu , marah dia tu. itulah dia.

situasi time [DIPLOMA]

M: dulu tengok yana dari jauh mcm sombong je, takut nak tegur.
Y: eh, takpe , kenal dulu baru tahu.
M: gini eh yana sebenarnya,
Y: [senyum suda]

situasi tadi [DEGREE]

F: orang tak sangka yana macam ni, lawak.
Y: huhu, yana memang gini la, kenal dulu baru tahu.
     time tegas tegas, time budak2 haru jadinya.



****

Biarkan orang berbicara,
biarkan orang menghukum,
masih tersenyum,
masih menerima.

Diam,
biar masa, dan ketika 
merungkai siapa saya.
tidak baik,
tidaklah sempurna.
masih mencari hakikat diri
Yang penting redha dan pandangan ilahi .

Dia akan biarkan manusia terus menghukum.
kerana dia penat letih,
mempertahankan dirinya :)

saya :)

Friday, 28 February 2014

Dari Cik Arau untuk Cik Kota baharu

Bismillahirahmanirahim,


Alhamdulillah , Allah bagi peluang untuk kita sambung perjuangan ini sahabat. Masa saya tulis ni, saya memang terdetik untuk hadiahkan awak kata-kata ni,

ia bukan emas pertama , cuma sandaran kata dari insan bernama sahabat.




Assalamualaikum , cik kota baharu,
saya tahu, cik Kb berat hati sangat, sedih, yelah nak tinggal family kan,  Cik Arau  pun lalui benda yang sama, mula-mula macam tak rasa papepun, semakin dekat semakin rasa sayu, normalkan benda tu,


Cik KB, sekarang awak ditimur saya di utara,
Tapi awak kena ingat ada jambatan yang sentiasa menghubungkan kita,
doa. awak doakn kita, kita doakan awak.


Cik Arau ni tak kuat pun,
Tapi  Cik Arau nak Cik KB kuat,

Moga kita saling menguatkan,
saya nak kuat kerana Allah untuk salurkan kekuatan yang sama untuk awak Cik KB,
so saya nak Cik KB kuat kerana Allah untuk salurkan kekuatan yang sama untuk  Cik Arau okey.
saya ingat lagi awak cakap ada Allah antara kita,
so Cik KB jangan takut okey.



Cik KB, saya tak janji KB itu macam dungun,
macam kampung Gong Tok Nasek,
Tapi apa yang pasti,
Allah takkan campak kita kat sesutu tempat,
melainkan DIA nak hadiahkan sesuatu.
sesuatu itu "Kekuatan" "ketabahan" "berdikari"


Senyum eh, saya lambai dari jauh.
Kat mana pun kita ingat Allah ada.
Bila ujian datang , didik hati untuk bersangka baik dengan DIA eh.





Cik KB aka Raja Noraimah, Cik Arau aka Nurliyana,
 doakan moga Allah limpahkan kekuatan dan keredhaanNya atas laluan yang DIA pilih untuk kita ^^


Tuesday, 4 February 2014

Spirit and support!

Bismillahirahmanirahim,



Tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ia pasti menghampir
Jantung hatipun tak berdaya

Hanya menangis tanpa suara


Pagi tadi duk baca blog-blog dalam list |TarbiahCilipadi| saya tu. banyak jugak dapat ilmu.

Macam-macam dibicarakan dalam tu. masuk blog fyy berbicara pasal ujian. benar, andai kita tahu erti ujian tu kita akan tersenyum, sayang tak ramai yang sedar hakikat keindahan ujian tu. saya juga tak nampak kemanisan tu dulu, tapi sekian lama ditarbiah ilahi, yang pahit pun jadi manis. 


Masuk blog Hanis, Allahu bicara kematian. Terasa dekatnya kematian, lantas saya senyum, mati itu jalan untuk bertemu Allah. kita lari, kita hindari ia akan tetap hadir. Ingat mati , hati akan terubat. hidup hati tu.


Blog Mato, ukhuwah. Sejauh mana pun orang itu berlalu pergi dari hidup kita, ia tak pernah jauh sebenarnya. selama mana kita terus menerus mendoakannya.




|terima kasih untuk ni, kadang ia hadir saat saya buntu tak tahu nak share dengan siapa, tetiba masej masuk. Terima kasih Ya Rabb|

 sebenarnya saya rasa semua tu, namun kembali memendam rasa macam dulu. biar apapun pandangan orang sangkaan, saya dah tak mampu nak explain nak backup diri saya. saya akan jaga selagi termampu.

Ini diri saya yang baru, setelah saya sedar saya boleh percaya kan dia untuk tolong awak. saya yakin dengan dia (:


Indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas. Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya. Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy!


Jangan lupa surat cinta, beribu kali dibaca takkan ada jemu, kerana disitu bertemunya cinta hakiki. tenang (: