Terima Kasih.

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 22:08:00

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Tengok tajuk, maknanya ini entri penghargaan. Alhamdulillah , murah rezeki saya , murah lagu rezeki sipemberi. InsyaAllah Aamiin. Hadiah-hadiah dari rakan blogger ni saya dapat lepas cuti sekolah hari tu.


Yang pertama dari Blogger +Mia Liana, Hadiah diberi sebagai penghargaan kerana menjadi salah seorang dari sepuluh pengomen tegar blognya tahun lepas. Saya pun tak sangka, sebab sedia maklum yang saya kembali aktif berblog selepas habis study iaitu akhir tahun lepas. Saya pulak dah follow kak mia ni dari mula mula buat blog ini dan blog dulu. BLOG MIA LIANA






Hadiah yang sesuai untuk saya yang lebih suka guna mouse daripada touchpad. Terima kasih kak mia, terima kasih , semoga kak mia terus bersemangat untuk menulis blog . dan jaga kesihatan tau :)





Yang kedua dari Blogger yang manis. +Jari Manis .Sis Jari Manis. Yang kenal sisJM ni dari blog Kak Farrah. Tahun lepas , hujung tahun lepas jugak rasanya. Apa yang menarik diblog SisJM , satu satunya blog yang saya follow update tak sampai 10 entri sebulan tapi komen dientri cecah ratus , aktif pulak tu . hahahha.





Sis JM terima kasih, sebab kasi yana hadiah ni hargai sangat. Saya suka saya suka. Mak yana suka si Rania tu heheheh. Terima kasih sebab kiriman ni bukan gembirakan yana je. Tapi gembirakan keluarga yana.


*****


Alhamdulillah, bila fikir fikir balikkan, saya bersyukur sangat. Nikmat tuhan mana lagi yang saya nak dustakan . Allah sayang saya, Allah selalu kasi sesuatu yang saya tak sangka sangka. walaupun saya tak dapat apa yang saya nak sangat . Tapi cukuplah syukurlah yang ada ni sebab mana tahu kalau Allah bagi lebih saya lalai.




Percayalah, bila Allah sayang padamu, selalu ada kejutan buatmu.Bilamana kamu cukup redha dengan apa yang Allah takdirkan padamu, pasti hadiahnya cukup indah.

  • Share:

You Might Also Like

27 comments

  1. Suka ayat bawah sekali tuuu :)
    Hadiah kak mia tuu rare. Rajin sungguh akak mengomen .. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , rajin tak rajin.. bila akak rasa lama tak singgah akak sekali kan komen

      Delete
  2. syukur alhamdulillah..nikmat dan manisnya ukhuwah :)

    ReplyDelete
  3. sama-sama Yana..terima kasih juga sudi jadi sahabat maya sis JM eh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. wahhh mcm wow je mata ni tgk hadiah tu. awesome ! tahniah rezeki akak. ^^

    ReplyDelete
  5. Rezeki kan Yana. Mungkin kita diuji dari sudut lain, tapi di sudut lain kita tak putus2 terima nikmat dari Dia. Moga dimurahkan rezeki Yana dan sahabat2 lain, Sis JM dan Sis Mia Liana. :)

    ReplyDelete
  6. Silaturrahim antara manusia penting kan. Alhamdulillah rezeki awak sangat. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah...kak mialiana otaii...sis JM pun otai....

    ReplyDelete
  8. tahniah....seronok dapat hadiah dari blogger

    ReplyDelete
  9. Bestkan dapat hadiah dr blogger... haii untunglahh badan.. :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki..tahniah ya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dik yana...rezeki kadang datang tanpa di duga...sentiasa mensyukuri rezeki yang di terima.....Akak pun dah terima cenderahati dari kak Mia Liana dan Si Manis JM.....terima kasih buat mereka berdua.....

    ReplyDelete
  12. Semoga blogger Kak Mia Liana dan blogger JM si Jari Manis akan sentiasa di murahkan lagi rezeki...

    ReplyDelete
  13. Tahniah, Yana. Yg lebih seronok dan berharga, ukhuwah yang terjalin tu kan,..

    ReplyDelete