Kejayaan dan Teman :)

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 16:00:00

Bismillahirahmanirahim 
Allahuma Soli Ala Muhammad


Alhamdulillah, jumaat penuh keberkataan tiba lagi, Al Kahfi dah? Jom baca ni pulak , moga bermanfaat. Pagi tadi yana ada dengar motivasi pagi dekat IKIM FM disampaikan oleh Ust Don . Pasal Kejayaan & Teman., saya tak tahu la sebelum sebelum ni ada dia punya sambungan ke tapi pagi tadi memang topik menarik :)



Katanya , kita sebagai manusia memerlukan kawan sahabat teman rakan , dalam hidup ni, especially untuk mencipta kejayaan. Kita nak buat sesuatu memang kita tak mampu buat sorang sorang. Itulah hakikat kita manusia lemah dan banyak kekurangan ni. 

Saya setuju sangat sebab bila kita nak putus asa, nak terjatuh kita akan mudah jatuh dan putus asa , sebab tak ada orang nak sokong kita , tak ada orang nak bagi semangat kat kita, tak ada orang nak lengkapi kurangnya kita.



 Kita kembali pada sirah para Nabi.

Nabi Musa , ketika Allah memerintakan baginda untuk menentang firaun , baginda memhon pada Allah untuk membawa teman, Lalu baginda membawa Nabi Harun bersama nya meski pun telah Allah telah berikan pelbagai mukjizat kepada baginda Nabi Musa. 

dan Nabi Allah Musa berjaya menentang Firaun dengan izin Allah.


Mari kita renung kisah kedua,

baginda Nabi Muhammad SAW, turut menahan hijrahnya Saidina Abu Bakar, kerana baginda telah memilih Saidina Abu Bakar untuk berhijrah dengan nya. Mengapa adakah sebab Nabi lemah ? Tidak kerana sememangnya manusia itu memerlukan teman.

Dalam situasi yang lain, ketika nabi hendak berdakwah kepada Jin, Baginda bertanya pada para sahabat siapakah diantara kalian ingin menemani ku , lalu seorang sahabat mengankat tangan untu menemani nabi, tapi ketika nabi berdakwah kepad jin , baginda menyuruh sabatnya itu duduk dalam satu bulatan supaya tidak disakiti jin tersebutnya.

Jadi,
carilah teman untuk sama sama cipta kejayaan dunia dan akhirat. Sangat termotivasi pagi tadi, InsayAllah.

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)



  • Share:

You Might Also Like

42 comments

  1. BETUL..salam jumaat Yana...besar pengaruh rakan..sangat dalam erti sebuah persahabatan itu..bijaklah memilih kawan kerana tidak semua kawan boleh jadi sahabat tapi sahabat boleh jadi rakan,kawan,teman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak,yup pengaruh yang sangat besar, selain family kawan jugak tempat luahan kan isyaAllah moga Allah redhai dan ketemukan kita denga sahabat yang baik

      Delete
  2. A'ah.. betul tuh .. kita sgt perlukan sahabat utk berjaya ^^ kdg2 bila kita dh putus asa sahabat yg kuatkan kita balik :D

    ReplyDelete
  3. Etuza ada sahabat setiap saat dan waktu bila2..iaitu anak2 Etuza. Dengan orang lain akan berpisah..kadang mereka tak ingat Etuza lagi..remuk hati pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah cikgu kawan datang silih berganti dan kita kena terima sebagai lumrah hidup yang satu

      Delete
  4. perkongsian yang baik...benar kawan saling melengkapi kekurangan yang ada dengna kelebihan yang ada...bukan mencari kekurangan pada kawan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadza min fadhli rabbi,

      betul , insyaAllah. moga Allah temukan

      Delete
  5. saya cuma ada family je as penguat lahiriah.. hehe but susah nak cari kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes family the first , kawan memang payah sebab seribu tahun pon kita tak tahu apa dalam hati nya , Allah kasi ketenangan kalau bersahabat dengan org yang betul

      Delete
  6. teman sy family sy je la.. tiada yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak , family memang yang akakn selalu setia pada kita

      Delete
  7. bertuah jika ketemu kawan yang berperanan bak minyak Wangi, indah dah harum kehidupan kita...

    ReplyDelete
  8. agreed ! manusia perlukan teman utk jalani hidup ni. :)

    ReplyDelete
  9. sahabat kita juga cerminan diri kita.. jika bersahabat dengan orang baik, insyaAllah baiklah kita.. begitu juga sebaliknya..

    ReplyDelete
  10. rugi seorang manusia jika tidak bersahabat

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. sangat penting sebab sahabat ni mampu pengaruhi kita :)

      Delete
  12. saya selalu berdoa agar anak2 dikurniakan teman2 yang baik membawa kebaikan

    ReplyDelete
  13. Hidup ni memang perlu bersahabat, tp pilih sahabat yang boleh bawa ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  14. Yup, sahabat merupakan insan yang sukar dicari dan alhamdulillah Allah kurniakan kepada saya sahabat'sahabat yang sentiasa mengingatkan saya kepada Allah :)

    Semoga kita boleh bersahabat kerana Allah :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, bertemankan dengan rakan kelas atau jiran tetangga atau rakan sekerja untuk ke mana pun dengan bertegur dulu kan..inshaAllah

    ReplyDelete
  16. Sahabat sangat banyak pengaruhnya kan.Persahabatan ikhlas tu kerana Allah, yg baik sama2 kongsi yang buruk saling ingat mengingati dan perbaiki. ^^ Minta2 sahabat2 kita yang menemani hari2 kita kat dunia ni juga adalah sahabat yang temani kita akhirat nanti .

    ReplyDelete
  17. Setuju. Nak cari kawan biarlah yang boleh bimbing dan betulkan kita :)

    ReplyDelete
  18. setuju dengan yana nak cari seorang sahabat yang betul-betul boleh bimbing kita.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , moga moga saat jatuh dia dapat hulurkan tangan..

      Delete
  19. Kawan saya : mak, Dan adik beradik saya, termasuk kucing saya :'(

    ReplyDelete
  20. Akk follow motivasi ust don tu almost every morning....

    Plg terkesan motivasi ttg "make urself relevent ... so that world won't set u out..."

    Deep...deep...

    ReplyDelete