Saturday, 28 May 2016

#KonvokesyenUiTM84 Part3

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Okey sambung lagi cerita konvokesyen, dah last part dah. Hari Jubah. 08 hari bulan lima bertolak ke arau, pukul 9 malam. Sebelum naik bas,  cari bas tak jumpa panik punya pasal, satu lagi saya naik bas SP BUMI dan malam tu disemua platform ada bas SP BUMI kau rasa.
Mulut tak habis berdoa, moga Allah permudahkan urusan dan tabahkan hati, Sebelum naik bas macam biasa salam peluk mak. Setiap kali nak pergi Arau moment ni paling tak suka, sebab semesti perasaan tak best nak tinggal mak, dari sem3 sampai last , even nak pergi sehari saja ke arau untuk uruskan FYP hari tu pun berat sangat hati, ni kan pulak nak pergi 3 hari untuk konvo. 

Alhamdulillah itu saja mampu terucap, satu persatu urusan dipermudahkan. Sampai kat Kangar, solat subuh sementara tunggu kawan sampai sebab ada yang naik bas parents datang kemudian. Dah sampai semua kami cari teksi , ke UiTM. Teksi kat stesen tak nak hantar masuk UiTM, Alhamdulillah kami ada simpan no pakcik yang selalu kami naik time study dulu.
Sampai UiTM , siap siap , nak pergi ambik jubah. Time ambil jubah ni, jumpalah classmate, sembang sebab nak tunggu urusan jubah ni settle bercinta jugak lah! Tak sarapan pun. Sebab ramaikan takut lagi lama dan lambat. Lepas tu pihak pengurusan cakap pergi dewan semarak ada raptai. Kami pulak pergi makan. *lapar sangat. Alhamdulillah one of my friend belanja, rezeki jimat belanja. Lepas makan , kami nak pergi buat pre convo.




Dekat Mushroom masa tu, semua budak degree masa tu exam baru habis lah kot , mata mereka duk pandang kat kitaorang. Kawan cakap eh orang tengok lah. Saya cakap, semua orang buat macam ni , nanti diaorang punya giliran pun mesti excited semacam.


Habis dekat situ , kami gerak cari latif and the gang sebab nak pre convo sesama, last last preconvo dengan latif sorang sebab yang lain komitmen dengan family. Masa ini kelakar, bila latif bagi arahan nak posing macam mana, siap ada yang kena marah , hehehe * saya tahu awak akan baca ni.  Kami duk bergambar dekat bangunan bendahari tu, pastu dataran apatah kat situ. sampai petang sikit dah kami gerak balik Pusat Islam. 


Saya, Far, Ika siap siap nak balik homestay. Yang lain tunggu parents. Sampai homestay , jumpa mama (nenek far) . Dia baik sangat dan jiwa remaja sangat. Kalau tanya ika dengan seha pun mesti dia setuju. kan awak?! Malam tu kami makan malam kat luar, kami jalan kaki je nostalgia zaman study yedak?  Lepas settle semua preconvo , saya hantar gamabr kat group wassap , suruh adik kasi mak tengok , acah acah life update lah.


Pagi Konvo,

Kami siap siap, dari nak pi 8.30 kami drang pukul 9.00 baru sampai tu pun awal sangat  kami sampai takdak orang lagi kat Podium. Kat dalam tulah kami jumpa semua classmate, masa siap siap nak pakai jubah ni jugak lah sibuk nak bergambar, sebab tahu masa ni je boeh bergambar.

Yang saya tak boleh lupa, masa tengah siap siap tu , boleh pulak mortar board saya hilang! cemas tuhan saja tahu sebab saya keluarkan sekali dengan jubah letas atas kerusi. Pastu tolong kawan pakai jubah terus lupa kat mana letak. Bayang kan bila bila masa saja kami nak gerak ke dewan. Nasib baik depa depa ni tolong cari , rupanya duk bawah beg classmate. Alahai.


