Lepas terawih semalam, Imam ada sebut sikit pasal lailatulqadr, itu bermakna ramadhan dah hampir melabuhkan tirai, rasa macam zapp! Tak boleh explain perasaan tu. Cepatnya berlalu. Jadi , marilah kita hargai kesempatan ni. Tahun depan ramadhan tu masih ada, kita ni ada ke tidak wallahualam.
Sayyidatina Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh:
Semalam rabu , Imam bagi tazkirah lepas terawih, saja nak share moga bermanfaat. Imam ada cakap bulan ramadhan ni ada tiga jenis perangai manusia dalam beribadat [Istiqamah].
Golongan pertama, Pecut pada permulaan dan makin hari makin slow dan slow. contohnya senang saja, tengok masjid kita lah, pada hari mula mula terwaih penuh sampai keluar, makin hari makin sedikit , makin ramadhan ke penghujung semakin kita pinggirkan masjid. Mula sibuk dengan hari raya , persiapan , shopping dan sebagainya.
Golongan kedua, slow dan steady, dia mulakan ramadhan dengan sedikit ibadah, semakin lama semakin bertambah amalannya. Sedikit demi sedikit dia lipat gandakan amalan. Contohnya, hari pertama solat terawih 8 rakaat, hari berikutnya bertamabah lagi dan lagi.diikuti dengan tambahan amalan sunat yang lain. Semakin hari semakin semangat.
Golongan ketiga, Pecut pada 10 malam terakhir. Demi mu lailatul Qadar. Imam cakap , ramai yang fokus pada 10 malam terakhir sedangkan ulama' ada khilaf pasal lailatul qadar ni. Ada ulama' menyatakan boleh jadi lailatul qadar tu terjadi pada fasa pertama atau kedua, tapi pendapat yang kuat menyatakan dia terjadi di 10 malam terakhir. Taksalah pun tapi apa salahnya kita hargai ramadhan tu dari mula hingga ke akhirnya, sebab rahmat ramadhan tu bukan hanya ada di 10 mala terakhir.
Jadi kita yang mana? Tanya diri, muhasabah , rasa semangat bila Imam cerita pasal ni. Insaf ! Kalau dalam bulan ramadhan itu sendiri kita dah tak mampu nak istiqamah , jadi bagaimana kita nak bawa amalan yang sama pada bulan bulan selepas itu.
Bulan puasa, curi curi buka blog ada hari langsung tak buka laptop, maaf sebab takdan nak reply komen lagi. Sebenarnya bulan puasa hajatnya nak up entri review buku yang terperam dalam draft tu. Tapi tak sempat jugak.
Hari ini meh nak cerita pasal satu buku ini. Buku ni adik saya beli sebab saya tak minat nak beli buku pada mulanya, Sekali dah baca amek jatuh hati berkali kali. Siapa tak kenai Shazreen Fazlynda pi buka utube, tengok video video dia best. Nak nak sekarang ada maksud tersirat , dan sampai.
Sama juga dengan buku dia Acah -acah #Deep. Simple dan santai. Itu dua perktaan yang mampu saya beri untuk buku ini. Bila baca buku ini, konferm gelak, deep rasa eh macam sama dengan apa yang aku lalui.
Dalam buku ini jugak dia cerita sikit , macam mana dia boleh berubah jadi macam sekarang. Macam mana? better muslimah. Buku ini tidak hanya memfokuskan tentang hijrah dia seluruh kehidupan penulis sendiri. Pasai burger, pasai kucing, pasai forever alone. hahaha
Dalam buku ini ada satu part yang aku suka baca ulang ulang, tengok bawah.
Saya setuju sangat dengan apa yang ditulis.Once kita rasa nak pakai hak labuh hak longgar, mungkin ada yang mempersoalkan. Kenapa nak pakai macam ni macam tu, sebab tu kita kena kuat . Serius nampak la gemuk sikit tapi tak pelah orang tak perati tubuh kita yedak! :) Dalam buku ini jugak , ada tips /cadangan diet , dah orang cakap gemuk kan.
Tajuk lain;
#Sabun didapur
#Penakut
#abunkberger
#Aku nak kurus
#Masyarakat sensetif
#kenapa aku susah
# Mulut cili
#Mana Cinta aku
# Road to happpiness
dan banyak lagi!!
