Untuk Kesayangan

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 11:35:00

Bismillahirahmanirahim,

dah nak masuk minggu kedua cuti sekolah kan sekejap je. Perasaan, rindu pada anak anak  saya dah muncul sejak cuti bermula lagi. Sebelum cuti hari tu saya ada buat "hadiah" simple je. Suka tengok bebudak ni happy kan. 

Pada asalnya nak buat cupcake sorang satu, cup pun dah beli tapi cakenya tak sempat nak buat sebab minggu last super duper penat. Pastu mak bagi cadangan bagi la "cukelat". Saya senyum, budak budak tu memang hantu cukelat kan. ok, pastu terjah tower Kak Farrah. senyum lagi. dapat lagi idea hehe.


Lepas isyak, saya buat guna kertas A4 putih je, banyak lebih masa fyp hari tu. Untuk nak kasi tak kosong sangat saya tulis la nama budak budak tu kat sampul cukelat tu. Lukis muka sekali. Sebab apa lukis jugak, selain taknak buat dia nampak kosong sangat, sebab lain adalah anak anak cilik suka, kalau saya lukis kat papan putih kelas tu, depa selalu tanya 
"cikgu, sape tu?" "cikgu lukis sapa tu?"





dan bila saya lukis kat kertas bagi anak anak cilik, dia tunjuk kat kelas lain habis kena serbu cikgu.
Lukisan tu tak cantik pun tapi depa punya appreciation tu buat saya puas :)

Duk lipat lipat isi cukelat, dengan mata yang nak tutup segan , nak buka malu, siap jugak . Alhamdulillah dan selamat dah agaknya. yang penting depa excited masa dapat tu :)



Terima kasih Mak, dan Kak Farrah untuk idea tu ^^

  • Share:

You Might Also Like

35 comments

  1. yes idea lipat2 tu... budak2 mmg suka cekelat kan cik yana.. baik cikgu ni.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suka sangat, apa apa je cakap la nanti cikgu nak bagi cukelat, patuh selalu.

      Delete
  2. Alhamdulillah..doa2 mereka itu sangat sweet..mereka menghargai dengan hati yang paaaaaling tulus.. :)

    ReplyDelete
  3. Amboi, rajinnya Yana lukis setiap satu! Mesti excited budak2 tu dapat kan....tengok expression happy mereka - precious & priceless :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini je sempat buat kak.
      yes sangat suka tengok expression diaorang. bahagia :)

      Delete
  4. Yana, si cilik tu malu ke,..nangis ke,...terharu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu, dia ni tak mai sekolah dari 1st day minggu terakhir, dia datang hari last masa majlis intifal, hari tu yana jaga kat budak budak ni, dia duk panggil cikgu cikgu, kita snap sekali

      Delete
  5. hahhaha.comelnya budak tu.terbaik lah cikgu ^_^

    ReplyDelete
  6. sedih pula membaca ni..ooo faham..rupanya cikgu juga kan,,TKK ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa sedih cikgu hehe, ala cikgu budak 4-6 tahun je pun cikgu hehee

      Delete
  7. hihihi cutenyaaa... idea yg kreatif ni kan

    ReplyDelete
  8. http://madey09.blogspot.my/2015/11/jemputan-menjawab-kuiz-khas-kepada-10.html
    asalam sila ke laman Etuza kuis on going untuk anda dan 9 blogger lain..rebut peluang ya TKK

    ReplyDelete
  9. nak sergah juga umah farah satu hari nanti

    ReplyDelete
  10. eh cikgu ye?
    wah...ni kalau akak dapat pun suka juga ni
    bebudak ni, kita bagi apapun diorang suka
    nak tengok erti kejujuran, tengok masa budka kecik dapat barangan
    respond diorang memang priceless kan =)

    ReplyDelete
  11. Kami tak cuti lagi.. Syok je orang balik kg... Kita masih setia dgn sekolah... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh akak tak cuti lagi? akak jaga exam eh , InsyaAllah nanti dah cuti balik eh, yana pun tak balik.

      Delete
  12. rajin yana buat.. pasti rasa kepuasan apabila mereka menghargainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang depa happy kak aiza cukup buat yana sengih sensorang :)

      Delete