Sejenis Hobi : Buku Bersyukur Saat Diuji

By The KehalusanKelembutan - 22:47:00

Bismillahirahmanirahim, 
Allahuma Soli' Ala Muhammad

Bersyukur Saat Diuji
Muhd Kamil Ibrahim

Malam ni rasa nak share buku yang baru je saya habis baca semalam, saya baca buku ni dari tahun lepas , tahun ni baru habis . hihihi. Masa kat kedai buku saya terpandang buku ni dan tak berbelah bagi pun masa nak ambik dan bayar buku ni sebab saya suka dengan tajuk yang kena dengan hidup saya dan saya suka penulis nya :) dan saya akui saya tak pernah menyesal beli buku ni. Macam hebat je buku ni kan. Yes to me! 


Sangat memotivasikan.

Buku ni berkisar tentang ujian. Buku ini bukan explain  ujian tu apa dan cara nak hadapi secara genaral, tapi penulis ni bawak kisah beliau sendiri, yang bawak kita ni fikir jika orang yang selalu menyampaikan tentang sabar ketika diuji dan sekarang beliau diuji dengan kata katanya, adakah mampu dihadapi dengan begitu positif sebagaimana saat beliau menyampaikan kata kata sabar saat orang lain diuji.






Alhamdulillah, buku ni bawa kita untuk lihat, bukti yang Allah mampu gantikan sakit pada bahagia, senyuman redha, tangisan sebab sedar Allah mula menegur. :)


Secara peribadinya, saya suka Prof kamil punya penulisan, juga isteri beliau Roza Roslan. Ex Student Uitm Dungun . Ouh ya, Saya dapat tahu Prof Kamil ni tak ambil sebarang bayaran kalau dia kasih ceramah ke tazkirah , respect cara beliau memberi  ;)


Ok, moga bermanfaat, nak sambung dating dengan buku lain jap.


  • Share:

You Might Also Like

36 comments

  1. Akak ada bnyk buku ni. Beli bnyk2 bg hadiah kt orang.

    Cerita plg best ... pasal banjir dan kasut bata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya akak! :)
      yes pasal banjir!
      sangat motivated! ^^

      Delete
  2. Btw... tu cover baru ea?
    Dulu cover buku tu lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain eh , entah la kak tak pernah tengok pulak yang dulu kihkih

      Delete
  3. Hobi yang bagus ni cik yana.. Saya ada buku yg dibeli 2tahun lepas xhabis lagi dibaca.. hihihihihhi.... Perkongsian jalan cerita tu mcm best je.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus bagus, tapi kalau malas datang susah nak seru balik.

      best, kena baca insyaAllah something akan diperolehi.
      btw , mohon baca buku 2tahun lepas tu

      Delete
  4. Bagusnya buku ni, nak kena baca ni :)

    ReplyDelete
  5. betul...sebab tu suami akak selalu pesan pada akak..setiap apa yang dikongsi fikir betul betul..cakap mudah..bila kena pada diri sendiri macam mana nak hadapinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan akak, yana pon fikir banyak , macam nak share tapi kita tak buat, tapi itu pon boleh jadi motivasi untuk kita buat :)

      Delete
  6. dah lama akak nak memiliki buku ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akak boleh dapat kan kat mana mana kedai buku, banyak manfaatnya

      Delete
  7. Tak pernah baca lg buku ni .. emm ,, mood mmbaca pun hilang 2,3 hari ni .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm samalah tadi baca guna sikit sikit supaya tak menular penyakit M

      Delete
  8. lamanyaa nak habiskan satu buku. mungkin admin busy. bagus bagus. buku macam ni boleh menyedarkan kita yg ujian yg datang tu tanda Allah sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak baca bulan lepas huda 2015, bulan ni 2016 heheh. baca ikut mood jugak kalau malas takut tak masuk

      Delete
  9. nampak menarik.. rasanya kak aiza tak beli lagi buku ni.. kena cari juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada banyak sangat kita boleh belajar :)

      Delete
  10. Akak pernah baca buku ni tapi beberapa page je. Baca buku kawan dalam kereta dia,...nanti nak cari, nak sambung bacaan yang terbantut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh , insyaAllah nanti baca balik tau kak :)

      Delete
  11. bagusnya Prof Kamil ni xambil bayaran kalau ceramah/tazkirah... baik orang nya :D nnt kita balik Malaysia, nk ry la jugak baca buku Prof ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah :)
      nanti try la baca buku wifw dia pon best jugak

      Delete
  12. Baru beli beberapa hari lepas pergi jalan2 kat Daiso,Popular cari barang craft .. beli sekali buku Bersyukur saat diuji ni ngan buku ESC tu...tapi belum baca lagi yang ni sebab sedang baca ESC dulu..

    ReplyDelete
  13. Mummy pun suka baca buku dan beli buku.. tapi susah nak sampai ending.. sbb asal baca je hero2 mummy akan jerit..mummy Adam lapooo... hahahha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, biasa la nama pun mummy , insyaAllah lama lama habis la tu:)

      Delete
  14. nak buat pengakuan...dah berzaman tak baca buku. haha
    lemah kalau tengok ketebalan sesuatu buku.
    biasa membaca melalui blog atau website aje
    sebab tak nampak bilangan pages...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiihihi, biasa la tu kak, \fakotr masa mungkin komitmen jugak , mungkin pas yana nikah nanti macam akak jugak :)

      Delete
  15. kena banyak membaca supaya kita kuat hadapi ujian dan dugaan di dalam hidup....buku yang bagus...

    ReplyDelete
  16. saya pun suka baca buku motivasi macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, kadang kita tengah down Allah macam bawak kita dekat buku tu dan baca.

      Delete