Zulhijjah : Korban

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 23:38:00

Bismillahirahmanirahim, 
salam 10 Zulhijjah.

Simboliknya aidiladha ni kita ada korban dan haji. Allah besar erti bagi yang menghayati. Haji dah sentuh dalam entry sebelum ni. Dan sekrang nak cakap pasal korban, saya ni bukan nya pandai sangat nak bercakap pasal benda benda ni. Tapi tak salah kan share kita punya view.

Korban, bagi yang mampu boleh lah buat korban pada 10 zulhijjah dan hari hari tasyrik . Tapi yang saya nak share ni pasal kita yang tak mampu nak buat korban. Okey sekrang try buka KORBAN tu dalam prespektif yang lebih luas.

Korban, hidup kita ni mesti ada pengorbanankan.Kadang kadang Allah uji kita dengan pelbagai pilihan yang mana Allah meletakkan kita ditengah, memilih tuk  melebihkan dunia atau pun akhirat.
Macam mana kita berjuang nak tinggalkan maksiat. Macam mana kia nak berkorban melepaskan manis dunia yang berlebihan tu.

Kadang-kadang kita gagal,
kadang-kadang kita tak mampu,
kadang- kadang kita mengalah,

Tapi satu,
Dia tetap menunggu kita,
datang kepadaNya,
Allahu.

Salam aidiladha.
"Nilai pengorbanan itu hanya Allah yang Tahu, teruskan berjuang"

  • Share:

You Might Also Like

10 comments