Konsep Rezeki
By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 15:54:00
[INSTAGRAM] |
KONSEP REZEKI
- Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita
bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak
rezeki yang ni.
- Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk
kita.
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi,
tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan
duit kepada orang lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah,
memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
Banyak orang yang tak nampak rezeki
bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba
rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir,
menyalahkan segala-galanya. Kan?
Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki
begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak
mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi
kita mesti diuji terlebih dahulu.
- Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita
dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat,
punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita
selalu lupa dan selalu tak nampak.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni?
Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi
Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu,
seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat,
dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada
orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi
Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi
kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,
📌 “Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya
rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah
ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya
banyak complain dari beryukur. kan?
Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita
mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak,
amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja
cukup-cukup baki bulan tu.
Sebab apa? Sebab salah kita yang tak
keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah
Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang
lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat
diringankan.
Masya Allah punya sayang Allah kat kita,
dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba
sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah.
Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?
- Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha,
maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda,
kata pepatah arab ni.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu
nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan
yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang,
kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau
senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur
ni?
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki
ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya
Allah ni. Alhamdulillah....
HADITH PILIHAN
Diriwayatkan dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu
bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tatkala Fatimah ra. meminta seorang
pembantu kepadanya. “Tidakkah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang lebih baik bagi
kalian dari seorang pembantu? Jika kalian menghampiri tempat tidur atau tempat
berbaring kalian (hendak tidur), maka bertasbihlah sebanyak tiga puluh tiga
kali, lalu bertahmidlah sebanyak tiga puluh tiga kali, kemudian bertakbirlah
sebanyak tiga puluh empat kali, maka yang demikian lebih baik dari seorang
pembantu.” (Muttafaqun ‘alaih)
SAMPAIKAN DARIKU WALAU SATU AYAT
Sumber : [WHAT APPS]
* mungkin lepas lepas ni akan private balik blog, nak minta doakan hati dan iman saya mekar selalu ok, Jzkk.
14 comments
Syukur sentiasa...bersangka baik pada Allah SWT.redha pada setiap dugaan..sabar menempuh ujian..betul.rezeki itu luas...saaaaaangat luas..rahsia Allah untuk hambanya.
ReplyDeletebetul kak antara kita nampak ngan tidak je :)
DeleteHai cikgu...hehehe..sihat ke..
ReplyDeleteBetul sgt..rezeki tu luas sebnrnya...masa lapang tu pun rezeki..sebab ade je org lain yg huru hara harinya...
Ruby pernah dpt yg ke 3 tu...
Org sponsor pergi melaka...masa tu skolah rendah.. Allah gumbiranya yg amat..ye lah. Kita xmampu nk byr,tetiba rakan sekelas nk byrkan...
Bersyukur itu lebih seronok dr merungut kan...
hai kak ruby Alhamdulillah,
Deletememang rezeki la kan.
syukur Alhamdulillah
betul tu
ReplyDeletekena sentiasa bermuhasabah diri
supaya sentiasa rasa syukur
InsyaAllah , moga moga dengan kesyukuran kita Allah tambahkan lagi rezekiNya
DeleteAlhamdulillah.. Bersyukur dengan rezeki pemberian Allah swt..
ReplyDeleteAlhamdulillah , InsyaAllah kak aiza :)
Deletebetul tu.. dan kadang2 kita nampak usaha org tu mcm sia2 je di mata kita, tgk2 rezeki dia ada di situ rupanya.. bersyukur tu yang penting..
ReplyDeletebetul! Jangan pandang usaha kecil org lain tak de nilai or sia sia, InsyaAllah tak salah kita doakan sekali kan:)
Deletekonsep rezeki ni mmg kena faham betul2 kan.. Adakalaya kita mengeluh sebab rezeki sikit etc sebab tak cuba nak faham konsep rezeki tu sendiri.. Satu yg perlu kita pegang dalam rezeki kita tu ada jugak bahagian org lain...
ReplyDeletebetul, rezeki takkan tersalah alamat, tapi dalam rezeki kita tu mmg ada hak org lain ! insyaAllah berkatnya ada :)
Deleterezeki Allah ni luas dan menyeluruh:)
ReplyDeleteyes dan kita ni tinggal usaha je, nak ke tak nak kan
Delete