Sementara tunggu nak masuk dewan kami beratus kat susur gajah tu, masa tu , kami bergambar berterabur semua barisan yang dah dibuat. Tak kisah lah nak marah ke hape , bila kamera dihala semuanya nak masuk hahaha. 


Dalam dewan,
Semuanya lancar alhamdulillah , selamat tak terpeleok atas stage. Pada sedih bila Naib canselor umumkan kami as alumni UiTM, dan lebih sedih bila dia suruh pandang kanan , pandang ibubapa anda. Saya tunduk saja.


Keluar dewan, dah hilang semua .
Saya bergambar lah dengan kawan kawan , macam biasa. Nasib baik seha ada, kalau dak terkontang kanting lah. Lepas tu baru jumpa family kak jaja, bergambar sekali semua geng budak kolej saja.  Paling tak sangka , bila mama bagi bunga. Terharu, family farah buat saya, ika dan seha tak rasa pun family kami tak ada.  Tak mampu nak describe perasaan.


Lepas tu,
kami pun pi library bergambar kat situ je, sejuk sikit. Sempatlah sharing dengan adik adik jr yang excited tengok hakak hakak ni dah konvo. Semoga berjaya adik-adik. Penat semua dah puas, kami balik homestay, kemas barang , makan dan pergi pusat Islam rehat. Sementara tunggu teksi petang sikit.



Ia bukan sesuatu yang mudah tapi pengalaman yang mendewasakan, masing masing punya cerita disebalik kisah hidup, bila dikenang pasti ada rasa dihati,

Manis, pahit bukanlah persoalannya, yang pasti apa yang Allah nak ajar disebalik semua ni. Dia tak uji kalau kau tak mampu kan? 

Terima kasih Ya Rabb atas peluang ni, Terima Kasih family besar saya atas sokongan dan doa, Terima kasih sahabat especially Geng Budak Kolej saja, korang memang awesome. Terima kasih jugak buat Family farah for the special treatment! :)



To Geng Budak Kolej Saja,

Terima kasih atas semua rasa yang dihadiahkan dari kita kenal sampai sekarang, yana banyak belajar, 
Dari Kak jaja , yana belajar berani mencuba,
Dari Cik Su, yana belajar ceria sokmo,
Dari Cik Ika, yana belajar kekuatan emosi,
Dari Cik Iza, yana belajar berdikari,
Dari Cik Seha, yana belajar mengusik Cik Ika,
Dari Cik Farah , yana belajar positif
dan last but not least
Cik Ayu, belajar jadi rock hahahaha



Alhamdulillah tamat dah pasal konvo paksa diri, habis kan sebab ada yang tunggu update yedok?! hahaha.



Saturday, 21 May 2016

#KonvokesyenUiTM84 Part2

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.
Okey sambung kisah konvo, part 2 ni , acah acah road to convocation, kenapa saya tulis jugak pasal ni , kenapa tak terus ke hari konvokesyen?, sebab inilah permulaan ibrah dalam kisah konvokesyen saya.  ok jom baca.

Selesai clearance dah sampai rumah masing masing, mak saya tanya bila pula akan ke arau? Hari tu saya pun bagitahu tarikh sebenar konvokesyen, 10 may 2016 , Selasa. Masa ini berat sangat nak bagi tahu mak . Sebab nya tak lain tak bukan tarikh nya tak jatuh pada hujung minggu atau pun time cuti.  Dan saya tahu ada satu pengalaman saya akan dapat kali ni. Saya cakap kat mak, ada juga kawan lain yang mak ayah dia tak boleh datang sebab tak boleh tinggal kerja.

Maybe akan ada yang cakap apalah penting sangat kerja tu, tapi kalau anda ditempat meraka, apa bila kerja kita melibat kan insan insan lain? macam mana. Itu juga salah satu pengorbanan.

