Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim.
Socmed, atau nama penuhnya social media macam yang kita tahu
social media ni memang tak dinafikan memang banyak kegunaannya. Banyak juga
manfaat bagi yang bisa memanfaatkan. Tapi tidak kurang juga kemudaratannya. Tadi
masa scroll timeline twiiter jumpa satu twit, yang mana saya rasa ada betulnya
apa yang ditulisnya.
Mungkin ada yang tak setuju dengan twit tersebut. Betul social media tak salah , instagram tak salah. Tapi hakikatnya tepuk dada tanya hati sendiri. hati masing-masing , masing -masing jagalah kan.Tapi saya ada
point tersendiri. Bagaimana kita kata kita ni bersyukur sedangkan dalam benak
hati kita ada masih ada sisa cemburu terasa dengan nikmat orang lain. Ya memang
kita mampu menafikan dengan mulut kita tapi siapa kita nak tipu hati sendiri
kan. Mesti terdetik wah bestnya, seronoknya, untunglah. Saya tak cakap pasal
orang lain. Saya bercakap pada diri sendiri. Akhirnya saya berfikir sejenak. Banyaknya
nikmat yang Allah bagi tapi kenapa aku tak anggap itu nikmat dari Tuhan.
Buktinya aku masih melihat dan merasa besarnya nikmat tuhan pada orang lain
bukan pada diri aku.
Hati kita ini cukup complicated.Percayalah Allah Sang pemilik
hati saja yang faham.Hidup kita ini penuh pilihan, antara nak membilang nikmat
orang lain atau nak mensyukuri nikmat kita. Kita takkan pernah puas sebab ini
dunia. Dunia ini manis, macam macam ada. Sampai kita sendiri tak tahu apa yang
kita nak.
Tarik nafas,dan buat pilihan. Dan pilihan saya nak bersyukur
dengan nikmat ini. Memang elak diri tengok instagram or facebook maksud saya
saja saja stalk , cukuplah apa yang lalu di timeline. Kalau bekeperluan, Iam
still friend with them, but I choose to unfollow them. Nak jaga hati banyak
benda kena sacrifice. Saya pilih untuk lihat yang positif positif sahaja. Saya akui
saya tak sempurna. Saya tak malu nak mengaku Allah pilih saya untuk diberikan
ujian untuk bawa saya kembali pada Dia.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Dan nak jaga hati di akhir zaman ni is THE REAL STRUGGLE.
8 comments
Nak jaga segenap aspek sangat mencabar Yana..untuk seragamkan lisan dan hati itu sangat sukar..untuk memutihkan suatu yang kelam dan hitam juga bukan hal mudah...Allahu.melainkan minta bantuan DIA.
ReplyDeletebetul tu sys, kadang bila tengok orang lain punya happiness sampai kadang rasa macam kita ni tak cukup semua benda.
ReplyDeletesebab tu selalunya i will step back and cuba muhasabah diri balik, cuba belajar bersyukur dengan apa yang ada.
Assalam TKK..lama sis JM x singgah sini...still remember me :-)
ReplyDeletebila tgk IG mmg akan rasa jeles dgn apa yg di kongsi tapi take it positively..baru tak terasa
ReplyDeletekecewa di hati..
Yaa, so true! Ada kawan saya cakap macam ni dekat saya:
ReplyDelete"Dah malas nak bukak insta, sebab asyik rasa tak bersyukur je bila tengok orang share benda yang best2 pasal life dorang."
Well, kadang2 bila rasa macam tu, kita kena tengok orang yang lagi kurang dari kita. Nikmat yang kita peroleh ni dah banyak sangat dah sebenarnya. Cuma, kita je yang selalu terlupa untuk bersyukur. :'(
Setuju sangat dengan tweet tu :)
ReplyDeleteHai, Cik Yana. Sihatkah? Lama tak dengar cerita.
Betul tu. Kadang2 rasa macam lifeless nya aku. And that is the point where we need to stop.
ReplyDeleteMrs. A pun setuju dengan tweet tu.
ReplyDeleteDalam hidup ni semua yang berlebihan itu adalah tidak elok jadi bersederhanalah.
Lagi satu kita tak mampu nak puaskan hati semua orang jadi buatlah sesuatu itu sekadar termampu dan yang paling penting ianya tidak melanggar hukum Allah SWT.