Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah kembali kesini. Berperang dengan perasaan juga untuk jadi sebuah entry ni.
Alhamdulillah ala kuli sekejap je, tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan 2018. Jadi macam mana 2018 anda.
Untuk saya, 2018 lebih tenang berbanding tahun sebelum sebelum nya. Namun ia tidak bermaksud saya tidak diuji. Duji dengan perkara tak diduga, seakan mampu menemui titik putus asa. Tapi Allah maha kaya. Allah maha baik, Dia permudahkan semuanya.
dalam entry kali ni tak nak cakap apa pun cuma hari tu saya ada tengok PV dekat situ dia ada tunjuk antara entry yang selalu orang jenguk. Suprisingly, entry saya tahun 2013 sini, macam banyak viewersnya. Saya yakin artikel saya di Blog Aku Islam tu penyumbang pada viewers dientry tu.
Saya pun tak pasti lah apa yang tulis pada masatu . Yang pasti ketika itu kemuncak ujian dalam hiduo saya. Penuh emosi suka dan duka pada tahun sekitar itu. Alhamdulillah seorang liyana masih disini. Bisa berdiri dan tersenyum semuanya kerana kasih sayang ilahi. Alhamdulillah.
Satu lagi entry Konvo Arau dan UiTM Dungun. Sesungguhnya dua tempat ini banyak ajar saya tentang kehidupan. Banyak kenagan mengusik jiwa disini. Rindu hanya tuhan yang tahu. Untuk UiTM Dungun yang cantik dengan keindahan pantai, resort campus. Aku rindu akan deruan ombak yang menghempas pantai. Untuk UiTM Arau, aku berterima kasih untuk erti berdikari yang kau ajar pada aku. Ya rindu sangat.
Tentang azam tahun ni, alhamdulillah ada yang terlaksana , ada yang kandas. Moga Allah permudahkan semuanya nanti. Korang pulak macam mana?
:)
Sampai jumpa lagi !
3 comments
Semestinya sukar nak capai semua hasrat. Teruskan mencapainya di tahun 2019
ReplyDeleteinsyaAllah moga dipermudahkan
Deleteteruskan perkongsian In Shaa Allah ada manfaatnya buat insan lain.. Selamat menyambut kedatangan tahun 2019, semoga kehidupan kita akan lebih dunia akhirat.. Aamiin
ReplyDelete