Ok, sambung pasal saya.  Dalam diam saya dah decide sebelum pergi clearance lagi, kalau konvo kali ini mak ayah tak dapat turut serta, aku kena kuat. Bila dapat tahu ada sesetengah kawan saya yang mak ayah dia jugak tak datang , kuat sini untuk hadapi kemungkinan tu.

Saya cakap kat mak tak apa lah, kalau mak tak datang pun, kan sekolah , adik adik lagi kan. Saya mengadu jugak kat mak, kenapa lah dia pi buat hari sekolah. Hati masa cakap dengan mak tu tuhan saja tahu. Saya pujuk hati saya dan cakap kat mak tak pe nanti adah konvo kita pergi satu family , dekat ja, hujung tahun ni mak!

Akhirnya saya, beli lah tiket nak ke Perlis, beli tiket maknanya? Saya pergi konvo tanpa mak ayah. Nangis jap. * Masa taip ni pun fuh berair balik mata. Saya tak salah kan mak ayah saya, saya tahu depa nak sangat pergi. Tapi rencana Allah berbeza. Malam selepas saya beli tiket, mak long call tanya bila konvo? Saya pun cakap lah tarikh dia tanya hari apa selasa, pastu tanya lagi saya pi hari apa , saya cakap la Ahad sebab kena ambil jubah. Dan soalan last last ni,  nak ayah pi tak konvo? Kau rasa perasaan masa tu, dah lah jawab phone mengadapa ayah, maklong call ayah. Terus pusing , cakap tak pelah, kawan kita ada, mak ayah pun tak pergi jugak. Mak long boleh pulak cakap, tak pe maklong boleh ambik cuti, pergi dengan ayah  waaaaa nangis. Pastu cakaplah kat maklong takpe takpe, tak kisah pun. Maklong pun cakap okeylah.

Esoknya , tengah hari, ayah balik kerja, cakap maklong masuk hospital again sebab jantung. Masa tu saya yakin memang takdir yang Allah tentukan. It will different than diploma convocation.Petangnya saya pi hospital, maklong still cakap tak dapat nak pi perlis dah sakit. Pak sedara , nok gi guane makan angin perlis, dok jadilah. Saya masa tu senyum. Saya rasa kuat sangat. Selain mak ayah saya, mak long dan pak sedara saya sangat supportive, mereka mereka ni lah yang konvoi hantar saya mula mula masuk UiTM Perlis.


Perbualan saya dengan maklong tak siapa pun tahu , saya pi cerita kat adik saya, yang mana saya nak ajak dia teman saya, tapi tak jadi.

s: mung tahu dok moklong kabo mende masa dia telepon aku? Dia oyak nok gi dengan ayoh perlis. Pahtu aku oyak la kawan aku pun mok ye dok gi gok.
(Nak tahu tak maklong cakap apa masa dia call aku? Dia cakapa dia nak pergi dengan ayah Perlis. Pastu aku cakap la kawan aku pun mak ayaah dia pun tak pergi jugak.)
a: Hooo, mung tahu dok , ari tu masa makan, masa tu mung takdok, ayoh tanya mok nok gi dok perlis? mok kabo nok gi lah kalau ari dok koloh , doh nok wak guane konvo hari orang koloh 
(Oh, nak tahu tak , hari tu masa makan , masa tu kau tak ada, ayah tanya mak, nak pergi Perlis tak?, mak cakaplah nak pergi, tak nak buat macam mana, konvonya hari persekolahan.)
Masa ni, robek jiwa! 
*****

Masa buat clearance hari tu , boleh pulak lupa nak tanya pasal kolej nak duduk time konvo nanti, yelah kata tak pi dengan parents, duduk kolej the best solution. Pastu masa kat Pusat Islam, Farah cakap; meyh duduk dengan farah kat homestay, far datang dengan abah far ja. No  choice, sebab ak larat nak pergi pejabat kolej, saya setuju dengan lagi dua yang macam saya juga. Terima kasih farah. :)

