Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum.
Rasa macam lama tak update, memanglah sebab januari ni satu je entry, masuk yang ni dua lah . Sebenarnya, laptop pun jarang pegang jarang bukalah jawabnya intai intai dekat phone sajalah. Taknak bebel, nak kongsi satu lagi buku yang saya dah baca tahun lepas, konon, bulan lepas je pun.
ISBN 978-967-14276-0-6 HADI FAYYADH RM 29.90 |
Sebenarnya buku ini saya rasa sejak awal ytahun lepas ada dalam rumah saya, dan semestinya bukan saya yang beli sebab buku-buku yang saya beli mesti dah asing mana baca mana belum baca. Saya banyak terbaca komen pasal buku ini. Non muslim pun ada yang baca. Jadinya saya cuba rajinkan diri untuk habiskan baca buku yang sedang saya baca ketika itu untuk baca buku ini.
sejujurnya saya tak habiskan buku ni dalam satu hari or satu jam, tapi tak sampai seminggu sebab saya baca time nak tidur, jadi kadang kadang terlena juga.
Buku ini pasal apa?
Buku ini mencerita tentang perjalanan di barzakh. Ya perjalanan selepas kita mati. Macam macam, pengalaman yang kita selalu dengar, tapi bila baca buku ini kita dapat rasa sendiri.
Macam mana kita disni gambaran kita disana. Allahurabbi. Sedih sebab kita tahu diri kita macam mana, dan kita tak boleh nak bayang macam mana kita nati.
Paling terkesan?
Ayat, "Kat neraka ni ramai sangat orang perempuan" dan kau perempuan. Sekecil kecil benda boleh buat kau duduk dalam neraka tu.
Pada akhirnya, penulis simpulkan rahmat Allah tu luas, dan Allah pilih siapa saja yang Dia nak bagi hidayah. Indah pada awalnya tak semestinya indah pengakhiranya.
Bagi saya buku ini saya katagorikan sebagi MUST READ. InsyaAllah :)
Sinopsis dari web penulis;
Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke sebuah dimensi dunia yang tidak bertepi.
Raungan dan ratapan Humaira, mengembalikan nostalgia aku kepada seorang wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahanmu? Aku tahu kau bukan begitu.
Bayi kudung, tidak punyai kaki dan tangan tiba-tiba mengejar aku sejak dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah yang cukup asing, gurun oasis, fatamorgananya berbeza dari segala. Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus hitam pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan.
Wanita tidak berwajah, rambut merebah ke tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Disana aku terlihat, ada manusia dipuncak bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya. Hanya kedengaran suara pekikan, lolongan bagai dimakan haiwan kelaparan. Aku berlari, bagai tidak miliki kaki. Masa melintas aku kedepan.
Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku tidak faham dimensi dunia yang berlainan. “Fayyadh, takutkah kamu?” badanku luruh bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam. Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk suram. Mereka langsung tidak berbicara.
Siapakah aku sebenarnya? Seorang jejaka yang mengintai cinta dari pemilik rahsia keagungan solehah sejati, Humaira Shahira. Tampak keluhuran yang terlukis di raut wajah sang wanita yang mendambakan kasih sayang tulus dari Tuhan.
Jauh di sudut hatiku, menukilkan rasa cinta yang mendalam. Namun hasratku tidak kesampaian hanya kerana kisah silam yang memalitkan kelukaan.
Apakah kisah silam yang ku rahsiakan sehinggamemalitkan kelukaan di hati lalu membenamkan akuke dimensi Barzakh yang bergentayangan?
Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah aku selamat dari dikejar bayang-bayangan misteri?
Bagaimana mungkin ‘Makhluk’ yang tidak berwajah, rambut merebah ke tanah itu cuba untuk mendekati aku, apa pula perkaitan dia sebenarnya?
Aku terperosok ke alam yang tidak bertepi, pelik, dan aneh. Aku melalui keperitan dan kesengsaraan sehingga ‘Barzakh’ mencengkam hati dan sanubari.
Ular hitam besar yang membelit, mampukah aku berdepan dengannya? Siapakah pula lelaki tua yang setia ikut serta bersamaku namun akhirnya mati ditelan Ular hitam pekat, bersisik dari Api.
Aku merentasi sebuah negeri, penduduk negeri itu ngeri, kenapa? Mereka itu makan muntah dan nanah? Pemudanya mengheret batu di kepala. Semuanya diam tanpa berkata-kata.
Mataku bagai dipercik kilauan permata. Wah!! Indahnya mempersona, taman-taman ini mengalir di bawahnya sungai-sungai bertingkat-tingkat. Anak-anak kecil membawa bejana emas dari istana. Aku dimana sebenarnya?
Seseorang yang mengaku bahawa dia adalah Nabi Isa mengejar aku dari belakang.
Apakah benar dia adalah Nabi Isa atau hanya jelmaan Iblis? Apakah hujjah yang digunakannya? Adakah aku selamat dari godaan ini? Dia meninggalkan aku dengan dilemma dua soalan yang menggugah Iman tipis seperti aku. Apakah Soalan yang ditinggalkannya?
Api juga berbicara denganku. Ia menguntaikan wasiat kepadaku, lantas membuatku pilu dan terkedu. Sungguh disini, keperitannya bukan lagi kepalang. Sekali kau melihat, selamanya akan membuatkan kau terikat. Apakah sebenarnya wasiatapi yang ditinggalkan untuk diriku?
Aku ingin mencari jawapan kepada setiap kunci persoalan tentang apa yang telah aku lalui sepanjang kembaraku disini, namun bagaimana mampu kutemui jawapannya?
Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang didengarinya? Sekali lagi apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini?
Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-mimpinya? Bagaimanakah pula Fayyadh menamatkan destinasi Barzakh yang dilaluinya?
Jawapannya akan disingkap satu persatu di dalam Novel ini. Ia mampu menggegarkan jiwa anda, membingkiskan rasa bertuhan dan mengingati kematian.
Anda akan dibawa menelusuri suatu gerbang emosi yang padanya diberi sentuhan visualisasi, sehingga terasa anda yang mengalaminya sendiri. Dengan izin Allah ia mampu mengubah paradigma anda tentang dunia, cinta dan perkara yang berkait rapat hal-hal mistik dan misteri.
Kita hanya pengembara, berkelana sementara. Aku, kamu dan sesiapa pasti akan kembali ke perkampungan abadi selamanya.
0 comments