#KonvokesyenUiTM84 Part 1

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 09:02:00

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah dah hampir seminggu dah istiadat konvokesyen berlalu, baru nak start bercerita kat blog ni, sebagai tanda kenangan. Yang boleh saya gambarkan kat sini konvokesyen ketika zaman diploma jauh berbeza dengan degree, nak tahu kenapa jom start baca.

Semua bermula bila, kawan kecoh kecoh dalam group whatsapp cakap wajib buat clearance. Saya dan beberapa orang kawan saya dah cakap tak mau buat clearance sebab jauh dan kos. Itu tak campur lagi kepenatan berganda. Tapi bila dah depa cakap kena buat, jadi kami redhakan saja. 

Ini berbeza masa diploma di UiTM Dungun sebab, dekat sana ada sistem ikolej dan kita boleh  buat clearance melalui atas talian saja (okey skema). Jadi pada pelajar -pelajar yang duduk luar dari Terengganu takpayah susah -susah datang hanya semata-mata nak buat clearance . 

Saya pula yang nekad tak nak pergi buat clerance dengan harapan, adalah cara atas talian yang sama di Arau. dan hasilnya adalah kecewa. Oleh sebab kena pergi juga, "Gang Blok Kolej Sahaja" buat keputusan nak pergi 14 April yang lepas, kiranya last minute jugak lah tapi ada lagi yang last minute dari kami. Jauh so faham saja lah.


14 April bertolak dari Terengganu. "Gang Blok Kolej Sahaja" 2 dari Terengganu, 2 Dari Kemaman 3Kelantan. lagi 2 buat asing sebab ingat kitaorang tak nak pergi. Alhamdulillah sampai kangar, dalam pukul 6.30 pagi, pergi solat dan suprisely tandas kat stesen bas ni dah okey surau pun dah lagi baik dari dulu. Kalau tak hanya tuhan saja yang tahu. 

Yang dari kemaman lambat sampai 8.oo lebih , jadi kami decide sarapan dulu baru gerak masuk UiTM. Nak dijadikan cerita kami naik bas berhenti-berhenti tu, first time sebab sama study tahun lepas tak ada lagi bas tu. Bas tu kosong dan hanya kami je yang naik, Duduk dua sit sorang hehe. Bas itu kamu punya.

Tak lama pun masa yang diambil kalau nak ke Arau dari kangar, cumanya kami ke Stesen Kereta api dulu sebab ada sorang dari "Gang Blok Kolej Sahaja" nak balik naik KTM, sampai sana tiket tak ada. Nak buat macam mana kan . Dia kena naik bas jugak la jawabnya.

Pastu fikir lagi dari KTM nak ke UiTM tak jauh tapi kalau jalan kaki dengan beg ni konferm tak sampai dah pengsan. dan kat situ kami jumpa Van UMMUL, mana mana budak UiTM Arau konferm pernah jumpa kan, nak nak yang selalu pi CMART tu. Alhamdulillah pakcik tu hantar sampai dalam UiTM. Kami teruskan perjalanan ke Pusat Islam UiTM. nak mandi mandi dan siap siap nak buat clearance.

***
Misi Clearance bermula.


Siap semua, kami bergerak ke Pejabat Hea, ambik borang isi. Tengok borang kami mula rancang nak kemana dulu sebab Arau ni panas dan agak meletih kan dari satu tempat ke satu tempat. Antara tempat yang perlu diclearkan;
  • KPP
  • Kolej,
  • Kokurikulum
  • Perpustakaan
  • Makmal
  • Bendahari UiTM
  • Polis Bantuan
  • Timbalan rektor Hea
Jadi kami pun pergi lah Pejabat Ko-ku dulu, naik turun tangga kami dapat tahu, semua staff UiTM ada perjumpaan hari tu, dan Encik Student yang jaga pejabat tu suruh kami datang balik lepas jumaat kecewa dan takut tak dapat habiskan clearance hari tu jugak , sebab malam tu nak bertolak balik ke destinasi masing masing dah.

Tak pulus asa kami cuba lagi, ke Perpustakaan , Alhamdulillah ada staff yang jaga . Dah satu cop, next ke Pejabat Polis Bantuan, nasib kami baik sebab tak lama kami tunggu sebab Encik Polis tu dah balik dari perjumpaan staff tu. Dapat lagi satu cop. Kemudian perut dah bunyi , kami rancang ke pejabat kolej  pulak, lepas tu makan!
 A: kita ni macam Running Man doh , lari situ lari sini,B: eh bukan... kita  Running Girls, hahha


Alhamdulillah urusan nak dapatkan cop dipermudahkan, pastu kami pergi makna dekat kesinai Chu Cafe, lama duk situ dah nak balik Pusat Islam Tak boleh sebab ada solat jumaat, then kami decide nak pergi perpustakaan untuk rehat rehat sebelum berjalan lagi, masih ada 4 lagi belum cop, sepatutnya 5 dah kami tak terlibat dengan makmal so tolak satu.


Lepas jumaat, kami terus pergi Pejabat bendahari, Puan yang bertugas suruh tunggu tepat 2.30 ptg baru boleh minta cop hehe, Duduk lah kami disitu sekejap. Lepas tu pergi lagi Pejabat Kokurikulum Bangunan HEP seterusnya ke Pejabat KPP dan akhir sekali di Hea ntuk ambil tanda tangan Timbalan Rektor HEA. dan saat paling gembira + sedih . Sebab dah settle tapi kad pelajar kami diambil atas sebab ada yang salah guna kad tu lepas habis study. Kenangan tu, kami bayar kot kad pelajar tu. Takpelah . Dah snap gambar kenangan.



Selesai semua cop, kami siap siap kat Pusat Islam lepas asaq bertolak ke kangaq. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Sampai rumah masing masing semua duk update feeling tired , kaki lengoh bak ang tuhan je tau.  Next...... 

Bersambung.

  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. alah, bersambung pulak haha, anyway TAHNIAH !!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe, lenguh tulis panjang panjang nanti tadak orang nak baca XD
      btw terima kasih , Alhamdulillah

      Delete
  2. alamak! tak lama lagilah kena feel macam running man nih! memang sakit untuk buat clearance...thanks for sharing yana! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh get ready dekat kampung tu selalu selalu lah belari kelililng kampung praktis XD

      Delete
  3. Allahu...akak boleh bayangkan keletihan yana dan kawan kawan...subhanAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, agak letih jugak , tapi memang kena lalui :)

      Delete
  4. Sebenarnya... clearance tu apa?

    Hihihi.. sowy bukan alumni uitm... so kawe dok tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeh, clearance = kita kasi clear semua hahhaha.
      clearance ni satu proses nak bersih kan nama kita dari uitm , itu bermakna kita settlekan segala pemasalahan kita dengan uitm sebelum kita keluar dari uitm, memang kena buat seblemu konvo kalau dok memang tak buat.

      kalau masa buat clearance ni kot ada saman dengan polis bantuanke, hutang library ke , kita kena settle dulu kalau tak tak boleh konvo! :)

      pehe dok?

      Delete
  5. nampak jugak kepenatan nya tu kan sis.. tapi takpelah janji seronok, buat pun dgn kawan2 kan... :)

    ReplyDelete
  6. kenangan.. kenangan... kenangan lama menggamit perasaan

    ReplyDelete
  7. yg baca ni pun leh rasa penat tu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya utk yana

    ReplyDelete
  9. laaa kenapa amik balik? kami dulu amik je hehehehe

    ReplyDelete