Sejenis Hobi: "Bedtime Stories Sentap Siri Kedua "

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 15:58:00





Bismillahirahmnirahim,

Hari ini satu buku saya nak share, sebelum ni BSS satu, sekarang BSS dua, sebuah buku yang mentadabur ayat ayat terpilih dari 15 juzu' terakhir. Actually seronok bila baca dan kita faham apa yang kita baca, mudah mudahan kita diberi kefahaman. 


BEDTIME STORIES SENTAP2 -SHUKERY AZIZAN




dan hari ni saya nak share satu ayat dari juzu' 23 yang diceritakan dalam buku ni dengan tajuk (skema sangat) "DAH BERPUTUS ASA KE? Ayat terpilih ialah suruah  Azzumar ayat 53. 


Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;  sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.



Dalam ayat Allah kasi tahu, bahawa walau dosa kita setinggi gunung, sebanyak buih buih dilautan, Allah tetap terima kita. Ya tetap tunggu kita balik cari DIA. Maha penyayang sungguh Allah ni, So kita as manusia yang selalu bertanya tanya 


"dosa aku ni banyak, aku malu, aku takut Allah tak terima aku dah"


No! Allah terima kita lagi dengan syarat bertaubat bertaubat dab bertaubat. Rahmat Allah lebih dari segalanya. Buat kita aka SAYA yang menggunung dosa, jadikan lah ayat ni pembakar semangat untuk terus bertaubat dan bertaubat!


****

Saya pernah terbaca dan tertarik dengan satu ayat, Doa syaitan laknatullah tu pun Allah makbulkan,(panjangkan umurnya hingga hari kiamat), ini doa kita hambaNya, so jangan putus asa,sampai masa Allah makbulkan. :)


Ustaz Adnin (Tarbiah Sentap)
Pintu taubat takkan terbuka dengan sekali ketuk, maknanya taubat banyak banyak kali sebab kita tak tahu taubat mana Allah pilih kan :)

  • Share:

You Might Also Like

28 comments

  1. Allah maha pengampun. so kite sbg manusia perlu ade sifat memaafkan. huhu

    ReplyDelete
  2. Pintu taubat tu sentiasa trbuka melainkan bila matahari terbit dr barat dan nyawa sudah ditarik.
    Buku yg bagus!

    #belum baca lagi. :)

    ReplyDelete
  3. buku yang bagus..perlu cari untuk koleksi nanti

    ReplyDelete
  4. assalamialikum
    best jugak ni kalau dpt buku ni teringin nk membaca boleh la kaknoor cari kat kedai buku nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak noor , InsyaAllah ada manfaatnya :)

      Delete
  5. bertaubatlah sebelum nyawa smpi di kerongkong

    ReplyDelete
  6. menarik lah Yana buku ni, kak ana ingatkan buku fairy tales tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih, boleh la cari kak, untuk anak anak pun sesuai sebab ia bergambar , takdelah banyak tapi nak suruh anak anak baca pon takdelah berat sangat

      Delete
  7. Menarik jugak .. kena msukkan dlm list ni .

    ReplyDelete
  8. tenang hati membaca.Doa itu senjata bagi kita orang Islam dan hambaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sebab tu berdoalah dalam bahasa melayu pun . ringkas ringkas pon takpe

      Delete
  9. Something worth to really ponder. Thanks, Yana.

    ReplyDelete
  10. Akak nak carilah buku ni. Nak bacakan kat Cekebon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, mesti Cekebon suka , nanti akak beli yang first dulu sebab 15 juzu pertama ada dalam buku pertama :)

      Delete
  11. Betul Yana...semua ada dalam Al-Quran..baca A-Quran dan baca terjemahan...bila faham akan rasa sedih sbb baru kita tahu Allah maha penyanyang sangat pemurah..buatlah JAHAT mcm mana pun Allah tetap beri REZEKI tetapi malu...jika kita tidak pernah bersyukur. Ye..buku ni memberi kesedaran kepada pembaca yang memahami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sis bila faham , terus masuk kehati, banyak persoalan kita Allah dah jawap. InsyaAllah bermanfaat

      Delete