Sejenis Hobi : Travelog Impian Abadi & Kehidupan Abadi

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 16:30:00

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim, 

Oleh kerana entri pasal buku dah terperam lama dalam draft, jadi saya jelma kan, mana tahu ada yang mencari pasal apakah buku ini. Okey , buku yang akan saya perkatakan ini sebenarnya dah lebih 3 tahun saya beli dan baru baru ni saya baca balik sebab tak ada buku baru dah.  Satu sebab lagi sebab saya suka baca buku pasangan Prof Kamil iaitu Puan Roza.

Sebenarnya buku ni ada 3 rangkai, tapi saya beli dua saja. Motif utama sebab dalam tu ada kisah di UiTM Dungun. kikiki,[ 3tahun lepas saya study kat sana], sebab kedua BB1M saya tidak mencukupi ketika itu, hehehe.



Buku pertama Travelog cinta abadi.. masa yang berlalu [ Tak beli]
Buku Kedua :Travelog Impian Abadi ... itu yang tertulis
 ISBN 978-967-366-055-1
Buku Ketiga : Travelog Kehidupan Abadi ... Perjalanan menuju dewasa
ISBN 978-967-366-145-9

ROZA ROSLAN

Travelog Impian Abadi, buku ini mengisah kan tentang seorang gadis kampung, yang mempunyai cita-cita besar untuk mengubah nasib keluarganya. Yang mana Gadis ini mendapat tawaran ke ITM Dungun, dalam jiwa anak remaja yang belum pernah berpisah jauh dari keluarga akhirnya  bertekad demi mengejar impian nya. Seorang remaja yang mempunyai cita-cita untuk ke luar negara.

Kisah Puan Roza, seolah meletakkan saya pada tempatnya, saya membaca buku ini seolah ia catatan saya. dari tempat belajar hingga lah ke alam pekerjaan. Kesukaran untuk  mendapatkan pekerjaan pada ketika itu mengajar erti ketabahan kesabaran, dan tidak lari dari soal hati.


Satu ayat yang terkesan pada saya , ketika mana Puan Roza, meninggalkan kawan kawan kampung nya untuk melanjutkan pelajaran ke Dungun.

"..Mungkin ini kali terakhir bagi kami bersua muka, bergurau senda, dan bertutur kata. Jika bertemu sekali lagi, kami tidak lagi seperti dulu. Masa, keadaan dan tempat pasti mengubah segalanya. Barangkali ini sahaja saat saat manis , kenangan indah kami bersama ketika remaja.."


 Travelog Kehidupan Abadi ... Perjalanan menuju dewasa, sesuai dengan tajuknya, kisah ini menceritakan tentang kehidupan Puan Roza setelah berkahwin dengan Senior  yang dikenalinya ketika di UiTM Dungun.

Dilema sebagai seorang isteri dan anak perempuan, bagi saya sebagai seorang anak perempuan saya selalu berfikir bagaimanakah kehidupan saya dan ibu bapa saya setelah saya kahwin, begitu Puan Roza, dia selalu terfikir apakah dia sudah pun menjadi anak yang terbaik buat keluarga, apakah  dia sudah pun membanggakan kedua ibu bapanya.

Tuntutan sebagai seorang isteri serta ibu, membawa pembaca meyelami ketabahan seorang wanita yang punya keinginan namn terbatas dek tanggungjawab yang lagi besar. Kehidupan Puan Roza di Luar negara ketika menemani suaminya melanjutkan pelajaran, juga menggambarkan sifat seorang wanita yang punya keinginan itu dan ini. Beliau sanggup mencari kerja apa saja demi memenuhi keinginan hatinya, namun pada akhirnya ia mengajar kita untuk tidak terlalu mengikut kehendak hati. Pada akhirnya penulis sendiri belajar hidup ini , tak seindah yang kita rencana kan, namun segalanya punya hikmah tersendiri. 


