Edisi Masak : Homemade vanilla Icecream

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 17:06:00

Bismillahirahmanirahim.

Hari ni nak share sejenis hobi jugak, semalam pasal buku & baca. Hari ini pasal satu lagi hobi iaitu masak dan makan. Tengok anak anak beli dan makan tadi cikgu pun terliur lalau teringat aiskrim yang dibuat belum dijenguk hasilnya. Kalau membaca saya biasa buat time nak tidur, masak saya buat hari sabtu. Yelah jumaat sabtu je free kan. Jumaat masa untuk berehat je. 

Sebenarnya projek ni saya cadang nak buat hari sabtu hari tu. Tapi dibatalkan sebab ada Projek Bubur Asyura.  Tapi oleh kerana semangat nak buat saya buat lepas balik dari sekolah petang ahad. Untuk Fanatik Ais krim macam saya ni memang digalakkan buat sendiri sebab jimat, bahan pun yang memang ada kat rumah. 



ni resepinya.

1 tin susu pekat [guna 3/4, kalau tak mau manis]
2 tin air masak [sukat guna tin susu]
1 sudu besar ovelate
1sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila

1. Kacau susu pekat ,air dan tepung jagung, masak hingga tepung masak.
2. Lepas tepung masak, sejukkan.
3. Lepas bahan tadi BETUL_BETUL SEJUK, baru masukkan ovelate dan esen.
4. Pukul pakai mixer sampai gebus dan ringan. [guna kelajuan maksima hihi]
5.Masuk peti sejuk. Esok .Lusa boleh makan. [bergantung pada suhu peti sejuk anda]

**nota ckk: Boleh asingkan kepada beberapa bahagian kalau nak letak perisa lain 
** saya dapat dua bekas je, hasilnya mungkin bergantung time mixer sampai gebus tu.




  • Share:

You Might Also Like

38 comments

  1. Sedapnya! Yana memang suka aiskrim vanila ke? Kalau suka, buatlah affogato. Sejukkan aiskrim betul2 sejuk, then bila nak makan simbahkan kopi pekat. Yummehhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana suka semua jenis aiskrim kak farah , hehehe. :D
      wah, boleh cuba nanti affogato . terima kasih kak farah :D

      Delete
    2. Haaa nanti cuba. Tengok kena dengan selera Yana atau tak :)

      Delete
    3. mcm best je cadangan kak Farrah ni...

      Delete
    4. Ada meh aiskrim mcm tu kak farah?

      Ada kt blog akk ke? Nk g tgk jap

      Delete
    5. ada kak huda, yang ada terbaca pasal affogato ni, tapi kena gali la entry lama

      Delete
  2. Wah aiskrim vanilla, oh macam tu caranya nak buat aiskrim vanilla :-)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cubalah mana tahu boleh buat berniaga nanti hahah :)

      Delete
  4. Vanilla sedap. Tapi KTC lebih suka cekelat. Hehehe
    Lama dah tak buat eskrim homemade... Grrr....
    Tetengah malam nie jugak laa tengok gambar eskrim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menggoda menggugat jiwa kan, KTC :)

      Delete
    2. KTC: Masuk dalam mimpi semalam tak? hihi asingkan adunan letak coklat jadi aiskriim coklat KTC

      Kak Farah: Maaf la mengugat jiwa kalian XD

      Delete
    3. amboiii KTC suka cekelat yer... kan menggoda pula ice cream ni..

      Delete
  5. Nyumnyum.. Nak buat jugaklaa. Tak kira! Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatihah, cuba ye jangan tak cuba . buat pelbagai perisa gitu ! :)

      Delete
  6. mudah...tetapi ovelate tu mcm mana rupanya x pernah tgk huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://3.bp.blogspot.com/-7fvj_qB3o-g/VjoWb1fHZGI/AAAAAAAAFXk/d_2TgvjHW-c/s1600/ovalette.jpg

      tengok gambar nih huhu. buat ye sis JM :D

      Delete
    2. ovelate tu yang warna kuning tu kan?? bukan ke ala2 kuning telur gitu..

      Delete
    3. Akak selalu guna ovalette utk buat apam dgn kek je...tak pernah guna utk buat aiskrim :)

      Delete
    4. IY: yes yang kuning tu.

      Kak Farah: Semua resepi letak gitu, yana pun letak la, heheh XD

      Delete
  7. dah banyak kali ada niat nak buat ais krim homemade dah siap beli bahan bagai tapi last2 beli je aiskrim kat kedai hahaha

    ReplyDelete
  8. sedap..but usia Etuza sikit ja makan sejuk ngilo dah gigi ni..time muda dulu nilah pertama nak makan..semua kelebihan itu ..hanya pandang anak makan..tak apa biar pula mereka menikmatinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe cikgu, lihat orang yang kita sayang bahagia makan aiskrim kita akan bahagia jugak. InsyaAllah

      Delete
  9. kenapa cikgu xjoin sekali makan ais cream dgn anal2 tu.. hihihihih..
    Pernah buat dulu... bestkan...

    ReplyDelete
  10. wah.. sedapnya.. kena cuba buat juga nanti.. terima kasih share resipi.. ;)

    ReplyDelete
  11. Macam senang je..ciktie nak cuba buat juga la

    ReplyDelete
  12. Saya pernah buat tapi hanya menggunakan dua bahan sahaja.. Ada saya sharekan diblog..

    ReplyDelete
  13. sedapnya
    ciksu sampai skrg simpan rsepi.kononya nak buat sndiri, tp ntah bila na buat pon taktau. hikhiks.
    tunggu rania besar, leh la try bg rania rasa eskerim homemade umi dia, kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, nanti kak boleh lah pelbagaikan perisa tu , mesti sedap , rania mesti suka

      Delete