Monday, 25 April 2016

Tentang Buku

Assalamualaikum,
 Bismillahirahmanirahim.


Beberapa hari lepas, saya teman sahabat aka sedara pergi UiTM Kuala Terengganu, katanya nak ambil baucer buku. Sebenarnya dia ni budak UiTM KB, tapi macam jauh saja , jadinya boleh tuntut kat cawangan lain. Kenapa tak ambik dekat KB saja sebabnya, dia dah habis study, awal tahun ni. Saya pula dah tak dapat BBIM ni sebab dah habis study tahun lepas cuma konvokesyen nya lambat sikit. 


Lepas settle semuanya, kami terus pergi bandar tujuan utama kedai bukulah. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi terus tapi something happen yang bawa kami terus ke bandar. Sampai tu, sahabat ni hulur satu keping BB1M kat saya. Katanya hadiah teman dia kesana kemari. Saya pulak tak tahu nak cakap apa segan. Saya tak harap apa-apa. dan tak expect pun dia akan bagi BB1M tu kat saya sebabnya.


Sebabnya, kami punya perangai yang sama , masuk kedai buku berjam-jam dalam tu. Macam dapat emas berketul-ketul.Dia tahu saya macam dia, dia tahu saya ni pantang jumpa buku, pantang masuk kedai buku. dan dia tahu lama dah tak berbelanja buku.  Awak tahu sekeping BB1M tu sangat berharga untuk orang macam saya ni. Dapat lah saya dua biji buku dan satu buku latihan untuk adik saya.


Kamu tahu apa yang lebih berharga untuk orang orang macam kami, bila kami duduk duduk sembang, selalu soalan ;

"buku apa yang terbaru dan best"

 dan saya tanya dia

" buku awak yang tu dah abis baca? saya nak baca". 


Kami bertukar mana mana buku yang dia atau saya tiada . Macam library bergerak pulak rasanya. I wish I have a mini library at home"


dan, apa pandangan anda bagi yang "menukar" BB1M dengan wang?

18 comments:

  1. Seronok bila dapat masuk kedai buku Yana....macam satu kepuasan sangat....kadang tak sedar masa berlalu bila ralit pilih buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat akak , nak nak kalau dapat buku yang kita nak tu!

      Delete
  2. Yup. So trueee! Sangat paham feeling tuh. Baucer buku tak habis lg nih. Tak brkesempatan nak ke kedai buku. Hihi

    Suka tanya kawan2 yg tukar BB1M dengan duit, xsayang ke oiiii. Beli jerlaaa buku banyak2. Hmmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, sebab depa tak ada minat macam kita mungkin .. sayangnya!!!

      Delete
  3. i feel u...! Sangat mencintai buku... Semenjak kerja jarang sangat membaca. Masa dpt BB1M dulu mmg pilih betul betul n spend time sampai berejam pun sanggup. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang yang sepesen macam kita memang peel sama ^^ kan rasa nak pilih betul betul ^^

      Delete
  4. untung. bb1m tu sgt bagus. tukar dgn buku.
    and tukar dgn wang???!
    hmmmmm tak patut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan , hehehe, saya rasa beruntung sangat siapa yang masih ada BB1M

      Delete
  5. Best dapat BB1M. Heaven betul kalau masuk kedai buku, habiskan terus BB1M tu. haha

    ReplyDelete
  6. Masa dapat BB1M ni, sayalah orang paling bahagia sekali. Apa lagi, shopping bukulah gamaknya. I love reading ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah saya pon heaven yang amat! love reading too

      Delete
  7. the other day adik fifi tukar his baucer dgn wang sbb I forgot to send him some money that week..
    macam putus cinta je dengar he did that, org yg suka buku je boleh faham tho haha

    ReplyDelete
  8. time sis JM belajar dulu x de boucher buku cam skrg ni..kalau dh dpt x hargai mmg rugi lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, orang dulu dulu mesti geram je .. sebba koferm dah banyak berhabis untuk beli buku

      Delete
  9. hrp telah digunakan sebaik baiknya

    ReplyDelete