Misi Clear Rak Buku

By The KehalusanKelembutan - 22:48:00

Bismillahirahmanirahim.

Rasa macam terrajin pulak login blogger ni. Mungkin ada bahan nak ulas tambah dengan masa yang terlebih melimpah ruah tambah lagi dengan mood nak berblog masih lagi segar, jadinya kita siram dan bajalah sebelum semangat tu layu balik kan.

Okey, sebenarnya tadi saya kemas -kemas bilik sikit, banyak jugak barang barang khazanah kesayangan yang saya tutup mata je buang. Yelah simpan buat semak je, nak buang sayang lahai perempuan sangat. hahaha.  Jadinya tadi buang jelah memang tutup mata je , hasilnya bilik lagi clear. Sedap mata memandang, namun masih ada  saja barang yang masih di simpan kembali.

Berbalik pada tujuan asal entry ni ditaip malam ni, saya nak tanya korang lah kan, kalau korang pesen beli buku sokmo macam saya pantang masuk kedai buku mesti nak jugak walaupun sebuah kan. Lama-lama buku tu jadi melimpah ruah sampai korang dah tak terrepeat nak baca. Last-last buku tu tetap disitu. Tak tersentuh sekian lama. Ya saya ada masalah tu. Tak tahu nak buat apa . Dah tak baca dah. 



Rasa macam nak clearkan rak. Tapi buku buku tu nak letak mana? hmmm. Tak nak buat preloved sebab leceh. Kalau boleh nak bagi saja je. Or wakaf mungkin. Korang ada apa-apa cadangan tak saya buntu ini. Sayang kot kalau buku tu duk kat rak.Kalau bagi orang sedikit sebanyak adalah jugak manfaat buat orang lain kan. 

Jadi apa solusinya?Ya memang nak wakafkan tapi kat mana???  Doakan saya dah clearkan rak buku plus bagi manfaat jugak pada yang lain okey.

Sampai jumpa lagi :)


  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Wakafkan ye nanti pahala xkan putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak JM memang tulah niatnya cuma tak tahu nak wakaf dekat mana..

      Delete
  2. wakafkan je lah kalau tak nak jual. Buat giveaway pun boleh tapi leceh jugak lah nak pos sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang niatnya tapi tak tahu nak wakaf kat mana ..

      Delete
  3. Rajin baca buku luas pengetahuan..banyak ilmu yang berguna..buku2 tu boleh ja di sedekahkan atau simpan elok2

    ReplyDelete
  4. teringin nak baca buku sebelum aku bernikah tu huhuhu

    btw follow sini <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke? saya oleh post cuma kena bayar postage je huhu

      Delete