Thursday, 23 June 2016

#Ramadhan: Bagaimana Ramadhanmu?

Assalamualaikum,

 Bismillahirahmanirahim.


Ramadan-Kareem-2.jpg (6900×5174)


Semalam rabu , Imam bagi tazkirah lepas terawih, saja nak share moga bermanfaat. Imam ada cakap bulan ramadhan ni ada tiga jenis perangai manusia dalam beribadat [Istiqamah]. 
Golongan pertama, Pecut pada permulaan dan makin hari makin slow dan slow. contohnya senang saja, tengok masjid kita lah, pada hari mula mula terwaih penuh sampai keluar, makin hari makin sedikit , makin ramadhan ke penghujung semakin kita pinggirkan masjid. Mula sibuk dengan hari raya , persiapan , shopping dan sebagainya.
Golongan  kedua, slow dan steady, dia mulakan ramadhan dengan sedikit ibadah, semakin lama semakin bertambah amalannya. Sedikit demi sedikit dia lipat gandakan amalan. Contohnya, hari pertama solat terawih 8 rakaat, hari berikutnya bertamabah lagi dan lagi.diikuti dengan tambahan amalan sunat yang lain. Semakin hari semakin semangat.
Golongan ketiga, Pecut pada 10 malam terakhir.  Demi mu lailatul Qadar. Imam cakap , ramai yang fokus pada 10 malam terakhir sedangkan ulama' ada khilaf pasal lailatul qadar ni.  Ada ulama' menyatakan boleh jadi lailatul  qadar tu terjadi pada fasa pertama atau kedua, tapi pendapat yang kuat menyatakan dia terjadi di 10 malam terakhir. Taksalah pun tapi apa salahnya kita hargai ramadhan tu dari mula hingga ke akhirnya, sebab rahmat ramadhan tu bukan hanya ada di 10 mala terakhir.

Jadi kita yang mana? Tanya diri, muhasabah , rasa semangat bila Imam cerita pasal ni. Insaf ! Kalau dalam bulan ramadhan itu sendiri kita dah tak mampu nak istiqamah , jadi bagaimana kita nak bawa amalan yang sama pada bulan bulan selepas itu. 
Wallahualam. 

[p/s: nota buat nurliyanazulkifli ]

20 comments:

  1. harap next year dpat berterawih di masjid..
    sejak ade rania hanya bertadarus je..

    ReplyDelete
  2. Sedih sebenarnya... Ramadhan makin meninggalkan kita...
    moga berjumpa lailatul qadar..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada buat kita tahun depan Aaamiin insyaAllah

      Delete
  3. Assalammualaikum Yana..sebenarnya setiap malam di bulan ramadhan perlu kita manfaatkan sebaiknya kerana setiap malamnya sangat indah..terlalu indah..10 malam terakhir itu hadiah daripada Allah kepada kita yang terus istiqhomah menjaga setiap malam baik yang telak berlalu atau bakal hadir di bulan penuh kemuliaan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak, betul , sekrang ni moment tu la yang kita rindu, cuma malam malam bulan yang takkan pernah sama rasanya dengan ramadhan

      Delete
  4. semoga kita semua diberi kekuatan untuk tingkatkan amalan sehingga penhujung ramadhan kelak....Amin!

    ReplyDelete
  5. Mudah2an fasa terakhir Ramadhan ni dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya :)

    ReplyDelete
  6. Semoga kita beroleh keberkatan pada bulan ramadhan kali nie.. Amin

    ReplyDelete
  7. Harap kita sentiasa istiqamah dlm melakukan amal ibadah dr awal hingga hujung ramadhan. Dan kemudiaannya, dikdiikuti di bulan syawal dan bulan2 sterusnya. :)

    ReplyDelete
  8. sedihnya baca luahan hati ramadhan.. harap ramadhan kali ni tak berlalu dengan begitu shj..

    ReplyDelete
  9. adeh teraaasa.. huurm memang pun. bila last2 campur dgn kerja yang makin banyak before cuti raya.. tergendala semua amalan..

    ReplyDelete