Random Thought

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 20:30:00

Bismillahirahmanirahim.



"Yana, nak tanya ni',
"Nak minta pendapat boleh"
"Yana macam mana itu dan ini"


Mudahnya nak nasihat orang. Mudahnya menyuruh kuat. Mudah kalau dengan hanya berkata -kata kan. Tapi kalau sendiri yang menghadapi mampu ke setiap titipan nasihat  tu dititip untuk diri sendiri. Kadang kadang itu je yang buat saya takut untuk menutur kata. Takut bila jadi pada diri sendiri tak mampu rasanya mengambil kembali nasihat yang dituturkan.

Kadang -kadang takut jugak tak mampu nak tenangkan yang memerlukannya. Tapi saya cuma manusia yang selalu berusaha untuk membuatkan kalian senang bercerita. Saya cuma tidak mahu kalian mengalah. Saya nak kalian tahu bahawasanya Allah itu sayang kalian.

Saya pernah terduduk, tak jumpa mana kuat tu. Tak jumpa mana nak terpaut. Rasa sakit sangat. Ya saya lalui itu. Dan saya akui kita juga perlukan manusia untuk jadi pendengar agar terlepas rasa yang terbeban tu. Saya akuinya. 




"Saya maafkan dia, saya tahu semua ni untuk jaga hati semua pihak", kataku.

"Tapi.. ada sokmo tapi. Tapi ingat kita tak terluka ke?", kata Nur

"InsyaAllah, ada hikmah. Saya bukan priority dia, mungkin ada hati yang lebih layak dijaga", kataku.



"Ana, saya doakan awak kuat sokmo", kata Nur.

Saya tersenyum.

😊
"Terima kasih Nur, moga awak juga"






  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Bersangka baik itu pengubat hati..kita sampaikan biar sepatah ilmu dengan ikhlas..teruskan perkongsian yang baik. Yang buruk jadikan sesuatu yang menjadi sebuah hikmah bermakna untuk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu sangka baik antara ubat yang paling mujarab :)

      Delete
  2. Betul tu, bila terkena diri sendiri, tak lena malam dibuatnya..

    Terkebil2 mata hingga ke pagi.. 🤗

    ReplyDelete
  3. Terus kuat! Kadang kita diuji dengan benda yang pernah kita perkatakan. Sebelum ni kita nasihat orang, lepastu kita kena apply nasihat tu dekat diri sendiri pulak.
    Apapun, semua tu lah yang jadikan kita lagi kuat. Kan? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah , betul apapun ujian tu akan buat kita bertambah kuat :)

      Delete
  4. haha betul sangat lah tu. tak semestinya apa yang kita nasihat kita sendiri boleh ikut. easier said than done. dan ada juga orang kata.. setiap yang kita kata atau nasihat akan diuji balik kepada kita. nak tengok macam mana kita hadapinya.

    tapi.. that's life. pengalaman mematangkan kita. pahit perit pedih memberi kita 'pengajaran' hidup. moga kita semua kuat aamiin! :)

    ReplyDelete