KehendakNya

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 09:13:00

saya lihat diri saya setahun lalu dalam dirinya sekarang, 
sungguh saya faham, Allah menguji,
adakah hati pasrah atau redha,
Hanya berserah atau yakin ada hikmah.

Ketahuilah,
hati manusia berubah,
kerana ia milik Allah,
maka jadikanlah perubahan itu,
menjadi titik mula untuk kamu menjadi manusia yang lebih baik.


Yang menghantar  semangat iu sebenarnya perlukan semangat,
yang menerima berkata
"kamu Tuhan hantar untuk bantu aku dan yang lain"
Allah,
sedangkan diri masih berjuang.

Sememangnya takdir,
Takdir kita saling menguatkan,
walaupun berjarak.


Ketika kamu merasa kehilanganku,
maka berdoalah, selama mana namaku berada dalam doamu
selama itu lah aku dekat denganmu.


Ingat,
perjuangan kita belum selesai,
selama mana kita berlum berjaya bertemuNya.

Doakan.

  • Share:

You Might Also Like

12 comments