*****

Kesimpulannya, saya pergi konvokesyen degree tanpa kehadiran  parents,
Sebabnya, saya tak boleh pentingkan diri, adik adik  saya still sekolah tak ada orang nak tengok, kedua sebab Terengganu -Perlis 10 jam, dengan cuaca lagi yang panas. Ketiga kos,saya bukan duduk sehari, kalau sorang lepak Pusat Islam tak apa lah. Saya tahun ayah saya tak kisah pasal ni . Keempat, ayah saya tak drive kalau ke perlis, biasanya pak sedara yang dua orang. Dua dua anak kecik kecik semua, Mak sedara saya tak sihat lagi, Sebenarnya sebelum maklong masuk hospital, pak saudara saya admit . sebab  ada masalah kat kaki.

Semua sebab ni , saya fikir aku nak pentingkan kegembiraan aku sorang tapi susahkan banyak orang. Saya dah besar, jadi saya banyak fikir, banyak nangis sensorang, banyak mohon kekuatan untuk lalui semua ni. Semangat family besar saya saya bawak ke Perlis. Nak tahu pengalaman hari jubah saya?  Tunggu next part..


Kalau saya fikirkan sedihnya saya, mesti mereka mereka ini lagi fikirkan hati saya, perasaan saya, jadi yana kuat dan senyum!
bersambung..

Thursday, 19 May 2016

UiTM Dungun ; Resort Campus

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim, 

Mood rajin menwangi nak update blog, mood rindu membuak sebab tengok dekat timeline twitter  mereka ni duk seru nama UiTM Dungun, result upu dah keluar kan. Diploma?  Ramai sangat yang twitter pasal UiTM Dungun ni. Ok bangga jap belajaq dekat sana.

Sebenarnya di Terengganu saja , ada 3 cawangan UiTM, Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu(Chendering). Apa yang best sangat sampai dapat gelaran resort campus? Kita semua tahu, yang terengganu ni punya pantai yang cantik , tak puji  negeri sendiri okey, tapi ia cukup buat pencita LAWANGIT  rasa bahagia.

Resort Campus , bukan saya suka suka je letak tapi UiTM Dungun memang dikenali sebagai Resort Campus

Apa seronoknya, first sekali kamu semua kena tahu pihak pentadbiran UiTM Dungun ni mudah didekati . Especially Timbalan Rektor HEP , Sir Jaie. hehehe. Saya dulu masa study  tak rapat pun sebab dia tak ajar , Dia ajar law. Tapi berurusan dengan dia mudah. Tapi jangan melampui batas, sebab dia baik.

Bercakap mengenai Rektor UiTM Dungun , Prof Madya Abdol Samad Nawi, masa saya di bahagian lima, masa tu UiTM Dungun dapat Rektor baru, dan Beliau menagajar kelas saya, satu satunya kelas yang dia ajar. Seronok belajar dengan beliau sebab memang lari habis dari tajuk ekonomi tu tapi dapat dengar pengalaman Prof pasal pengalaman beliau belajar luar negara.

Habis pasal orang penting UiTM,

Kita cerita pasal apa seronoknya lagi UiTM Dungun ni. Secara ringkasnya, depan pantai, belakang hutan, kana tasik , kiri padang golf. Sungai lagi. Koperasi cukup lengkap semua nak ada, tapi kalau barang branded tak dapek dik. 
Dulu, masa di UiTM , petang kalau boring, stress confirm pantai la jawapannya, sempat  la nak makan ABC. Tenang je rasa. Kalau nak camping tak payah pergi jauh , Teluk mayat ada, Kem Gemia ada. Kalau yang hyper aktif boleh la panjat bukit Bauk tu. Kat Dungun , ada satu kelas kami panggi Karah , Rumah kayu , dulu situ kolej kediaman sekrang jadi kelas, Puan Roza Roslan pernah duduk situ. Ramadhan tahun lepas satu dari rumah karah ni terbakar masa hujan.
Kalau korang ada kawan kos food serving atau culinary yang ni best sebab mereka mesti bawak balik makanan yang depa masak tu.  Seronok tuh makan kan ! hehehe. Kalau hari jumaat, keluar pergi bandor dungun lah naik Van Kunyit , dulu dua ringgit je sorang sekarang tak tahu. Pergi pasar malam tanya lah mana nasi kukus paling best ! dapat tu termimpi mimpi hehe. Menulis ni pun teerbayang bayang. Van Kunyit hari jumaat memang penuh so, kena cepat kalau tak lambat sampai pasar malam.

