Wednesday, 30 March 2016

Sejenis Hobi : Head With Serban

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Tengok tajuk itu bermakna saya ada satu lagi buku yang baru habis dibaca. Alhamdulillah , sebenarnya masa hari nak beli ni buku ni tak rancang pun nak beli buku ni , sebab saya ada satu buku lain yang nak dibeli tapi tak tahu la Allah takdirkan saya beli buku ni.


Head With Serban -Najmi Nawawi
Buku ni, sebelum beli buku ni saya ada baca beberapa review pasal buku ni, semua kata buku ini best. Tengok cover page belakang pun dah tahu buku ni best. Buku ini santai saja . Buku ini pasal hidup seharian kita, perkara yang berlaku seharian kita, sekeliling kita. Tanggungjawab kita dimuka bumi ini. Ia bukan lah semudah yang kita sangka. 


Bila saya baca "Behind the scene" saya tertarik dengan aura yang penulis kasi, menulis ini bukan satu kerja yang mudah. Contohnya kita bloggerkan.Nak menaip entri diblog pun kadang tak ada mood. Saudara najmi berkongsi bagaimana beliau mampu menyiapkan "Head With Serban" ni. Ipad beliau yang terkandung isi "Head With Serban" itu dicuri. Semangat beliau untuk terus menulis, menjadikan saya yang mengadap laptop berejam tanpa menulis pun sebaris ayat menaip semula. Saudara Najmi berpegang pada prinsip dibawah ;



"Jika ingin menjadi penulis, pertama kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca, dan  kelima baru menulis."- A. Samad Said


Beberapa quote dan illustrasi yang menarik, oh ya, kertas yang digunakan dalam buku ni macam buku ESC pernah baca ESC? , bau kertas nya membuat kan saya suka buku ni. Eh, maaf penyakit orang yang terlebih chenta buku memang macam ni.



















Nak baca review pasal buku buku lain ? SINI

28 comments:

  1. Allahu Akbar, pastinya sebuah naskah yang menarik ni Yana. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sangat terinspirasi...terima kasih Yana berkongsi.. :)
    assalammualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam . Alhamdulillah semua kuasa Allah kak

      Delete
  3. Selalu jumpa buku nih tp tak beli sbb bajet lari lgpun takut xbest. Tp lepas baca niih terus rasa kena beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ot depend on kita punya citarasa dan gaya penulisan yang macam mana kita suka, :)

      Delete
  4. agreed. banyak membaca akan bantu kkta untuk hasilkan penulisan terbaik.
    best buku tu !

    ReplyDelete
  5. Akak ada buku ni, TKK. Tapi tinggal kat rumah di Melaka. OKlah,...buat jadikan koleksi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih jauh dimelaka , :) at least ada , nani ada masal terluang boleh baca^^

      Delete
    2. Dah khatam dah,...cepat je abis baca sbb dia sejemput sejemput hihihi

      Delete
  6. kalau begitu perlu byk bertaubat

    ReplyDelete
  7. buku yang mampu memberikan kesedaran...bagus..
    amalan membaca memang perlu dipratikkan

    ReplyDelete
  8. Yana .. kalo rajin membaca bukan takat jadi penulis je boleh.. jadi PM pun bole.. hehehehe :)

    ReplyDelete
  9. Semoga buku ni dapat bagi kesedaran buat kita..sama2 kita semaikan amalan membaca

    ReplyDelete
  10. wah mcm best je buku ni....tapi laam dh xpegi mana2 bookstore so it'd be hard to find it huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah , ada book store yang tak ambik buku ni ada yang ambik kalau kat tganu memang susah sikit tapi kat KL macam macam ada :)

      Delete