Edisi Masak : Biskut Chip Coklat

By The KehalusanKelembutan - 22:45:00

Bismillahirahmanirahim.
Allahuma Soli' Ala Muhammad

Dihujung hujung tahun mood baking tiba pulak ditambah dengan permintaan dari kesayangan. Semalam buat kek coklat  permintaan dari kaklong, hari ni buat biskut pulak. Permintaan dari hati sendiri plus sibongsu sekali. Mula mula macam tak jadi je nak buat hari ni, pastu kak long cakap,  

"mu ni, kalau orang dok balik, mu masok sedap sedap sokmo, hahaha"

ok ok , nok masok la kekgi.hehe.

Ok, tengok bahan , tengok resepi maka jadilah, loyang pertama, keluar dari oven tak sempat sejuk datang sorang ambik datang sorang ambik, Fuh, sedap la gamaknya ye. Masa raya haritu dah buat tapi yang tu warna gelap sikit sebab letak coklat kali cerah sikit. 



Bahan A 
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan marjerin
1 cawan minyak 
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil baking soda
badam hiris [ goreng dulu]
 choc chips 

1) Pukul bahan A hingga kembang 
2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan B
3) Kacau gunakan senduk kayu sehingga menjadi doh
5) kemudian rehatkan 1 jam-2 jam dalam fridge
4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu.
6) Bakar setengah jam (oven saya,)

Boleh la cuba, resepi ni saya ubah sikit, atas ketiadaan bahan dalam resepi asal  SINI

dan esok, Kak long request suruh buat semperit, amboi beraya la kita gamaknya ye. 
Selamat Hari Raya ! 
eh:)


  • Share:

You Might Also Like

39 comments

  1. Uishhh terus lapar tengok biskut ni! Mesti semerbak wangi satu rumah bakar biskut kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya :)
      sebab tu ramai yang menyerang ^^

      Delete
    2. Alhamdulillah , kali pertama rasanya tak macam biskut biskut yang pernah yana buat sebelum ni, yana dah dapat rasa yang yana nak , macam kat kedai tu

      Delete
  2. Replies
    1. sedap ! hehehe..
      sila cuti nanti cuti ok yanie :)

      Delete
  3. sedapnya sedapnya sedapnyaaaaaa ! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi amboi hahahah , buat la buatla buatlaa! :P

      Delete
  4. Eh, dah nak beraya ke kita?? Haha. :P

    ReplyDelete
  5. Kudap2 ke Yana. best je kalau jadi kaklong ngan adik bongsu tu. request2 je ada orang buatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, ala sekali sekala kumpul buat terus , mood rajin sebelum cuti sekolah berakhir

      Delete
  6. Tganu raya "awal" ea thn ni?
    Ke raya 2 kali?
    Hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagia kak , alhamudlillah tu terawal tu ^^

      Delete
  7. Boleh buat jual raya nanti yana..

    ReplyDelete
  8. Akk dh lmax baking biskut.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, akak boleh la cuba insyaAllah puas hati ^^ , tapi zahra kena bagi kerjasama la :)

      Delete
  9. cara cakap tu macam orang ganu...hehe

    bestnya ada kelebihan buat cookies

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah org ganu.

      best sebab bila bila nak buat je, cuma kena ada kerajinan

      Delete
    2. owh...orang rumah saya orang terengganu

      Delete
  10. Wahh.. bestnya kalau pandai & rajin masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kalau rajin , tak best kalau malas sebab tak merasa hihi

      Delete
  11. cara kak long yana cakap sama cam adik akak
    asal dia takde, baru nak masak sedap katanya
    abis tu dah masa dia takde aje rezeki berlambak...haha

    akak pun suka baking lately. lagi seronok bila orang makan
    masak sebab suka tengok orang makan aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sep kita gang !
      suka tengok orang lain makan apa yang kita masak :)

      Delete
    2. biasanya semua adik kaak macam tu kan?

      Delete
    3. haah ! suka tgk org makan pun boleh bahagia

      Delete
  12. Replies
    1. nanti nak raya kita open order boleh la tempah ! kehkeh

      Delete