Ada banyak lagi kisah menarik , so apa lagi meh beli meh baca, loghat utara banyak sangat dalam buku ni , sampai kita pun terikut sama! :)
Semalam , lepas selesai terawih 4 rakaat , imam ada bagi tazkirah sikit, pasal macam mana kita nak sambut ramadhan. Saya share secara ringkas saja, sebab tazkirah tu pendek saja, sebab lepas itu sambung solat balik.
Imam sentuh pasa hati kita, persediaan hati kita untuk sambut ramadhan . Imam cakap ada tiga pringkat hati kita ni;
1. Qalbu Hayyatt/Qalbun Salim
2. Qalbun Maridh
3. Qalbu mayyit
Qalbu Hayyat , bermaksud hati yang hidup. Kat sini nak bagi tahu hati yang hidup ni, ialah ornag yang saya gembira ramdhan nak datang. Rasa rindu dua tiga bulan sebelum ramadhan datang. dan bila ramadhan datang, dia hargai setiap inci masa bersama ramadhan.Dia boleh rasa kemanisan berada dibulan ramadhan juga ketika beribadah pada Allah. Allahu
Qalbun Maridh. Yang kedua ialah hati yang sakit. Macam mana dikatakan hati yang sakit. Dia macam ni hati dia tu kena muhasabah sokmo. Ada time dia rindu ramdhan , ada masa dia rasa semangat untuk melalaui ramadhan. Ada masa lain pulak dia rasa Ya Allah malasnya nak buat tu nak buat ni. Serba malas. Bila nak wak ibadah tu dia rasa, takpelah esok masih ada, esok lah esoklah. Tapi bila dia duduk sorang sorang, dia muhasabah , dia rasa ya Allah kenapa dengan diri aku ni. Gitu lah .
Akhir sekali,
Qalbu Mayyit. Hati yang mati, nauzubillah. Moga dijauh kan. Hati yang mati ni , bila ramadhan datang dia rasa biasa. Dia rasa sama saja macam ramadhan ramadhan yang dah lepas. Tak ada perasaan gitulah. Allahu. Dia tak rasa manis pun. Dia rasa resah ramadhan nak datang.
Kita kena muhasabah sendiri, hati kita yang mana. Hanya kita dan Yang Esa saja tahu. Allah Allah.
Imam tu juga ada cakap, kita ni kena sokmo sokmo perbetul niat dalam setiap perkara yang kita nak buat, sebab kita sendiri tak tahu kita ikhlas ke tidak dalam perkara yang kita buat. Sebab ikhlas tu bukan main sebut je, saya ikhlas ni.
Satu ayat Imam buat mata yang mengantuk jadi cerah;
"Sembahyang Terawih tu nok cepat sokmo, nok habih derah sokmo"
Alhamdulillah, 3 Ramadhan. Semalam mak kongsi satu tips untuk elak rasa lapar bila puasa terutamanya untuk adik adik yang baru nak belajar puasa, tips ni dari seorang makcik dekat rumah . Dia dah praktis kan pada cucu dia yang baru belajar puasa. Alhamdulillah dengan izin Allah jua.
Baca surah Al Quraisy ulang ulang kali, InsyaAllah lapar tu hilang. Zaman Dajjal nanti makanan orang beriman hanyalah zikir! Jom cuba.
Alhamdulillah dah selamat sampai Terengganu, Alhamdulillah dapat spend time dengan tok untuk beberapa hari. Panjang umur kami sampai pahang lagi. Okey hari ni nak update simple saja. Entri penghargaan. Sebenarnya nak update sebelum balik pahang tapi tak sempat, macam macam jadi. Maka hari ini terterbit lah entri ini.
25/05/2016
Abang Posmen macam biasa , tekan hon, motor dia kalau boleh nak masuk rumah. Terima kasih sebab hantar ke rumah dengan jayanya. Petang itu saya dapat parcel kegembiraan. Alhamdulillah.
Dapat tu saya letak tepi dulu sebab ada kerja , si adik pulak sibuk korek parcel tu nak tahu apa yang ada dalam tu, Duk seru cepat la cepat lah buka. Amboi excited dia.
