Bismillahirahmanirahim.
Awkward rasanya kembali menaip disini. Rasanya macam baru bermula. Rasa janggal. Sebab lama tinggal mungkin. Kali terakhir update blog febuari lepas. Tak sangka juga akan masuk sini balik dan terjadinya entri ini. Bukan apa seronok tengok kawan kawan yang still update blog kat Instagram tu. Bukan sekadar tak update tapi saya memang tak jenguk langsung blog. Tak busy mana pun kat luar tu tapi itulah. Tak tahu nak cerita apa kat sini.
Akhirnya, dibulan kegemaran saya ini saya kembali. Alhamdulillah panjang umur dah sampai bulan terakhir 2018. Banyak benda jugak jadi tahun ini. Banyak jugak belajar walaupun dah habis belajar. Ada benda tercapai ada benda tak tercapai, tak usaha lebih mungkin. Tapi apa pun kena renew balik dan usaha lebih lagi lepas ni. Dalam proses memperbaiki diri, saya ada banyak benda yang saya nak share.Tapi gitulah kalau tak buat tak kemana jugakkan.
Terima kasih yang masih sudi masuk blog saya walaupun tak ada apapun kat sini. Ada yang komen bulan dua, tiga hari tu, minggu lepas baru saya approve. Kalau ada apa apa yang penting, boleh je email saya. Nanti saya update link instagram saya, situ pun boleh, sebab situ je available selalu.
Last but not least, saya akan doakan diri saya rajin untuk blog ini jugak. Time cuti panjang je insyaAllah saya akan luangkan masa. Apapun saya doakan setiap urusan dan impian kalian dipermudahkan oleh Allah. Semoga berjaya dunia akhirat semua orang!
Sampai jumpa lagi :)
10 comments
Hehe welcome back! Biasalah mood blogging ni ada pasang surutnya. Saya pun jarang2 sekali muncul. :P Semoga kita dua2 terus rajin update blog. Memang seronok tengok orang entry beratus2 tiap tahun ni. Haha
ReplyDeleteInsyaAllah aamiin aamiin. tulah tengok orang busy busy sempat je hahahha,
DeleteSelamat kembali, adinda 😊
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih akak :)
Deletewelcome back ^^
ReplyDeletethanks! :)
Deletesalam yana! welcome back. ^_^
ReplyDeletesemoga terus istiqomah update cerita di blog pulak sempena bulan december dan bulan2 yang lain juga..
waalaikumussalam ,aamiin. hmmm moga moga lah . cuti je rajin sikit sebab tak tahu nak buat apa :D
DeleteBln kegemaran? Bln birthday ke 😬
ReplyDeletehahahah, yup bulan fav bulan birthday lah kan
Delete