UiTM Dungun ni memang selalu banyak aktiviti, sebab nak kasi "merit" untuk yang duduk kolej, saya biasa pi nak beli makanan je sebab banyak pilihan selain nak merit untuk kolej.

Untuk kolej pulak , terbahagi kepada beberapa kolej, Kolej Pantai [kolej Duyung A&B, Kolej Perhentian A&B, Kolej Kapas] dan Kolej Tasik [ Kolej Redang 1-5, Kolej Tenggol A&B, dan Kolej Gemia].

Kolej kediaman di UiTM Dungun ni kau kena kerja keras sikit, sem satu boleh la nak seronok tapi untuk berada di kolej kediaman hingga ke akhirnya ada persaingan lah. Oleh kerana UiTM  ni kaya dengan aktiviti, jadinya pergilah aktiviti 2 itu untuk mengumpul "merit". Siap ada Sistem Ikolej lagi untuk menbida kolej. Kalau rajin tak ada masalah , kalau malas, ggogle rumah sewa ye. Oh lupa , duk kolej , especially kolej redang jangan lupa tutup tingkap kan kongsi makanan ngan monyet !

Apa lagi eh,  oh satu lagi setelah 3 tahun meninggalkan Dungun, saya rasa Dungun dah banyak berubah bukan sekadar UiTM, tapi bandar nya juga. Maju dah dik, beruntung anda sekarang. Dulu budak budak ni suka pergi Mesra Mall atau Kuantan. Kuantan saya tak pernah sampai ,kita lepak pantai saja. Mesra Mall habis jauh , tu pun pergi dengan lecturer hahaha.


Dungun , masa mula mula dapat tahu dapat sini , suka sangat sebab saya memang aim UiTM  [ sebab nya yuran nya murah ] dan dapat kat Terengganu , dekat la. 2jam paling lama pun dari rumah. 1st day kat sini macam biasalah pertama kali nak jauh ni,  jatuh jugak air mata tu. 

saya tak cakap semuanya indah indah kat sini, tapi kasi sinilah saya mula belajar jauh dari family . Air mata berliter liter habis, saya memang duduk dekat tapi saya jarang balik. Kat sini jugalah saya dapat hadiah terindah dari Allah . Saya bersyukur atas semua yang jadi pada diri saya, saya bersyukur atas setiap pertemuan juga perpisahan sebab Allah tak jadikan segala sesuatu tu sia sia kan.

Buat adik adik, yang masih ragu , istikharah lah moga adapt jawapan, UiTM Dungun mungkin bukan Universiti terbaik , tapi bagaimana kita melalui serta menghargai saat saat kita disana itu berharga.

#UiTMDungun.

Wednesday, 18 May 2016

Sejenis Hobi : Travelog Impian Abadi & Kehidupan Abadi

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim, 

Oleh kerana entri pasal buku dah terperam lama dalam draft, jadi saya jelma kan, mana tahu ada yang mencari pasal apakah buku ini. Okey , buku yang akan saya perkatakan ini sebenarnya dah lebih 3 tahun saya beli dan baru baru ni saya baca balik sebab tak ada buku baru dah.  Satu sebab lagi sebab saya suka baca buku pasangan Prof Kamil iaitu Puan Roza.

