Perpisahan itu Aturan Allah

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 15:57:00

Bismillahirahmnirahim,


Alhamdulillah syukur atas segala nikmat rezeki yang Allah berikan. Tersenyum melihat perancangan yang Esa. Dah lama tak cerita pasal career saya kan, alah cikgu budak budak tu. hehehe. Banyak benda jadi, banyak benda baru saya belajar, nak arrange emosi time handle bebudak ni. Tapi senyum, saya sayang kerja saya. saya sayang anak anak saya.


Okey, nak dijadikan cerita, saya pergi kenduri sabtu lepas, masa kat kenduri tu, mata tertangkap satu sosok tubuh the automatik mula sebut "iqbal" hehehe. One of my little student. Mula mula iqbal ni tak perasan dia punya cikgu tercongok je, Pastu abang dia pun pegang muka dia suruh tengok cikgu hiks. Malu malu pulok si Iqbal ni. 


Next , ketempat kenduri yang kedua, masa nak lintas jalan nak ke rumah pengantin, saya terdengar "adik! adik! tu tu cikgu adik tu, cikgu adik tu" hehehe, amboi sekali lagi.Ni orang lain pulak. Senyum simpul, je. Even budak yang bukan saya ajar pun kenal, budak kampung lain sekolah lain maksudnya. Saya tak pernah sangka pun saya pi situ pi sini orang panggil cenggitu, actually bila mengajar budak ni , dia rasa macam diappriciate sikit. Tak tahu nak explain macam mana.

Cita-cita zaman budak jadi real , Perancangan Allah. Mungkin akan terus jadi cikgu. Mungkin terus disini atau ditempat lain, Just follow the flow.

****

Alhamdulillah dah selesai majlis akhir tahun, semalam. Allah permudahkan segalanya, penat memang penat main dengan budak budak yang hyper lagi penat . Tapi seronok. Cuti sekolah dah bermula. Cikgu Nampak excited kan dari bebudak tu. Hehe. Tapi satu je kelemahan cuti lelama ni jadi rindu , baru sampai rumah dah rindu keriuhan bebudak tu. Tak suka rasa macam ni .

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan  dan perpisahan tu pasti menyakitkan. Ya, kalau nak diikutkan saya start mengajar pun berpa bulan je, tapi bila kita dah biasa dah rapat dengat bebudak tu no wonderlah kan kita akan rindu. Dengan orang tua pun rindu , ini pulak dengan bebudak yang menguji iman kita. Tahun depan ada yang dah tak ada. Lumrah, cikgu tak nak la emo sangat kan.



TAK SUKA PERPISAHAN,
Tapi kerana perpisahan tu lah ada nya pertemuaan lain, aturan Allah cantikkan. Senyum cikgu dan doakan anak anak cilik berjaya dunia akhirat :)



Selamat bercuti budak sekolah dan cikgu sekolah !

terima kasih :)

  • Share:

You Might Also Like

37 comments

  1. Replies
    1. heheh, saya cikgu bdak 4tahun-6 tahun jep. Tapi Alhamdulillah once masuk macam nak keluar balik, tapi bilah dah terbiasa. seronok sebenarnya

      Delete
    2. Umur2 macam ni yg seronok ajar. Cute2 comel2 tak pandai nak biadap lagi :)

      Delete
    3. kan kak, marah sikit dah akur heheh. *cikguGarang* :P

      Delete
  2. mereka..bersih..mereka suci..tanyalah apa saja lurus..tulus daripada hati..itu istimewanya mereka kan cikgu yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi takyah bercikgu dengan saya kak heheh. :)
      depa memang cakap tembus jiwa, jujur sangat. cikgu kena jiwa kental

      Delete
  3. Cikgu tadika ye kak? bestnya. dulu pun cita-cita leya teringin nak jadi cikgu tadika. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. best memang best tapi mengeluh tu ada jugak, budak hyper yang hamat. sabar tu memang penting la

      Delete
  4. Assalamualaikum....

    Huhuhu....seronok dapat cuti sekolah....sekarang dah tak sekolah...pernah jjuga mengajar sambilan dulu-dulu....jenih nak melayan karenah anak2 murid.....

    Namun terima kasih buat guru2 kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam seronok memang seronok tapi ada feel rindu dengan peel bebudak tu . rindu nak berdepan dengan keranah depa semua

      Delete
  5. sedih bila berpisah.. namun perpisahan itu lumrah kehidupan.. mesti yana rasa terharu bila ada student panggil cikgu.. begitu besar tanggungjawab seorang cikgu untuk mendidik anak bangsa, sesuai dengan gelaran yang diberikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kak, tapi tu lah lumrah yang kena terima. yana sendiri tak boleh nak explain perasaanntu

      Delete
  6. seronok jadi cikgu ni..jumpa di mana mana pu mesti orang akan call CIKGU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, bila depa laung "cikguuuuuuu!!!" semua orang kat tempat tu pandang huhu

      Delete
  7. setiap pertemuan ada perpiasahan tetapi jgn jadikan perpiasahan itu satu beban

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah Sis JM, kena dah biasa tapi bila jadi macam ni la hehehe

      Delete
    2. Betul,..bila ada pertemuan...kita kena bersedia untuk berdepan dengan perpisahan. It's a matter of time :)

      Delete
    3. Nangis, pujuk diri sendiri, InsyaAllah kak farrah :)

      Delete
    4. Tak apa,..atas setiap perpisahan tu, akan ada pertemuan2 baru :)

      Delete
  8. Lumrah bertemu pasti akan berpisah...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dengar kisah awak ni.

    Saya dulu macam tak berminat untuk jadi cikgu. Tapi, bila dah makin besar makin berminat dgn kerjaya guru. Terutamanya untuk ajar anak2 kecil.
    Selalu duk usya2 kerja guru tadika walaupun tak habis belajar lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , hehehe
      suka sangat, tapi memang kena banyak sabar sebab anak anak sekarang tak macam dulu heeee. ^^

      Delete
  10. Yana, sorry baru sempat menjengah Yana.
    Selamat bercuti dan berehat ye :)

    ReplyDelete
  11. CT dah rasa perpisahan memeritkan.. memang sapa pun xkan suka..
    tapi yakinlah adanya pertemuan kekal disana kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, yang boleh pujuk hati kita, cuma keyakinan pada pertemuan abadi kelak kan kak CT :)

      Delete
  12. Wahhh cikgu ke? Slmt berkenalan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cikgu sangat pun . hehee Selamt berkenalan jugaK

      Delete
  13. Tuu tandanya Yana disenangi oleh sekalian murid :)

    Errr, Kak Yana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kenapa ada"errrr" hahaha.
      :)
      Panggil je Kak yana KTC

      Delete
  14. Itulah kehidupan namanya.. bertemu dan berpisah :) Apa yang mampu kita buat doakan terbaik buat mereka semua.. :D

    Selamat bercuti Cikgu Yana..

    ReplyDelete