Saya pun bukak perlahan-lahan , saja je kan menguji keimanan adik tu. *gelakjahat. Bila buka , ia masih bersampul dengan surat khabar , hahah. Bilah dah buka semua, saya masa tu rasa macam ya Allah kenapa baik sangat dia ini? adik pulak "sedak ah mung sedaknya dapat seme ni?"
Saya pun belek lah satu satu apa benda lah yang banyak sangat ini. Adik saya sikit sikit wah wah haha.Sejujurnya bila buka kiriman ni , terharu sangat , sebab tak pernahnya orang nak bagi harta karun sebegini rupa. Terima kasih anda tengok gambar pun boleh teka siapa yang kasi kan.
a
Februari Mac April
Hadiah ini diberi oleh"Cikgu Keras Tangan" kata SS. Harta karun ini diberi kan kerana saya menjadi salah seorang tetamu hebat diblog kat farrah, dan juga sekali hadiah untuk Jom Cuba Nasib DIY Apa?. Alhamdulillah rezeki Allah kan macam macam bentuk , terima kasih sebab kasi gembira yana dan adik adik yana yang super duper excited dari yana. :)
Moga Allah mebalas segala budi kak Farrah , juga diberik kebahagian dan kesihatan untuk akak dan keluarga . Kirim salam Cekebon.
31/05/2016
Kiriman kedua , tiba sehari sebelum yana ke pahang. Alhamdulillah, sampai ke yana dah terkoyak cenggitu, Tapi Alhamdulillah barang nya ada. Masa sampai kiriman ini saya tak ada kat rumah , balik je rumah adik cakap ada barang sampai. Tengok pada sampul besaq punya Yana TKK. hahhaa.
Macam situasi kat atas adik kami lah yang bergegas suruh buka * betul ke tak ayat ni. Dah terkoyak cenggitu nampak la jugak apa kat dalam. Kiriman kali ni tak kurang meriahnya jugak. Alhamdulillah . Kiriman ini dari Jari Pink eh tak Jari Manis.
Tupperware, Mask, Fridge Magnet,Wall Pocket
Tupperware yana dah kasi mak, suka dia dapat tambah lagi koleksi 3in 1 lagi. Terima kasih banyak banyak . Sama macam kiriman kak Farrah , kiriman kak Jari Manis jugak dah gembira yana dan Mak yana. Terima kasih Sis JM, Moga Allah permudahkan urusan akak, murahkan rezeki dan limpahan seribu satu keberkatan dan kesihatan InsyaAllah Aammin.
Selain dari Kak Farrah dan Kak JM, yana jugak terima hadiah ramdhan dari Kak Aida Syakilla, dia ni samalah macam kalian , yana tak pernah jumpa dia kami kawan dah lebih tiga tahun kat facebook, tak pernah jumpa. Kalau kalian nak tempah cookies boleh lah ke #ByNutellaidaRaya2016 dia.
sekian.
Rezeki datang macam macam cara, percayalah, Allah tahu kita ini macam mana.:)
Lama sikit tinggal blog, terima kasih masih menjenguk kesini. Mood bahagia sebab Ramadhan yang dinanti menjelang tiba insyaAllah, moga diberi kesempatan. Mei , banyak benda jadi dan setiap sesuatu tu mengajar saya. Alhamdulillah pada setiap sesuatu.
Tak mudah untuk selalu positif, mesti kita ada jugak rasa down , tapi selalu ada Allah, selalu ada kesayangan yang membisikkan semangat.Bagi saya, hidup kita ni penuh dengan ibarah tersembunyi, setiap hari, cuma kita nampak dan tak saja. Kita nak tuding jari atau pun nak cari punca dan solusi .
Dalam surah Insyirah ( سورة الشرح ) ayat 5-6 , Allah dah berfirman ;
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.
Pegang firman Allah tu , selit kat hati , insyaAllah kita sama sama positif . Di entry kali ni , saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak, Hargai dan hayati bulan mulia ini sebaiknya . Moga Allah panjangkan umur kita untuk melalui ramdhan kali ini. Aamiin
dan saya nak minta maaf andai selama menaip disini ada tergurau terkasar tertaip mana mana bahagian yang menyentuh hati sesiapa saja. Maafkan saya .:)