Sebenarnya buku ni ada 3 rangkai, tapi saya beli dua saja. Motif utama sebab dalam tu ada kisah di UiTM Dungun. kikiki,[ 3tahun lepas saya study kat sana], sebab kedua BB1M saya tidak mencukupi ketika itu, hehehe.



Buku pertama Travelog cinta abadi.. masa yang berlalu [ Tak beli]
Buku Kedua :Travelog Impian Abadi ... itu yang tertulis
 ISBN 978-967-366-055-1
Buku Ketiga : Travelog Kehidupan Abadi ... Perjalanan menuju dewasa
ISBN 978-967-366-145-9

ROZA ROSLAN

Travelog Impian Abadi, buku ini mengisah kan tentang seorang gadis kampung, yang mempunyai cita-cita besar untuk mengubah nasib keluarganya. Yang mana Gadis ini mendapat tawaran ke ITM Dungun, dalam jiwa anak remaja yang belum pernah berpisah jauh dari keluarga akhirnya  bertekad demi mengejar impian nya. Seorang remaja yang mempunyai cita-cita untuk ke luar negara.

Kisah Puan Roza, seolah meletakkan saya pada tempatnya, saya membaca buku ini seolah ia catatan saya. dari tempat belajar hingga lah ke alam pekerjaan. Kesukaran untuk  mendapatkan pekerjaan pada ketika itu mengajar erti ketabahan kesabaran, dan tidak lari dari soal hati.


Satu ayat yang terkesan pada saya , ketika mana Puan Roza, meninggalkan kawan kawan kampung nya untuk melanjutkan pelajaran ke Dungun.

"..Mungkin ini kali terakhir bagi kami bersua muka, bergurau senda, dan bertutur kata. Jika bertemu sekali lagi, kami tidak lagi seperti dulu. Masa, keadaan dan tempat pasti mengubah segalanya. Barangkali ini sahaja saat saat manis , kenangan indah kami bersama ketika remaja.."


 Travelog Kehidupan Abadi ... Perjalanan menuju dewasa, sesuai dengan tajuknya, kisah ini menceritakan tentang kehidupan Puan Roza setelah berkahwin dengan Senior  yang dikenalinya ketika di UiTM Dungun.

Dilema sebagai seorang isteri dan anak perempuan, bagi saya sebagai seorang anak perempuan saya selalu berfikir bagaimanakah kehidupan saya dan ibu bapa saya setelah saya kahwin, begitu Puan Roza, dia selalu terfikir apakah dia sudah pun menjadi anak yang terbaik buat keluarga, apakah  dia sudah pun membanggakan kedua ibu bapanya.

Tuntutan sebagai seorang isteri serta ibu, membawa pembaca meyelami ketabahan seorang wanita yang punya keinginan namn terbatas dek tanggungjawab yang lagi besar. Kehidupan Puan Roza di Luar negara ketika menemani suaminya melanjutkan pelajaran, juga menggambarkan sifat seorang wanita yang punya keinginan itu dan ini. Beliau sanggup mencari kerja apa saja demi memenuhi keinginan hatinya, namun pada akhirnya ia mengajar kita untuk tidak terlalu mengikut kehendak hati. Pada akhirnya penulis sendiri belajar hidup ini , tak seindah yang kita rencana kan, namun segalanya punya hikmah tersendiri. 


".. manusia datang dan pergi.. ia lumrah alam. Yang patah akan tumbuh. Yang hilang pasti ada pengganti. Ya barangkali serupa ... tetapi tidak sama.."


Satu ayat yang selalu Puan Roza Ulang,:

"Berbanggakah mereka?" 
[ merujuk kepada ayahandanya serta keluarga  ]

Tuesday, 17 May 2016

Sejenis Hobi : Ada Apa Bawah Sejadah ?

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim, 


ISBN 978-967-0716-25-1

ADA APA BAWAH SEJADAH- Dr Mohd Shafie Hamzah.

