Zulhijjah : Tetamu Allah

By The KehalusanKelembutan - 13:04:00

Bismillahirahmanirahim,

 Hari dah 4 Zulhijjah kan, lagi beberapa hari kita akan sambut Aidiladha. Sekejap je dah nak habis setahun hijrah. Allah. Berbalik pada tajuk, semalam pergi surau ustaz ada sentuh pasal haji, tadi kat tv pun ustazah cakap pasal haji.

Sebagai orang muslim kita MESTI  pasang niat nak pergi jugak Haji. Haji ni bukannya sunat tapi rukun. Saya pasti ramai yang nak sangat pergi nak sangat. Sebab tu ustaz pesan kita ni niat kena pasang  dan kumpul la duit sikit sikit. InsyaAllah panggil nanti dan yang pentingnya doa jugak, doa mintak sungguh sungguh. Segalanya Allah akan permudahkan nanti.Ustaz pesan juga semalam, bila kita tengok orang pergi biar hati kita ni terdetik aku nak pergi jugak. Ya aku nak pergi. Bila tu hanya Allah yang tahu.

Sekarang kan dekat tv ada banyak program haji macam Salam Baitullah, Laibakkallah. Bila tengok program macam tu, tambah pulak dengar cerita cerita yang dah pergi memang hati tu terniat, aku akan pergi satu hari nanti. Bila  tengok Tanyalah Ustazah tadi ada feel lain sangat,  Allah saja tahu perasaan tu.

Bila kita pergi haji, kita ibarat kembali pada Allah , kembali pada Allah, menyerah diri kepada nya . Contoh nya ibadah Ihram, yang mana kita ada pantang larang. Kita kena putuskan hubungan dunia apabila kita nak berhubung dengan Allah. Same goes to solat, khusyuk. Allah Allah.

Bila dengar mak dengan Ayah cerita pasal haji, rasa macam terpanggil nak buat dari usia yang muda juga. Mereka setiap kali ada program tv pasal haji memang suka saat tengok , ibaratnya nak kembali kesana. InsyaAllah.

Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi semangat baru dalam jiwa jiwa kita.

"Allah tidak akan mensia-siakan kita "


InsyaAllah.Doa Doa Doa.
Ya, Allah pilihlah aku, panggilah aku. Allahurabbi .

#Jangan Lupa Puasa Hari Arafah, 9 Zulhijjah
    # Jangan Lupa Doa Banyak- Banyak pada Hari Arafah

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. bestnya kalau dapat pergi haji... insyaAllah niat dah ada...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak mia sbb selalu buat segmen segmenmacm ni hehe

      Delete
  2. betul tu.. kadang2 malu dgn kawan seorang mualaf. dulu kenal dia masa sblm masuk islam.. dah masuk islam, dia yg ke sana dulu..

    Selamat berhujung minggu. Jemput singgah k..

    Entry terkini:
    1. "Gudluck Sutra Dana - Lantai Cilik Musim Ke-3"
    2. "Aperture Squad Artwork"
    3. "1st GiveAway by Ciktaman"
    4. "Segmen Blogwalking Bersama KisahPondokKecil"
    5. "Aneh!! Sebiji telur ada 2 kuning telur.."

    ReplyDelete
  3. Moga kita pun akan menjadi tetamu Allah tak lama lagi...Amin.

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  4. jom buat puasa sunat... n selamat hari raya aidiladha...

    http://ahlamsjourney.blogspot.my/2015/09/pasif-income-setiap-bulan.html

    ReplyDelete
  5. IbuNoey pun teringin nak pergi sana.alangkah bertuahnya mereka yang dapat menjejakkan kaki di sana.moga kita diizinkan untuk menjadi tetamu di sana.in shaa Allah.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ibuNoey. moga dipermudahkan segalaNya

      Delete
  6. http://madey09.blogspot.my/ betul Allah itu ada untuk hambaNya yg beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... Selalu ada kadang kita saja lupa

      Delete
  7. hati ini mmg teringin sangat menjadi tetamu Allah.. harapnya dapat kumpul duit cepat2. tak mau pergi bila dah tua tak larat. kalau boleh nak pergi masa diri bertenaga lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah , Allah tu selalu dengaq kita. one day bila kita ready Allah akan bagi kemudahan dalam segala hal . aamiin :D

      Delete
  8. terima kasih atas perkongsian ;-)

    ReplyDelete