Ada Apa dengan 3 Mac?
By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 18:12:00
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim,
AllahumaSoliAlaMuhammad
Bismillahirahmanirahim,
AllahumaSoliAlaMuhammad
Seperti yang kita sedia tahu hari ni 3 Mac 2016, keputusan SPM dah keluar. Trending jugak dekat twitter, macam macam kisah. Saya duk perhati saja. Yang ambil result macam macam gaya dekat twitter. Yang pangkat "abang" & "Kakak" masing masing ucap selamat dan beri motivasi. Dan hari ni, tamat lah sesi berdebar, tak lalu makan tak lena tidur ye.
Satu saja, Apapun keputusan yang diperolehi , moga moga keputusan yang diperoleh baik cemerlang atau pun tidak , moga -moga kedua-duanya bawa kita terus dekat dengan Allah.
Tapi ada lagi yang penting yang selalu kita lupa, saya sendiri lupa. Mari saya bawa anda semua kepada sejarah pada tahun 1924.
3 Mac: Memperingati Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah
[ 3 Mac 1924: Sejarah pahit Umat Islam ]
Teringat kembali sejarah luka umat Islam melalui keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924 dek perancangan jahat puak Yahudi pada ketika itu.Selepas itu munculnya seorang pemimpin yang zalim lagi fasiq iaitu Mustafa kamal Atartuk yang memerintah kerajaan Turki bersandarkan ajaran sekular yang melampau.
Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Maka ,bangkitlah wahai para pejuang untuk melihat kembali kegemilangan Islam berlaku dengan melaksanakan tugas-tugas menegakkan perkara-perkara kebenaran dan meruntuhkan nilai-nilai kebathilan.
Muhammad Syafiq bin Ramli
Pengerusi Majlis Tarbiyyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS 15/16
Pengerusi Majlis Tarbiyyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS 15/16
"Terus Melangkah Bersama"
Moga tarikh ini terpahat agar terasa betapa perjuangan islam tu banyak cabarannya, dan kita terus kuat dan tak mudah lemah dalam apa jua perjuangan kita.
Pesan hamba buat hamba,
TKK~
27 comments
assalamualaikum yana....selamat mlm....
ReplyDeletetq perkongsian ini
waalaikumussalam kak .
Deletesama sama.
hadza min fadhli rabbi
Kalau kita lihat yang berlaku 92 tahun dulu...berlaku sekarang..jelas...cumanya kita sedar atau sengaja buat2 tidak tahu...selagi boleh perbaiki...baiki...
ReplyDeletesetuju
Deletebetul tu kak ,,kita pun nampak semuanya sekarang
DeletePernah terbaca pasal kamal atarturk tu, teruknya kan lah dia
ReplyDeletetengok tak halaqah minggu lepas dia ada sebut pasal kamal atartuk ni
DeleteBila baca apa yang Yana kongsi, yer jelas kelihatan apa yang berlaku di dalam zaman kita sekarang. Ya Allah. :( nauzubillah. Semoga kita diberi kekuatan dalam ketetapan iman. Aminnnn.
ReplyDeleteAamiin , iNsyaAllah
Deletetq for sharing. teruknya kejatuhan turki dulu, semua ni sbb silap pemimpin yg zalim :(
ReplyDeletesama sama.
Deletehadza min fadhli rabbi
ilmu yang bermanfaat.. bermulanya saat kejatuhan Islam...
ReplyDelete
Deletehadza min fadhli rabbi
thanks for sharing, 3 mac tinggal sejarah
ReplyDeletesama sama.
Deletehadza min fadhli rabbi
Deep perkongsian ni Yana CKK
ReplyDeletesama sama.
Deletehadza min fadhli rabbi
Ada beza tarikh la Yana.. tapi intipati semuanya sama je..cuma tarikhnya yg akak baca 23 March 1924 - ( dalam buku Catatan Sultan Abdul Hamid II dan IsraelRaya )
ReplyDeleteouh eh, wallaualam kak,
Deleteyana engok di tarbiah sentap dan dekat halaqah pun ada bincang pasal ni minggu lepas.
maaf kalau salah info.
mungkin ada khilaf soal tarikh ni
tambah lg pengetahuan..nice sharing ..thanks a lot..
ReplyDeletesama sama.
Deletehadza min fadhli rabbi
sama sama.
ReplyDeletehadza min fadhli rabbi
Macam2 peristiwa yang berlaku pada tarikh ni :)
ReplyDeletebetul kadang kita je tak tahu
DeleteNice sharing...
ReplyDeleteterima kasih :D
Delete1924? dah lama tu...
ReplyDelete