Alhamdulillah, berkesempatan membaca lagi, kali ini buku yang lebih santai. Buku ini dibeli oleh adik saya direct dari penulisnya sendiri. Tahun lepas lagi saya perasan buku ini ada tapi tak terbaca, jadi bila dah lapang sikit, dari buku -buku favourite saya, saya pun bacalah.

Dalam buku ini ada 25 catatan  ringkas penuh makna. Ringkas dan padat dengan pengajaran. Catatan yang disampaikan dengan analogi penulis. Satu catatan , yang bertajuk "Ada apa bawah sejadah?"

Satu hari disebuah kampung , waktu solat subuh , masjid dipenuhi dengan lautan manusia, jemaah yang sudah biasa di masjid itu hairan kenapa ramai sangat orang pagi tu. Rupanya, ada duit bawah sejadah, makin kedepan saf makin banyak wang yang terdapat bawah sejadah tu. Penulis nak sampaikan , bahawa , "kalaulah " betul betul terjadi sekarang memang masjid akan sentiasa penuh yedak?


Itu baru satu catatan ,  selain itu antara tajuk tajuk yang terdapat dalam ni, Nikmat Setitis Hujan, Ujian Tanda KasihNya, Allah SWT Tidak Pernah MelupakanMu.



Buku ini ditulis oleh Pengarah Pusat Islam UNISZA.

Kisah Penuh ibrah buat diri yang sentiasa lupa, moga selalu ada cahaya.

Monday, 16 May 2016

#KonvokesyenUiTM84 Part 1

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah dah hampir seminggu dah istiadat konvokesyen berlalu, baru nak start bercerita kat blog ni, sebagai tanda kenangan. Yang boleh saya gambarkan kat sini konvokesyen ketika zaman diploma jauh berbeza dengan degree, nak tahu kenapa jom start baca.

Semua bermula bila, kawan kecoh kecoh dalam group whatsapp cakap wajib buat clearance. Saya dan beberapa orang kawan saya dah cakap tak mau buat clearance sebab jauh dan kos. Itu tak campur lagi kepenatan berganda. Tapi bila dah depa cakap kena buat, jadi kami redhakan saja. 

Ini berbeza masa diploma di UiTM Dungun sebab, dekat sana ada sistem ikolej dan kita boleh  buat clearance melalui atas talian saja (okey skema). Jadi pada pelajar -pelajar yang duduk luar dari Terengganu takpayah susah -susah datang hanya semata-mata nak buat clearance . 

Saya pula yang nekad tak nak pergi buat clerance dengan harapan, adalah cara atas talian yang sama di Arau. dan hasilnya adalah kecewa. Oleh sebab kena pergi juga, "Gang Blok Kolej Sahaja" buat keputusan nak pergi 14 April yang lepas, kiranya last minute jugak lah tapi ada lagi yang last minute dari kami. Jauh so faham saja lah.


14 April bertolak dari Terengganu. "Gang Blok Kolej Sahaja" 2 dari Terengganu, 2 Dari Kemaman 3Kelantan. lagi 2 buat asing sebab ingat kitaorang tak nak pergi. Alhamdulillah sampai kangar, dalam pukul 6.30 pagi, pergi solat dan suprisely tandas kat stesen bas ni dah okey surau pun dah lagi baik dari dulu. Kalau tak hanya tuhan saja yang tahu. 

Yang dari kemaman lambat sampai 8.oo lebih , jadi kami decide sarapan dulu baru gerak masuk UiTM. Nak dijadikan cerita kami naik bas berhenti-berhenti tu, first time sebab sama study tahun lepas tak ada lagi bas tu. Bas tu kosong dan hanya kami je yang naik, Duduk dua sit sorang hehe. Bas itu kamu punya.

Tak lama pun masa yang diambil kalau nak ke Arau dari kangar, cumanya kami ke Stesen Kereta api dulu sebab ada sorang dari "Gang Blok Kolej Sahaja" nak balik naik KTM, sampai sana tiket tak ada. Nak buat macam mana kan . Dia kena naik bas jugak la jawabnya.

