Butik Muslimah Online

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 11:00:00

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.


Dengan perkembangan teknologi sekarang sebenarnya memudahkan kita dalam banyak perkara , namun gunakanlah dengan sebijak-bijaknya. Kalau diikutkan saya ni tidaklah terlalu cerewet dengan apa yang saya pakai. Cuma mak selalu pesan, pakai tu biarlah kita selesa yang paling penting Allah suka. Percayalah bahawa betapa susahnya saya nak cari tudung untuk hari raya, sebab kalau dikedai kedai biasanya jarang menjual tudung atau shawl yang labuh. Jika size biasa banyak menyebabkan saya berani membelinya secara online beberapa tahun lepas. Tapi semua tu telah berubah semenjak kebelakangan ini.


Kalau boleh diimbas kembali , beberapa tahun yang lalu, sukarnya nak cari pakaian yang betul betul memenuhi piawaian saya yang menampakkan saya ni cerewet yang amat. Kalau pergi kedai , rasa nak menangis sebab tak jumpa baju yang macam saya nak. Jujur saya cakap  saya masa study diploma, hampir kesemua baju yang ada dalam almari tu saya bawak. Tu pun satu bagasi je. Ada satu kes, saya kena cari baju warna  biru gelap untuk satu program tapi tak jumpa , saya menangis , saya cakap sorang sorang Ya Allah, bukan aku terlalu memilih tapi Cuma Kau faham apa yang aku nak. Menangis. Pastu, pujuk diri sendiri.


Tudung dan shawl, bermacam jenis dan gaya pemakaian kini semakin mendapat mendapat tempat dihati muslimah.

    
Di butik muslimah online, baju dan   skrit, serta  tudung yang dipilih  boleh dimix match dengan keadaan dan kesesuaian kita sebagai muslimah. Begitu juga dengan koleksi jubah dan baju kurung yang bermacam fesyen sekarang ni.Dengan pertumbuhan teknologi sekarang , dapatlah membantu muslimah macam saya ni. Tapi sekarang tak adalah sesusah dahulu. Dari pada tudung hinggalah ke kasut lengkap satu set ada. Cuma rajinkan diri untuk menggoogle.



Pelbagai jenis material jubah yang digunakan , kini kian popular bukan hanya dikalangan dewasa malah mendapat te,apat dihati remaja.



Tapi sekarang dah banyak dah butik muslimah online  melata macam cendawan tumbuh selepas hujan, tinggal tunggu kita buka dan pilih saja. Dari baju pakai hari-hari hingga baju untuk raya , pergi majlis dan  untuk majlis semua boleh tempah online je. Tunggu bayar dan tunggu sampai depan pintu rumah . Kos internet saja. Tak payah penat penat cari parking, jelajah satu dua kedai, dengan keadaan cuaca sekarang lagi lah kan kita lagi malas nak keluar.

Wahai muslimah ku sayang , peliharalah auratmu nescaya Allah akan membantumu, orang nak jaga aurat ni pun banyak dugaan sebenarnya, bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Credit to Zalora.



  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. A'ah betul. Dulu susah nak cari baju yg betul betul muslimah. Sekarang niih dah banyak. Tinggal masa nak pilih je dan check duit dlm poket. Hehe

    ReplyDelete
  2. betul..senang je shopping skrg..dah selalu beli kt online site je,xda bnyk masa nk kua shopping :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan banyak kelebihan jugak , cuma nak kena ada keyakinan je

      Delete
  3. Semua cantik2...suka tgk baju yg cantik2 ni

    ReplyDelete
  4. Salam singgah hujung minggu dik yana....suka tengok semua cantik dan memang menutup aurat...akak kalau ada berkenan....beli online jer....hihi

    ReplyDelete
  5. Salam singgah hujung minggu dik yana.... wahh....semua cantik dan memang menutup aurat.....akak kalau ada berkenan mesti beli online.... hihi

    ReplyDelete
  6. sekarang kita cuma perlu cerdik memilih je Yana.. :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Kita kena bijak memilih kan. ☺ Aurat paling penting. Sekarang byk jual online yang memenuhi citarasa muslimah.

    ReplyDelete
  8. akak lum pernah beli kt zalora ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalora best, 2x shopping kat sana brng smpi dgn cepat&mematuhi piawaian cikna,huhuu...;-)

      Delete
  9. ehh eh eh..mummy masuk salah blog ke ni...

    ReplyDelete
  10. Sekarang tinggal siapkan RM je. Pilihan ada macam2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan , no money no shopping, eh window shopping je boleh

      Delete
  11. Baju muslimah skunk ni pun dh cantik2 smpi naik juling mata memilih...;-)

    ReplyDelete