satu haribulan sepuluh
By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 23:05:00
Kekuatan, keberanian Allah beri,
Sokongan sahabat,
Tegar lalui segalanya.
Kecewa,
diri sendiri pilih,
dari menanti yang tiada hujung.
Luka itu anugerah terindah,
jika ia pada akhirnya mengubah anda menjadi yang baru.
memilih untuk bertahan demi yang Menciptakan.
Tipu jika dikata
tiada air mata yang mengalir,
Ya ujian Allah itulah yang membantu kamu menjadi diri kamu sekarang.
Menyesal?
Tidak, sebab bahagia sekarang itu jauh lebih besar dari luka yang pernah menerjah,
Teringat janji Allah ,
seseudah kesukaran datangnya kemudahan.
Allah sayang,
sayang sangat,
Terima kasih untuk kasih sayang
yang diterjemah melalui luka lalu dan nikmat hari ini.
berdirinya dirinya hari ini,
petah membicarakan tentang ujian dan nikmat tuhan,
menghembus semangat,
melakar motivasi
dihati kesayangan kesayangan,
tak lebih dari hasil tempaan ujian dari yang Esa,
Ingat
tidak mudah tak bermakna tidak boleh.
percayalah.
Setahun berlalu ,
semuanya masih diingatan.
"kertas yang diconteng bila dipadam, tetap ada kesan,
begitu juga dengan hati manusia yang dilukai, walaupun telah memaafkan tetap ada sahaja kesannya,
lain pula pada Tuhan, bila hambanya berbuat kesalahan dan bertaubat diberi kemaafan serta hati yang baru"
4 comments
setuju dengan kata-kata terakhir tu.. walau sebesar mana pun dosa hamba-Nya pasti akan diberi kemaafan jika bertaubat bersungguh-sungguh..
ReplyDeletebetul, Allah tu baik Maha Baik
DeleteSebenarnya kalau kita renung-renungkan kembali, bahagia, nikmat dan rezeki yang kita terima daripada Allah memang lebih besar berbanding kekecewaan, kegagalan dan dugaan yang kita lalui...
ReplyDeletesetuju sangat, ya kita manusia memang akan nampak semua tu lepas kita lalui, masa dalam tempoh ujian semua nampak kabur je
Delete