Pastu fikir lagi dari KTM nak ke UiTM tak jauh tapi kalau jalan kaki dengan beg ni konferm tak sampai dah pengsan. dan kat situ kami jumpa Van UMMUL, mana mana budak UiTM Arau konferm pernah jumpa kan, nak nak yang selalu pi CMART tu. Alhamdulillah pakcik tu hantar sampai dalam UiTM. Kami teruskan perjalanan ke Pusat Islam UiTM. nak mandi mandi dan siap siap nak buat clearance.

***
Misi Clearance bermula.


Siap semua, kami bergerak ke Pejabat Hea, ambik borang isi. Tengok borang kami mula rancang nak kemana dulu sebab Arau ni panas dan agak meletih kan dari satu tempat ke satu tempat. Antara tempat yang perlu diclearkan;
  • KPP
  • Kolej,
  • Kokurikulum
  • Perpustakaan
  • Makmal
  • Bendahari UiTM
  • Polis Bantuan
  • Timbalan rektor Hea
Jadi kami pun pergi lah Pejabat Ko-ku dulu, naik turun tangga kami dapat tahu, semua staff UiTM ada perjumpaan hari tu, dan Encik Student yang jaga pejabat tu suruh kami datang balik lepas jumaat kecewa dan takut tak dapat habiskan clearance hari tu jugak , sebab malam tu nak bertolak balik ke destinasi masing masing dah.

Tak pulus asa kami cuba lagi, ke Perpustakaan , Alhamdulillah ada staff yang jaga . Dah satu cop, next ke Pejabat Polis Bantuan, nasib kami baik sebab tak lama kami tunggu sebab Encik Polis tu dah balik dari perjumpaan staff tu. Dapat lagi satu cop. Kemudian perut dah bunyi , kami rancang ke pejabat kolej  pulak, lepas tu makan!
 A: kita ni macam Running Man doh , lari situ lari sini,B: eh bukan... kita  Running Girls, hahha


Alhamdulillah urusan nak dapatkan cop dipermudahkan, pastu kami pergi makna dekat kesinai Chu Cafe, lama duk situ dah nak balik Pusat Islam Tak boleh sebab ada solat jumaat, then kami decide nak pergi perpustakaan untuk rehat rehat sebelum berjalan lagi, masih ada 4 lagi belum cop, sepatutnya 5 dah kami tak terlibat dengan makmal so tolak satu.


Lepas jumaat, kami terus pergi Pejabat bendahari, Puan yang bertugas suruh tunggu tepat 2.30 ptg baru boleh minta cop hehe, Duduk lah kami disitu sekejap. Lepas tu pergi lagi Pejabat Kokurikulum Bangunan HEP seterusnya ke Pejabat KPP dan akhir sekali di Hea ntuk ambil tanda tangan Timbalan Rektor HEA. dan saat paling gembira + sedih . Sebab dah settle tapi kad pelajar kami diambil atas sebab ada yang salah guna kad tu lepas habis study. Kenangan tu, kami bayar kot kad pelajar tu. Takpelah . Dah snap gambar kenangan.



Selesai semua cop, kami siap siap kat Pusat Islam lepas asaq bertolak ke kangaq. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Sampai rumah masing masing semua duk update feeling tired , kaki lengoh bak ang tuhan je tau.  Next...... 

Bersambung.

Thursday, 12 May 2016

Short Post

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.


Ehem. Tak tahu nak mula dari mana, macam kekok nak update blog sendiri. Agak lama jugak tak menaip. Lepas entri ni tak tahu bila lagi nak update mungkin esok , mungkin entah tak tahu. Entri dekat draft ada saja. 

Maaf lama tak update dan alhamdulillah selesai semua pasal Konvokesyen. Dah jadi alumni UiTM Arau. Doakan yana , sebab kehidupan selepas ni semestinya lagi mencabar kan. Terima kasih pada yang masih singgah walaupun tak berupdate.