Terima Kasih 1436

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 16:14:00

Bismillahirahmanirahim,




*Bagaimana utk saya tahu bahawa sy ikhlas menerima ujian اَللّهُ 
*Ingin kembali kpd اَللّهُ namun sy selalu merasa terlalu hina utk menghadap اَللّهُ .
Apakah sy tdk dpt menerima hidayah اَللّهُ lagi..?

Jika diikutkan saya rasa tak layak nak jawab soalan kat atas yes Tak layak langsung. Tapi sebagai saudara seislam, saya terpanggil nak tolong jawab sebab saya tak nak hanya kerana saya abaikan soalan ini seorang bukan seorang malah beribu manusia yang sedang tercari cari give up sebab tak bertemu jawapan.

Ini cuma pendapat dari apa yang saya sendiri lalui, ya apa yang kita lalui tak sama dan tak akan pernah sama.

Pertama, macam mana nak ikhlas semasa diuji. Okey memang saya gagal tang ni dulu, yes most of us. Sebab bila kita diuji kita mesti tanya kenapa aku, kenapa dan kenapa. Sedang kita sebagai hamba tak layak bertanya, ujian sikit dari nikmaht yang dia berikan. Jadi nak ikhlas berhenti bertanya , didik hati untuk redha dan percaya kan ALLAH sayang kita dan nak beri  kita hikmah yang jauh lebih indah InsyaAllah kita akan lebih tenang dalam menjalani ujian yang ALLAH beri. Saya sendiri rasa benda, percaya ikhlas payah hingga menitiskan air mata, Let go je air mata tu, dari situ kita akan rasa kuat InsyaAllah, Doa jangan lupa. Time, solat. then sujud doa banyak banyak. Tak yah malu sebab Allah paandang kita bukan macam manusia pandang kita. Ada satu saat tu, angin yang bertiup pun mampu buat kita terharu dengankasih ALLAH

Next, malu, hina, dan berdepan dengan ALLAH, atau belum diberi hidayah.

Okey tanya diri , hidayah yang macam mana lagi yang kita nak?. Once ALLAH jentik, rasa berdosa rasa rindu nak kembali padaNya itulah hidayah, dah berjuta kali dia menyapa kita, Tapi kita selalu buat tak tahu je, seronoknya dunia nikan.

Rasa malu sebab dulu kita sombong ?ALLAH kasi ujian sebab DIA rindu kita. DIA nak kita mintak sebab DIA nak beri, Minta Allah. Rasa sedih kecewa sakita hati BERJAYA bawa kita kembali kepada ALLAH. Kalau rasa GEMBIRA itu buat kita jauh dariNya, Mengapa kita mempersoalkan lagi ketika ALLAH menguji kita? Itulah saja cara yang mungkin tinggal untuk ALLAH dapat kita balik? Salah ke takdir ALLAH tu.




Kisah Imam Ahmad dan Pencuri,

Suatu hari Imam Ahamd berjumpa dengan pencuri, dan berjaya menangkapnya di sebuah kedai. Pada hari yang lain  Imam ahmad menangkapnya lagi dengan hasil pencurian yang lebih banyak. dan hari hari seterusnya begitulah. Tapi pada suatu hari Imam Ahmad terlihat pencuri tadi Solat di Masjid dengan khusyuk tapi apa yang mengecewakan Imam Ahamd , dia masih lagi mencuri. 

Lalu Imam Ahamd bertanya kepada si pencuri itu,

Wahai Fulan, tidak malukan kamu dengan Allah dan Rasulullah, kamu mencuri dan kini kamu bersolat berdekatan dengan kubur baginda SAW.

Lelaki itu menjawab,
Wahai tuan, jangan marah padaku. memang aku pencuri dan akan mencuri lagi namun inilah pintu yang masih aku buka untuk Allah. dan aku berharap moga nanti dari pintu inilah aku keluar dari kehidupan ku yang sebegini.

dipendekkan cerita, setelah berapa ketika, Imam Ahmad bertemu seorang lelaki  yang sedang menunaikan haji, meratap dan menangis hiba. Rupanya dialah pencuri yang ditemuinya dahulu. dan seraya lelaki itu berkata, Tuan dari pintulah aku keluar dari kehidupan yang dahulu.


Kesimpulan jangan tutup semua pelung untuk kembali padaNYa, hanya keran kita merasa berdosa.

Moga Allah mempermudahkan urusan kita dunia akhirat. Aamiin

Wallahualam , 
dari hamba Allah yang sentiasa dan kan terus diuji.



****

Terima Kasih 1436,

Permulaan yang menguji keimanan,
Namun saya belajar sesuatu yang indah.

"Jangan takut melepaskan sesuatu keranaNya,
Kerana bahagia yang mendatang jauh lebih indah"

Namun diakhir ini saya diuji lagi
Moga hati kau tenanglah selalu,

Terima Kasih 1436,
Berharapkan CINTA berterusan di 1437

****
Salam Maal Hijrah,
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun jangan Lupa. 
:)

  • Share:

You Might Also Like

26 comments

  1. Boleh jadi ujian yang Allah berikan kepada kita adalah untuk mengangkat darjat kita. Bersangka baik pada Allah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sangka baik itu mesti selalu , InsyaAllah . salam Maal Hijrah :)

      Delete
  2. salams maal hijrah maaf zahir dan batin:)

    ReplyDelete
  3. Pintu taubat sentiasa terbuka..cuma persoalannya bagaimana jendela hati kita itu sendiri..lapangkan dada...luruskan niat..Allah sentiasa ada untuk kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sentiasa bermuhasabah,
      Salam Maal Hijrah kak

      Delete
  4. harapan tu sentiasa ada,,salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  5. jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah swt.. sentiasa bermuhasabah diri dan kembali kepada Allah swt.. salam maal hijrah.. ;)

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah sis Yana.. semoga semuanya bertambah baik utk kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah zizie , isnyaAllah sama samalah kita

      Delete
  7. kadang-kadang kerana terlalu banyak buat dosa, menyebabkan kita rasa diri tidak diterima oleh Allah....silap sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mungkin manusia begitu namun tidak bagi Allah

      Delete
  8. Entry yang bermakna..
    Salam maal hijrah...

    ReplyDelete
  9. Allah menguji seseorang hambaNya itu mengikut kadar kemampuan mereka.

    ReplyDelete
  10. Tersenyum sendiri akak baca entri ini. Terima kasih, TKK.
    Moga 1437 lebih indah dan bermakna. Moga kita lebih ikhlas dalam melakukan setiap satu perkara, menerima apa saja apa adanya :)

    ReplyDelete
  11. Thanks ... Sangat sangat bermanfaat :')
    Semoga tetap sabar sebab penghujungnya indah ^^

    ReplyDelete
  12. hukhuk. dlu mmg selalu tanya kenapa kenapa kenapa..
    alhamdulillah..

    aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertanya tu biasa, sbb kita ni manusia, tapi tak salah cuba untuk tidak bertanya.

      Aamiin

      Delete
  13. Subahanallah..rupanya cinta kehadiran dan 1437 dan perginya 1436 kalender Islam ..terbaik la liyana

    ReplyDelete