Random Post IV

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 16:29:00

Bismilillhirahmanirahim.

Genap dah seminggu tak berupdate blog ni, Mungkin ke saya akan tinggalkan blog ni macam zaman study dulu. Mungkin Ya , mungkin tidak. Sebenarnya saja nak share pasal saya sikit. Dulu blog ni saya tulis untuk diri saya, share apa yang saya lalui, then kawan kawan saya baca depa semangat sikit, padahal saya menulis ni tak lebih untuk tatapan saya kala saya futur balik nanti. Tapi bab bab sentuh hati orang ni kan kerja Allah.

Nak dijadikan cerita la kan, beberapa hari lepas saya bw blog Kak Farrah , pastu saya pun scroll la baca komen dan mata saya  terhenti pada satu komen Sis Jari Manis. Tergelak situ jugak sebenarnya.



Actually, kalau yang kenal saya, personaliti tu ada dua, saya budak budak, dan saya sebagai belia, hehe. Bila dengan kawan kawan, memang saya jadi macam budak, Sampai adik adik diploma sangka kami ni diploma hehe . Yang kedua, belia aka mak mak sikit. Bila saya dengan adik adik saya sendiri. Yelah adik beradik ramai, so jadi hakak hakak lah kita.

Bukan garang tapi sayang,
Bukan keras tapi tegas. 

nota ckk: saya awal 20-an,lahir 90-an. hehe


"Setiap caption mahupun tulisan itu semua tentang perjalanan kehidupan saya, dan saya terus menulis untuk diri saya , ya untuk saya baca saat saya kembali futur"

hadza min fadhli rabbi
“semua ini kurniaan dari Tuhanku.”



  • Share:

You Might Also Like

58 comments

  1. Salam Jumaat, Yana. Hehehe bolehlah akak simpulkan di sini, Yana lagi muda daripada CT. Don't quit blogging. Kadang2 apa yang kita tulis utk diri boleh beri impak pada orang lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i thinks so Kak Farrah.... betul jgn quit dari blogging... Walaupun xde idea nk tulis + malas at least tinta sesuatu walaupun hanya sekadar 1 post untuk sebulan.. :D

      Delete
    2. Kak Farrah: Wsalam,hehe, betul la tu , kalau umur Kak CT kat blog tu tak salah.

      will not insyaAllah, sayang sangat blog ni . Terima kasih kak Farrah

      Delete
    3. IY: InsyaAllah tak berhenti, mungkin kalau tak update rehat kejap.

      Delete
    4. Tak pe,..take some time off. Dahulukan your priorities. Nanti bila ada mood, bukak blog tulis entri. Bak kata Ikhwan, at least 1 post/month :)

      Delete
  2. Sayang kalau tinggalkan blog ini, teruskan menulis.. Semoga apa yang ditulis dan dikongsikan memberi manfaat kepada semua serta menjadi saham di akhirat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hujung minggu.. Amin.. ;)

      Delete
    2. apa aktiviti hujung minggu yana? kak aiza kerja..

      Delete
    3. kak Aiza, sebalah pantai timur, ahad dah kerja,
      semalam pi kenduri kendara, makan aje. hehe

      Delete
  3. hye yana, muda lagi adik manis ni.. teruskan berblogging dear, seronok bila kita berkongsi sesuatu yang mungkin memberi manfaat buat orang lain, in shaa allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda tak muda kak , hehehe, InsyaAllah , terima kasih kak ana yang manis jugak!

      Delete
  4. Bertindak mengikut situasi..betul kita tulis untuk kita dan kongsi yang baik dengan kawan kawan...

    ReplyDelete
  5. nak tinggalkan dunia blog, but why *menangis di tepi perigi*

    ReplyDelete
  6. ahakss..dah boleh agak umur Yana berapa...then betul lah kak CT...sbb CT pertengahan 20-an then Yana early 20-an..muda lagi budak Yana ni ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat la sis JM ni boleh yeye je boleh teka umur kita.
      "Budak" lagi hehe

      Delete
    2. Pandaaaiiiiinnya, Sis JM. Anak sapa lah ni?
      Hikhikhik bukan main lagi sis JM menganalisis!

      Delete
  7. jangan tinggal dunia ni.. ada keseronakan yg kt kn cari.. bl dah jumpe, kt akan tau, blog la tempat terbaik tuk kta tenangkan fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah cik en, sayang blog ni, memacam dah share kat sini , jatuh bangun suka duka ..

      Delete
  8. Kesimpulannya..

    i) Yana boleh dikategorikan sebagai adik ( sbb akak kawin lewat sikit, maklumlah abiskan kuliah dulu, kang tak pasal2 ditendang keluar)

    ii) Mungkin peringkat anak ( andainya akak kawin sebaik abis SPM, mgkn ada anak sebaya dgn Yana)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kak UmiAlya , kesimpulannya sampai dua ^^

      Delete
    2. Nak simpul lg tp takut tak sempai nak leraikan..

      Cer tempek gambar sekeping dua, nak kenal juga, mana tau tiba2 muncul sbg menantu kita nanti, ahakkkkk...

      Delete
    3. amboi boi menantu gitu, tgk gmabr konfrem cancel heheh

      Delete
  9. Ke sama umur kita nih? Hoho. Misteri gituuh. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ke? eh jeng jeng,
      Jangan buarkan hidup anda diselubungi misteri ^^

      Delete
  10. Heheee senyum sorang2 baca ni...
    teruskan berblogging ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun senyum sorang masa nak publishkan komen ni. ^^
      InsyaAllah

      Delete
  11. jgn berhenti blogging sis.... tua ke muda ke kita, kita semua sama seorang hamba.... kat sini jer leh kenal-kenal, akak ni duk kedah ssh skit la nak kenal face tio face dgn blogger semua....

    ReplyDelete
  12. tetap adik juga pada ciksu hikhiks. baya adik adik ciksu. cuma ciksu xda adik ppuan

    pernah juga dlu, ciksu nk privatekan blog. dh pnh buat skjap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks, :)
      yana selalu buat dulu,
      satu sebab yana ni suka sangat menulis, masa tu study so, kalau bukak blog lama sangat so bila private okey la tak berupdatekan.

      sebab kedua, ada stalker kot, hahaa

      Delete
  13. Keep on blogging. KTC dapat banyak benda positif kalau singgah sini. :)

    Erk... Kalau kita, sapa lagi muda ye?

    ReplyDelete
  14. teruskan penulisan di samping menyebarkan ilmu Allah..moga kita sama2 dapat manfaatnya bersama :)

    ReplyDelete
  15. Kadangkala rasa down nak menaip entry dan nak hidupkan blog ni ada... Tambah sy dgn komitmen sbg ibu, isteri, anak, guru dan pembantu suami dalam bisnes... Rasa tak terkejar... Tapi semangat tuh kena ada... Berblog buatkan sy enjoy dan tempat release tension...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tapi tak update pon still baca blog kawan kawan ^^

      Delete
  16. Muda belia le dia ni..tegas itu penting kot..;-)

    ReplyDelete
  17. Cik Mimie sebaya dengan CT :) So, Yana adik la ni.. :)

    ReplyDelete