Dihujung hujung tahun mood baking tiba pulak ditambah dengan permintaan dari kesayangan. Semalam buat kek coklat permintaan dari kaklong, hari ni buat biskut pulak. Permintaan dari hati sendiri plus sibongsu sekali. Mula mula macam tak jadi je nak buat hari ni, pastu kak long cakap,
"mu ni, kalau orang dok balik, mu masok sedap sedap sokmo, hahaha"
ok ok , nok masok la kekgi.hehe.
Ok, tengok bahan , tengok resepi maka jadilah, loyang pertama, keluar dari oven tak sempat sejuk datang sorang ambik datang sorang ambik, Fuh, sedap la gamaknya ye. Masa raya haritu dah buat tapi yang tu warna gelap sikit sebab letak coklat kali cerah sikit.
Bahan A
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan marjerin
1 cawan minyak
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
4 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil baking soda
badam hiris [ goreng dulu]
choc chips
1) Pukul bahan A hingga kembang 2) Bila dah kembang, satukan dengan Bahan B 3) Kacau gunakan senduk kayu sehingga menjadi doh 5) kemudian rehatkan 1 jam-2 jam dalam fridge 4) bulat2 kan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu. 6) Bakar setengah jam (oven saya,)
Boleh la cuba, resepi ni saya ubah sikit, atas ketiadaan bahan dalam resepi asal SINI
dan esok, Kak long request suruh buat semperit, amboi beraya la kita gamaknya ye.
dah nak masuk minggu kedua cuti sekolah kan sekejap je. Perasaan, rindu pada anak anak saya dah muncul sejak cuti bermula lagi. Sebelum cuti hari tu saya ada buat "hadiah" simple je. Suka tengok bebudak ni happy kan.
Pada asalnya nak buat cupcake sorang satu, cup pun dah beli tapi cakenya tak sempat nak buat sebab minggu last super duper penat. Pastu mak bagi cadangan bagi la "cukelat". Saya senyum, budak budak tu memang hantu cukelat kan. ok, pastu terjah tower Kak Farrah. senyum lagi. dapat lagi idea hehe.
Lepas isyak, saya buat guna kertas A4 putih je, banyak lebih masa fyp hari tu. Untuk nak kasi tak kosong sangat saya tulis la nama budak budak tu kat sampul cukelat tu. Lukis muka sekali. Sebab apa lukis jugak, selain taknak buat dia nampak kosong sangat, sebab lain adalah anak anak cilik suka, kalau saya lukis kat papan putih kelas tu, depa selalu tanya
"cikgu, sape tu?" "cikgu lukis sapa tu?"
dan bila saya lukis kat kertas bagi anak anak cilik, dia tunjuk kat kelas lain habis kena serbu cikgu.
Lukisan tu tak cantik pun tapi depa punya appreciation tu buat saya puas :)
Duk lipat lipat isi cukelat, dengan mata yang nak tutup segan , nak buka malu, siap jugak . Alhamdulillah dan selamat dah agaknya. yang penting depa excited masa dapat tu :)
Alhamdulillah syukur atas segala nikmat rezeki yang Allah berikan. Tersenyum melihat perancangan yang Esa. Dah lama tak cerita pasal career saya kan,alah cikgu budak budak tu. hehehe. Banyak benda jadi, banyak benda baru saya belajar, nak arrange emosi time handle bebudak ni. Tapi senyum, saya sayang kerja saya. saya sayang anak anak saya.
Okey, nak dijadikan cerita, saya pergi kenduri sabtu lepas, masa kat kenduri tu, mata tertangkap satu sosok tubuh the automatik mula sebut "iqbal" hehehe. One of my little student. Mula mula iqbal ni tak perasan dia punya cikgu tercongok je, Pastu abang dia pun pegang muka dia suruh tengok cikgu hiks. Malu malu pulok si Iqbal ni.
Next , ketempat kenduri yang kedua, masa nak lintas jalan nak ke rumah pengantin, saya terdengar "adik! adik! tu tu cikgu adik tu, cikgu adik tu" hehehe, amboi sekali lagi.Ni orang lain pulak. Senyum simpul, je. Even budak yang bukan saya ajar pun kenal, budak kampung lain sekolah lain maksudnya. Saya tak pernah sangka pun saya pi situ pi sini orang panggil cenggitu, actually bila mengajar budak ni , dia rasa macam diappriciate sikit. Tak tahu nak explain macam mana.
Cita-cita zaman budak jadi real , Perancangan Allah. Mungkin akan terus jadi cikgu. Mungkin terus disini atau ditempat lain, Just follow the flow.
****
Alhamdulillah dah selesai majlis
akhir tahun, semalam. Allah permudahkan segalanya, penat memang penat main
dengan budak budak yang hyper lagi penat . Tapi seronok. Cuti sekolah dah
bermula. Cikgu Nampak excited kan dari bebudak tu. Hehe. Tapi satu je kelemahan
cuti lelama ni jadi rindu , baru sampai rumah dah rindu keriuhan bebudak tu.
Tak suka rasa macam ni .
Setiap pertemuan pasti ada
perpisahan dan perpisahan tu pasti
menyakitkan. Ya, kalau nak diikutkan saya start mengajar pun berpa bulan je,
tapi bila kita dah biasa dah rapat dengat bebudak tu no wonderlah kan kita akan
rindu. Dengan orang tua pun rindu , ini pulak dengan bebudak yang menguji iman
kita. Tahun depan ada yang dah tak ada. Lumrah, cikgu tak nak la emo sangat
kan.
TAK SUKA PERPISAHAN,
Tapi kerana perpisahan tu lah ada
nya pertemuaan lain, aturan Allah cantikkan. Senyum cikgu dan doakan anak anak
cilik berjaya dunia akhirat :)