".. manusia datang dan pergi.. ia lumrah alam. Yang patah akan tumbuh. Yang hilang pasti ada pengganti. Ya barangkali serupa ... tetapi tidak sama.."


Satu ayat yang selalu Puan Roza Ulang,:

"Berbanggakah mereka?" 
[ merujuk kepada ayahandanya serta keluarga  ]

  • Share:

You Might Also Like

31 comments

  1. Tak penah baca lg buku tulisan roza roslan .. Bca apa yg kak yana review, menariklah pulak. Nyesal pulak baca entry nih. Nnt duit melayang .. Hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjam yana je laaa kim chaa... Upah dengan kimchi... He he he...

      Delete
    2. oppss hahah, tapi serius menarik !

      Delete
    3. Ss, yana tak suka kimchii ! hahha, upah dengan buku lain! itu boleh

      Delete
  2. Serupa x sama atau sama x serupa?
    * ada panadol? Mintak sebijik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pening dah , tok sah pikiaq lain kali SS..
      *hulur panadol

      Delete
  3. penuh inspirasi..wanita..anak..isteri...biarpun sudah bergelar isteri tetap membayangkan dan memikirkan kedu ibu bapanya..yes rasanya begitulah yang dirasai kebanyakkan wanita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak , penuh inspirasi , memang terbayang bayang yana, nani kalau kahwin macam mana mak ayah

      Delete
  4. Oh Yana! buku yg hari tu saya belum baca habis lagi...tengok review ni rasa macam nak tmbah pulak koleksi buku akan dibaca... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, opsss. tak berbaloi untuk dibaca ! :) nak nak kita girl!

      Delete
  5. kaknoor tak pernah baca buku Puan Roza, tapi pernah baca buku Prof Kamil
    Bersyukur ketika di Uji, memang menusuk kekalbu dan menangis jugak akhirnya.
    alhamdulillah awal tahun baru ni Puan Roza dan Prof dtg ke Brunei dan dapatlah kaknoor berjumpa face to face alhamdulillah semua nya dgn izin ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah , buku tu memang penuh ibrah kak noor. Alhamdulillah rezeki kak noor dapat jumpa pasangan ni. Yana tak ada rezeki lagi :)

      Delete
  6. Akak ada SEMUA buku diaorang ... hihihi...

    Peminat tegar i ni...

    Uni maya MKI pun I join

    ReplyDelete
  7. dah lama tak singgah sini, cantiklah blog yana =)
    jujurnya akak dah agak lama tak baca buku
    banyak mengadap wattpad kalau itu boleh dikatakan buku =)
    tapi macam best cite dia berdasarkan apa yana tulis
    nice sharing anyway =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala blog yana biasa aje kak, wattpad tu macam mana selalu dengar orang guna, tak kita lagi enjoy baca buku , sebab dapat bau dulu kekekekke. thanks!:)

      Delete
  8. bestnya buku2 tu...ku pantang tgk buku..mesti nk cari jgk tambah2 kalau buku tu mmg byk good review...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe, sama lah kalau buku tu banyak review yang best best mesti nak cari jugak

      Delete
  9. novel penuh inspirasi..
    menarik.tp blm pernah mmbcanya hasil karya beliau

    ciksu pon ade dua buah novel yg blm dibuka lagi dpt msa ke event dato siti hri tu..

    ReplyDelete
  10. Macam menarik je buku ni.. tp mummy la ni tahap baca buku nipis2.. kalo tebal2 makan tahun.. hehehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, tidur makan bersama buku la jawabnya mummy

      Delete
  11. Wanita yg byk berkorban..itu sbb wanita tu lebih tabah dari lelaki

    ReplyDelete
  12. nampak macam menarik buku ni

    ReplyDelete
  13. Akk sekarang ni tak sempat nak baca novel daaa yana..busy ngan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah, faham kak , yana kalau anak buah datang pon duk layang dia je , tu baru sorang;)

      Delete
  14. tingat opismet sy yg beria2 cerita psl karya puan roza ni... ;-)

    ReplyDelete